Tuesday, December 11, 2012

Sunnah Yang Telah dilupakan


Amalan sunnah yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw, jika lama tidak diamalkan oleh umat, maka suatu saat umat tidak lagi kenal dengan sunnah tersebut. Bahkan apabila ada sebahagian umat yang mengamalkan lagi sunnah-sunnah yang lama ditinggalkan tersebut, maka pasti muncul tuduhan-tuduhan yang salah terhadap pengamal sunnah tersebut.
Hal ini telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw, bahwa agama ini datang dengan asing, dan nantinya akan dianggap asing lagi sebagaimana awal datangnya. Rasulullah saw memberitahukan kepada kita, bahwa sungguh beruntunglah mereka yang mahu menghidupkan amalan sunnah yang telah asing di kalangan umat tersebut. Adakah kita termasuk orang asing yang dianggap beruntung oleh Nabi saw?

Shalat-Shalat Sunnat Yang Ditunaikan Sehari-Hari
Tidaklah seorang muslim mengerjakan solat sunat setiap hari 12 rakaat kerana  Allah, kecuali Allah akan membangunkan sebuah rumah baginya di Syurga.  Rinciannya sebagai berikut : Solat empat rakaat sebelum shalat Zuhur dan dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah sholat maghrib, dua rakaat setelah solat isya’ dan dua rakaat sebelum solat subuh. Peliharalah nasihat yang datang dari Rasul Shallallahu alaihi wa sallam dengan tetap mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat.

Sunnah-Sunnah Dalam Azan Dan Iqamah
Membaca selawat kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam setelah selesai menjawab azan dari muazzin dan menyempurnakan selawatnya dengan membaca selawat Ibrahimiyyah dan tidak ada selawat yang lebih lengkap dari shalawat tersebut. Dalilnya adalah sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Apabila kalian mendengar muazzin maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya lalu berselawatlah untukku kerana sesungguhnya orang yang bershalawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali". Faedah dari sunnah tersebut : Sesungguhnya Allah berselawat atas hambaNya sepuluh kali. Maksud  Allah berselawat atas hambaNya adalah Allah memuji hambaNya di hadapan para malaikat.


Sunnah-Sunnah Pergi Menuju Masjid
Bersegera Menuju Masjid, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan azan dan sof awal kemudian tidaklah mereka bisa mendapatinya kecuali dengan berundi, pastilah mereka berundi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju masjid niscaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan shubuh niscaya mereka akan datang kepada-Ku walaupun dengan merangkak". Imam An-Nawawy berkata: "At-Tahjir adalah bersegera menuju shalat".












Saturday, November 24, 2012

10 MUHARRAM SEJARAH DAN HIKMAH

10 Muharram disunatkan untuk kita berpuasa. Tahukah antum bahawa terdapat 2 kisah besar yang berlaku pada 10 muharram. Iaitu kisah yang mengembirakan dan kisah yang menyedihkan. Kisah yang mengembirakan adala
h kisah dimana Nabi Musa dan kaumnya diselamat oleh Allah daripada kezaliman firaun dan pada 10 muharram juga firaun ditenggelamkan oleh Allah.

Terdapat hadis tantang kisah ini. Hadis tersebut bermaksud, Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka. “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya”? Mereka menjawab: “ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Nabi Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Nabi Musa dari kamu”. Lalu Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuas. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kisah kedua, kisah yang menyedihkan kita sebagai umat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w, dimana cucu Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Hussin dibunuh pada 10 Muharram. Ana tidak ingin mengulas panjang tentang kisah ini.

HIKMAH DARI 2 KISAH INI.
Pada tarikh yang sama berlakunya dua sejarah yang besar, dimana berkisar antara kisah gembira dan kisah sedih. Soalan. Kenapa Allah menggabungkan 2 kisah ini dalam tarikh yang sama. Mari sama-sama kita lihat hikmahnya
Hikmah yang pertama: Dalam kita meraikan kegembiran dan kemenangan, kita perlu ingat bahawa ada saudara kita dalam keadaan kesediha. Janganlah kita meraikan kegembiraan sehingga melupakan saudara kita yang dalam kesusahan dan kesedihan. Seperti mana sekarang, Alhamdulillah kita dapat hidup dalam keadaan aman, tenang, dan tenteram. Tetapi saurada kita yang berada di Palestine, Syiria, Burma dan beberapa negara lain dalam keadaan kesensaraan dan kesedihan. Amat perlu kita ingat perkara itu. Jangan terlalu gembira sampai melalaikan diri hingga lupa semua perkara.

Hikmah yang kedua: Setiap manusia pasti pernah mengalami kesedihan. Dalam kita merasakan kesedihan, sejarah ini mengajar kita bahawa, sesedih mana pun kita, tunjukkanlah bahawa kita ini sentiasa dalam kegembiraan. Walaupun diri tidak tertanggung dengan kesedihan yang dialami, tetapi haruslah kita menzahirkan kegembiraan walaupun dengan sekadar satu seyuman. Biarlah kita menangis didalam hati dan biarlah hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan kita. Sesunggunya jika kita dalam kesedihan ingatlah bahawa Allah rapat dan sayangkan kita.

Inilah antara hikmah kenapa Allah menggabungkan dua kisah dalam satu tarikh yang sama. Kita sebagai umat Islam, perlulah mengetahui setiap apa yang berlaku, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang hikmah itu tidak terlintas difikiran kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu…Waallahu’alam..

Friday, November 23, 2012

Hebatnya Ketabahan Nabi Ayub a.s

alt
Saudari-saudara sekalian , masihkah kita ingat kisah perjuangan dan ketabahan seorang Nabi yang bernama Ayub a.s. Begitu tersentuh kala mendengar kisah Nabi Ayub a.s yang telah disampaikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa ketika di rancangan Halaqah sentuhan Qalbu yang berjudul 'Nota deritaku'.
Izinkan saya untuk berkongsi atas nama cinta kepada Allah.
Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa..

Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. .
"Belajar lah melalui ujian-Ku , nanti kamu akan mengenali diri-Ku."
Iblis tetap tidak putus asa lalu , dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suami nya , mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.
Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s . .
" Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! Dulu kita senang , kita dikellingi dengan anak-anak yang soleh , kita dikurniakan kesenangan harta benda , kita dipandang tinggi oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku , agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."
Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan.
"Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya , berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"
" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.
Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"
"7 tahun." jawab Rahmah.
Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah s.w.t dengan rendah hati dalam pilu dan sedih.
"Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."
"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."
"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."
Dan untuk mu wahai isteri ku rahmah , aku tidak akan makan dan minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."
Allahu Akbar. Tinggal lah Nabi Ayub bersendirian. Sepi.
Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah s.w.t..
Wahai Tuhan , hamba telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yang paling penyayang daripada yang penyayang."

Sesungguhnya Allah tahu , Allah mendengar. Allah tidak biarkan ia sepi. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub a.s.
Allah suruh Nabi Ayub hentak kan kaki di tanah , lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum , dimandikan sebagai penawar.
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah mendapatkan kesihatan kembali, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembali kan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s.
Sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.
"Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah."
(Surah al-Anbiya' ayat 84)
Benar kasih sayang Allah itu wujud, cebisan kisah ini Allah ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada Allah , jika kita benar-benar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
"Wahai Allah , penghibur kepada orang yang keseorangan. Beri lah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala kesulitan demi cinta-Mu yang agung." 
 Allahumma amin.