Friday, July 27, 2012

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya. Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan. “Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. " Dipetik dari tulisan Abu Hikam. *Selamat berbuka doakan utk umat islam seluruh dunia....

ANGRY BIRDS DAN ISLAM

Angry Birds Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Sedar tak kita… Jawapannya sebab…. ..dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah 1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan) Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri. Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya! Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas. “Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…” (At-Taubah 9:110) 2) Amal Jamaie Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu. 3) Tanzim (organisasi) Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? Tidak. Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu. Kenapa? Sebab Saidina Ali mengatakan: “Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun” 4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil) Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Yang reti potong kayu pergi serang kayu Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza. Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam? “eh silap” Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat. 5) Taat Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas. 6) Ukhuwah Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka. Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka. Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam. “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3) Sedarlah. Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds. Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang..

Wednesday, July 4, 2012

TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT.

Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati. • Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. • Tanda 40 hari sebelum hari mati. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. • Tanda 7 hari. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. • Tanda 3 hari. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. • Tanda 1 hari. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. • Tanda akhir. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Wallahua’lam.. "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.