Tuesday, May 22, 2012

LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR

Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat. Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT . Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan. Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.” Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu. Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah. Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud……. “Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”. Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu? Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan. Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat. Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus. Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak. Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu. Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu? Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara. Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden. Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka( wal iyazu billah) Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya”Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan?” Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaityu Adam a.s. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31;……..”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”. Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud…… “Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud…. ‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w;yang bermaksud……. “Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’. Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu. Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun. Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;………”Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu”. Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulitpun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu. Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan. Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65;yang bermaksud ……”Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu………………………….

Thursday, May 10, 2012

WARKAH BUAT IBU...

Mak..... > > Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....Dah > > hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter > > kan..sejuk sahdu masih terasa lagi nih.... > > > > Mak tau tak..... > > itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal > > ni, sejak kiter dewasa.....dan itu > > juga terakhir kali nya...Emmmm...rupanya mak dah > > tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal > > kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana > > ni.....mak macam dan sedia.....Seminggu > > sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 > > helai..... Akak kata sampai ke > > pagi mak anyam tikar tuu.....tanpa rasa mengantuk, > > tanpa rasa letih.....kakak pun rasa > > hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak > > pasang radio kecil di sebelah > > mak.....tampi mak seolah2 tak sedar bahawa > > rancangan radio tu siaran > > siam.....kengkadang siaran indonesia...mak terus > > tekun menganyam...Rupanya tikar yang > > telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi > > mak ke kuburan...Pastu mak basuh > > tangga rumah bersih²..... pastu mak jemur karpet > > dan yang paling menarik sekali mak > > kabo kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada > > kat dalam almari.....ada kat > > dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam > > gulung tikar.....masa tu mak > > parasann takk..??kiter gelak sakann bila mak kabo > > duit dalam gulung tikar...kiter kata > > mak memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak > > juga.... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. > > > > Mak..... > > Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak > > tiba² sakit perut.....bila malam tu kiter > > sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak > > dan abang kat kampong semua dah > > pujuk.....mak tetap takmoh pi hospital.....dan cuma > > tinggal giliran kiter sahaja yang > > belum pujuk...Mak kata mak takmoh duduk dalam > > hospital.....tapi kiter berkeras juga pujukk.. > > nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk > > mak..kat rumah kami hanya mampu sapu > > minyak dan urut ajer..Mak tetap tak > > bersetuju.....mak memang degil...tak salah anak > > mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi > > akhirnya bila melihat keadaan mak > > makin teruk...mak sakit perut sampai nak sentuhh > > perut mak pon sakit kami adik beradik > > sepakat hantar juga mak ke > > hospital.....Mak.....amponn kan kami semua...kami nak mak > > sehat...kami sayang mak...kami tak moh mak > > sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke > > hospital....ampon kan kami yer mak.... > > > > Mak..... > > Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah > > pertama dan terakhir kali mak naik > > kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan > > gembiranya mak dulu bila kiter kata nak > > beli kereta....Mak asikk tanya ajer..cukup ker > > duitt..kiter jawap pula...kalau tak cukupp > > mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu > > bila kereta kiter sampai.....mak buat > > kenduri kesyukuran.....Dan kiter masih ingat > > lagi...bila kiter eksiden terlanggar kelinn naik > > motor.....Punya la kiter takut...kiter warning > > kakak kiter jangan sesekali kabo kat > > mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cecepat > > simpan keta dalam garaj.....Tapi mak > > perasan juga bumper depan kiter kemek...mak tanya > > kenapa...?Selamba bodoo jerr kiter > > jawap terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter > > menipu tu supaya mak tak > > risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak > > tak tau hal sebenar..mak kiter menipu > > mak kan...ampon kan kiter.... > > > > Mak..... > > Jam 4.30 pagi 19/08/1999 > > Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut > > mak dengan kain putih.....mak mesti > > nampak kiter jatuh terduduk di lantai > > hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi > > mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk > > mak....Mesti mak nampak adik terduduk > > kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua > > tu kann...kann..kannn > > Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam > > 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan > > separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan > > perasann...Kenangan bersama mak > > berputar dalam kepala ini...jalan di depan ku rasa > > makin kelam.....airmata dah tak mampu > > di tahan....Masa tu seandainya apa² terjadi di > > jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah > > akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi > > masih awal jadi jalan tu > > lenggang..kosong....sekosong hati ini..... > > Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu > > lain benar suasana nya.....terasa > > syahdu dan sayu gitu...dinginnnn.... > > > > Mak..... > > Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.... > > Anak² mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti > > rasa betapa lembut nya kami > > mengosok seluruh tubuh mak..... > > Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan > > tak...?Makcik yang mandikan mak tu > > pujuk kiter.....Dia kata..."dikk...jangan > > nangis...kalau sayang mak jangan buat > > gitu...jangan nangis ya.."; Bila makcik tu kata > > gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi > > kiter kawal supaya tak menitik atas mak.... > > > > Mak..... > > Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter > > nangis ni..... > > Ni kat opiss...baru pukul 7.08 pagi....Takder orang > > lagi kat opis ni.....kiter sedih...kiter > > rindu kat mak..!Takpa la.....nanti bila kiter dah > > boleh sembanyang kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya > > > > Mak.. > > Sebelum muka mak di tutup buat selama nya.... > > Semua anak² mak mengelilingi mak...menatap wajah > > mak buat kali terakhir....Semua > > orang kata mak seolah² senyum aja...Mak rasa > > tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi > > makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak > > daya....Airmata kiter tak boleh tahan.... > > > > Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah.... > > kaki kiter terus lemahh...dunia terasa > > berputar...tiba² kiter rasa gelap... > > > > Jam 5.00 petang.... > > Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut > > denyut...badan terasa panas...mata semakin > > kecil...makk...anak mak demam nih..!Mak tauu...cuma > > kiter sorang saja anak mak yang > > tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...Akak kata > > kiter pengsan...Terkilan..terkilan > > sungguh terkilan...Kenapa kiter lemah..? kenapa > > anak mak yang lain tidak > > begitu..?kenapa adik boleh bertahan..?? > > > > Mak..... > > Hari² ku lalui tanpa keujudan mak lagi...Begitu > > terasa kehilangan mak...boleh kata setiap > > malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata > > Dan sampai satu tahap....masa tu > > malam jumaat selepas maghrib...Selepas kiter baca > > yassin.... > > entah kenapa kiter keluarkan gambar² mak pastu apa > > lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan > > tak dapat di bendung...Mak tauu...kiter cuba > > bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak > > juga reda... Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap > > dengan mak.... Mak...gila kah anak > > mak ini..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu > > kiter telefon kampong...Kiter cakap > > dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak > > memujuk kiter... Akak kata..."; tak > > baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau > > gini ajer, mak yang susah kat > > sana.."; Dan akhirnya akak juga nangis...Agaknya > > mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik > > rumahh...mengharap sedekah dari anak² nya... > > > > Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk > > sehingga ke hulu hati...rasa nyilu > > sangat....menusuk nusuk sehingga terasa begitu > > sakit dalam dada ni....Sampai sekarang > > bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah > > al-fatihah kiter berikan..... > > > > Mak.... > > cukup la sampai sini dulu....esok kiter ingat nak > > tulis surat kat ayah pula....Mula² kiter > > tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan > > kiter kabo....hantar la kat Majalah > > Kedai Enzine tuuuu....betul jugak..! Kiter cuma tau > > alamat ni aje... > > Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...Kiter > > stop dulu...sebab boss kiter dah > > mai...akhir kata untuk mak?I LOVE YOU SO MUCH dan > > jutaan terimaksih kerana > > membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang > > dari kecil sampai masuk > > sekolah..sampai tak masuk unibesiti..sampai kiter > > pandai mengoratt...sampai kiter kerja > > gomen..sampai kiter pandai bertenettt gitu..... > > Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu > > kiter balas.. Sekian terimakasih. > > > > Yang Benar > > ~Anak mak yang dah tak degil... Al-Miswak~ > > > > Kesempurnaan Hanyalah Milik Allah... > > ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~ > > > > > > > >

Air Sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan . 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri . 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah. Wassalam.