Friday, December 30, 2011

Kesihatan: Menangis Mengurangkan Stress

MENANGIS PELAJARAN TERPENTING DALAM ISLAM Menangis merupakan salah satu pelajaran terpenting dalam Islam. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis. Para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang mengalirkan air mata. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang harta, ada yang terluka, ada yang kehilangan nyawa, ada yang terharu dan sebagainya. Namun, telah diriwayatkan dalam hadis: ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.” MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN 1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan. 2. Meningkatkan kadar degupan jantung. Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang. 3. Menghalang penyakit. Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai. 4. Membebaskan racun dari badan. Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.” Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut. 5. Air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. PENUTUP Itulah sedikit sebanyak fungsi menangis. Ia bukan sahaja satu proses yang berlaku secara semulajadi, malahan juga bertindak sebagai terapi perubatan. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.” Sumber: http://psipum.org/tangisan-satu-terapi-perubatan/

Wednesday, December 28, 2011

Siapa Tidak Kenal Dengan Abu Ayyub Al-Ansari

Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Najjar adalah seorang sahabat yang gemilang di dalam lipatan sejarah generasi pertama. Ia adalah seorang sahabat yang amat karib dengan Rasul SAW. Kerana anaknya Ayyub, ia dikenali sebagai Abu Ayyub. Di kalangan penduduk Madinah Abu Ayyub ialah seorang yang amat dihormati oleh kaum Ansar kerana keakrabannya dengan Rasulullah SAW... Dalam detik-detik bersejarah ketibaan Rasul SAW di Madinah dalam hijrahnya, beliau telah di beri sambutan yang hangat oleh penduduk Madinah. Mereka mencurahkan seluruh jiwa raga dan kecintaan mereka kepada manusia kecintaan Allah yang memilih untuk tinggal bersama mereka. Seolah-olahnya menyambut pemimpin besar yang baru pulang dari perantauan malah bukan setakat itu sahaja, manusia agung ini juga disambut dengan penuh kecintaan seolah-olah sebagai kekasih hati yang telah lama berpisah... Perhentian pertama Rasul SAW di Quba membawa Rasulullah SAW tinggal di situ beberapa hari. Di sinilah masjid pertama dibina seperti yang diabadikan Allah di dalam al-Quran sebagai masjid yang dibina di atas asas taqwa... Unta Rasulullah berjalan terus melintasi rumah demi rumah sambil diikuti oleh setiap tuan rumah yang dilintasi dengan rasa kecewa sedangkan mereka yang masih di jalanan unta terus menaruh harapan yang tinggi kerana unta Rasulullah yang mulia memilih untuk terus berjalan... Unta Rasulullah terus berjalan diikuti oleh penduduk Madinah hinggalah ia berhenti sambil enggan berjalan lagi di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Rasulullah tidak turun dari unta sambil melepaskan tali unta. Selepas beberapa ketika menanti, unta Baginda bangun dan berjalan lagi. Namun selepas beberapa ketika unta tersebut pulang kembali menelusuri jalan asalnya ke rumah Abu Ayyub... Alangkah gembiranya Abu Ayyub sambil berlari menyambut Rasulullah dan membawa barangan Rasulullah ke rumahnya seolah-olah ia sedang mengangkat harta yang paling berharga di dunia... Abu Ayyub mengosongkan tingkat atas rumahnya dan meminta Rasulullah tinggal di tingkat atas. Rasulullah SAW menolak dan meminta untuk tinggal di tingkat bawah. Malam tiba dan Rasulullah SAW masuk berehat. Abu Ayyub naik ke tingkat atas dan terus berkata kepada isterinya dengan penuh kegugupan, “ celakalah kita !! apa yang telah kita lakukan? Rasulullah di bawah dan kita lebih tinggi darinya? Sanggupkah kita berjalan di atas Rasulullah? Adakah kita akan berada di antara Rasulullah dan Wahyu? Jika demikian pastilah kita akan celaka !!” Pasangan tersebut amat gusar dan tidak tahu apa lagi yang dapat mereka lakukan. Sepanjang malam mereka hanya berjalan di bahagian tepi bangunan yang tidak berada tepat di atas Rasulullah SAW. Di pagi harinya, Abu Ayyub berkata kepada Rasul SAW, “ Demi Allah aku dan Ummu Ayyub tidak tidur semalaman !” kenapa tidak Abu Ayyub?, “ Tanya Rasulullah. Abu Ayyub menyatakan rasa hatinya kepada Rasulullah SAW dan kegusarannya berada di kedudukan yang lebih tinggi dari Rasulullah SAW dan kebimbangan bahawa mereka akan mengganggu turunnya wahyu. Rasulullah SAW yang amat penyayang tersenyum sambil berkata “ Jangan bimbang Aku memilih tingkat bawah kerana ramainya manusia yang datang melawat kami. ” Abu Ayyub berkata “ Aku tunduk kepada kehendak Rasulullah SAW ” sehinggalah pada suatu malam yang dingin kendi air kami pecah dan airnya membasahi ruang atas. Ummu Ayyub dan aku melihat dengan bimbang. Kami hanya memiliki sehelai kain sutera yang kami gunakan sebagai selimut. Lantas kami menggunakannya untuk mengeringkan air tersebut kerana takut ia akan menyerap turun dan mengenai Rasulullah SAW. Di waktu paginya aku pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kami tidak suka berada di atas engkau ya Rasulullah !, sambil aku menceritakan apa yang berlaku. Barulah Rasulullah SAW menerima permohonanku dan kami pun bertukar paras”. Rasulullah SAW tinggal bersama Abu Ayyub selama hampir 7 bulan sehingga masjid yang dibina siap di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub. Rasulullah berpindah ke masjid tersebut dan menjadi jiran kepada Abu Ayyub. Abu Ayyub amat mengasihi Rasulullah SAW begitu juga Rasulullah amat mencintai Abu Ayyub. Mereka begitu akrab sehingga Rasulullah SAW sentiasa menganggap rumah Abu Ayyub sebagai rumahnya sendiri. Kisah berikut menggambarkan bagaimana karibnya Rasulullah SAW dan Abu Ayyub sebagai jiran. Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar R.A keluar meninggalkan rumahnya di waktu rembang tengahari ketika matahari panas terik menuju ke masjid. Sayidina Umar melihat lantas bertanya, “ Ya Abu Bakar ! apakah yang telah membawa kamu keluar pada waktu begini? Abu Bakar menyatakan bahawa ia telah meninggalkan rumahnya kerana kelaparan yang amat sangat. Sayidina Umar lantas menyatakan bahawa dia juga sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang sama... Maha suci Allah yang mempertemukan mereka dengan Rasulullah SAW. Rasulullah melihat mereka berdua lantas bertanya soalan yang sama, “ Apakah yang telah mengeluarkan kamu dari rumah kamu pada masa begini? ” mereka menjelaskan kepada Rasulullah keadaan mereka. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa “Demi Allah yang nyawa ku berada di tangan Nya, hanyalah kelaparan yang telah juga mengeluarkan aku dari rumah ku, mari bersama ku ”. Rasulullah SAW amat memahami ke manakah tujuan yang amat disenanginya... mereka menuju ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sebagai wanita Mukminah yang terdidik dengan didikan iman kepada Allah dan hari akhirat, isteri Abu Ayyub membuka pintu lantas menyambut mereka dengan katanya “ Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya ”. “ Di mana Abu Ayyub? “ Rasulullah SAW bertanya seolah-olah seperti saudara rapat yang amat memahami satu sama lain. Abu Ayyub yang sedang bekerja di kebun tamar berhampiran mendengar suara Rasulullah lantas bergegas datang mendapatkan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya lantas mengalu-alukan Rasulullah dengan ucapan penuh kemesraan dan kerelaan hati menyambut jirannya yang mulia “ Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya ”. Abu Ayyub yang amat memahami Rasulullah SAW menyapa “ Ya Rasulullah, ini bukan masa yang biasa engkau selalu ke mari ” sebenarnya Abu Ayyub sememangnya selalu menyediakan sedikit makanan kepada Rasulullah setiap hari dan jika Rasulullah SAW tidak datang mengambilnya pada masa-masa tertentu, ia akan menghantarnya kepada keluarga Baginda. “ Engkau benar...wahai Abu Ayyub ”. Maha suci Allah yang maha pemurah yang menjadikan Rasulnya yang mulia dan para sahabatnya yang gemilang sebagai contoh jiran terbaik yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan... Abu Ayyub lantas keluar menuju ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar yang bercampur antara tamar yang masak dan separa masak. Rasulullah SAW menegurnya “ Aku tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu hanya mengambil yang masak sahaja? ( Rasulullah tidak mahu Abu Ayyub mengambil semuanya hingga yang separa masak- hadis lain menunjukkan Rasulullah sebenarnya gemar memakan tamar yang separa masak ). Abu Ayyub berkata, “ Ya Rasulullah, makanlah dari kedua-duanya yang masak dan yang separa masak. Aku akan menyembelih seekor ternakan ku untuk mu juga ” Rasulullah SAW menyebut “ jika engkau akan menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang mengeluarkan susu ”. Abu Ayyub akhirnya menyembelih seekor kambingnya yang muda, memasak separuh darinya dan memanggang separuh yang lain. Apabila makanan telah dihidangkan di hadapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging dan meletakkannya di dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayyub ” bawalah ini kepada Fatimah, dia telah beberapa hari tidak merasakan makanan sebegini ”. Setelah makan dan merasa puas, Rasulullah SAW lantas bersabda “ Roti, daging, busr dan Rutab...! ” lantas baginda menangis hingga mengalir air mata nya. Rasulullah menyebut “ ini ialah rahmat dari Allah yang akan ditanya ke atas kamu di hari akhirat nanti. Jika rezeki sebegini datang kepada mu, letakkan tangan kamu padanya dan bacalah Bismillah dan setelah kamu habis, sebutlah Alhamdulillah hilazi huwa ashbana wa an-‘ama alaina. Inilah yang terbaik ”. Inilah sekilas dari kehidupan Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah SAW yang terkenal ketika masa damainya, Abu Ayyub juga sebenarnya adalah mujahid yang telah meninggalkan kisah hebat yang menjadi tauladan sepanjang zaman. Sesungguhnya Abu Ayyub telah menghabiskan kebanyakan dari detik hidupnya berperang di jalan Allah. Dikatakan bahawa Abu Ayyub tidak pernah meninggalkan mana-mana medan peperangan yang dilibati oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Muawiyyah melainkan dia ketika itu sedang terlibat di dalam peperangan yang lain pada masa yang sama. Kempen peperangan terakhir Abu Ayyub ialah di zaman Muawiyyah dalam peperangan ke atas Konstentinopel. Abu Ayyub ketika itu berumur sekitar 80 tahun. Sesungguhnya ketuaan yang sebegitu tidak menghalang Abu Ayyub dari menyertai pasukan tentera menyeberangi lautan di jalan Allah SWT. Walau bagaimanapun selepas masa yang singkat, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa dibawa keluar dari medan. Yazid bin Muawiyyah sebagai panglima perang datang kepadanya lalu bertanya; “ Adakah engkau memerlukan apa-apa wahai Abu Ayyub? ”. Abu Ayyub, di ketika detik-detik terakhir kehidupannya di medan juang meninggalkan pesan yang menjadi i’brah kepada setiap Mujahidin selepas daripadanya. Dia menjawab; “ Sampaikan salam ku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka, Abu Ayyub menggesa kamu untuk menyerang jauh ke dalam perbatasan musuh semampu kamu. Kamu mesti membawanya ( Abu Ayyub ) bersama dan kamu mengebumikannya di bawah kaki-kaki kamu di tepi dinding kubu Konstentinopel !!”. Abu Ayyub akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di medan peperangan dengan penuh kemuliaan seorang pahlawan yang terbilang dan Mujahidin fisabililLah. Tentera Muslimin telah memenuhi kehendaknya. Mereka menyerang pasukan musuh dalam serangan demi serangan hingga mereka sampai ke dinding kota Konstentinopel. Di situlah Abu Ayyub telah dikebumikan. ( Pasukan Muslimin telah mengepung kubu tersebut selama 4 tahun tetapi terpaksa berundur selepas mengalami kehilangan yang besar sehinggalah Konstentinopel di buka semula pada zaman sultan Muhammad al-Fatih dari Uthmaniyyah, Turki ).

Thursday, December 8, 2011

:::..kehendak yang x pernah sudah-sudah...:::

Apa yang kita hajatkan?? Perlukah semua yang kita hajatkan ne mesti kita miliki?? Sampai bila hajat kita ne akan tertunai?? Kenapa kita berhajat sangat perkara yang x sepatutnya kita hajatkan?? Bagaimana untuk kita merealisasikan apa yang kita hajatkan tu?? Siapa yang akan memenuhi semua hajat kita ini?? Apakah setiap kehendak kita itu sia-sia?? Bagaimana hendak membezakan kehendak dan keperluan?? Sampai bila kehendak kita ini x kan berhenti-henti?? Secara peribadinya semua persoalan itu sering bermain di fikiran ana semenjak ana lahir lagi..dan ana percaya dan amat yakin walaupun x semua tapi mesti ada sebahagian ataupun satu dua persoalan yang ana timbulkan dia atas yang pernah bermain di minda fikiran sahabat-sahabat sekalian..kan?? Siapa yang nak menjawab semua persoalan itu??kitalah yang akan cuba menjawab semua persoalan itu..kata mohd sayuti omar pakar penganalisis politik..”kita yang memahami siapa diri kita..”haaa…ana nak start bercerita ne berdasarkan pengalaman yang ana lalui..huhuhu..buat sahabatku midi dan abu qohafah..”aku nak start cerita dah ne..hang baca elok2..aku x tipu..hahaha..” buat pengetahuan antum “hang” dalam loghat kedah ne bermaksud engkau…huhu..informasi x langsung.. Ok2..ana nak start bercerita dah..ana ne dulu pakai telefon bimbit yang murah ja..kaler pon dua warna ja..hitam dengan kuning..ana guna handset tu sampailah ana belajar di Jordan ne..takdir allah taala handset ana tu rosak dan kena curi…huhu..jadi sebenarnya sebelum handset rosak tu pun,ana dah pasang cita2 nak beli handset baru kat sini..jadi ana pun simpan duit setiap hari nus dinar..klau ikut matawang Malaysia sama dengan RM 2.50..1 dinar Jordan sama dengan RM 5.00..haa..pendekkan cerita ana gtaw kat mak ayah ana dlu laa..nak mintak izin..yala..mungkin orang akan kata apa laa..dah besar pon nak wat camtu..bagi ana,kita sebagai anak ne..kena berkongsi apa pun dengan mak ayah kita..ok2..sambung cerita..huhu..sebenarnya ayah gan mak ana x bagi pun beli handset baru..asalnya mak ana nak pos ja handset mak ana tu..hahaha..tapi ana ne merajuk kuat..last2 mak ayah ana bagi..haha..ana beli nset biasa ja nokia jnis xpress music model X3..kiranya ana jual cincin kesayangan ana r kat arab..batu arked merah..huhu..sedeyh2..tapi cincin ada banyak lagi..hihihi.. Selesai ceta ana tu,ana nak gtau kenapa mak gan ayah ana x bagi beli..dan apa yang mak ayah ana cakap,ana dapat rasa kesan tu sekarang ne..haha..allah bagi cash..ayah ana ceta orang yang mengaji agama ne terutamanya laa, jangan mudah sangat terpengaruh dengan dunia..hari ne ayah ana kata ulama’ dah makin hilang izzah sebagai seorang ulama’..pergi mana pun naik kereta mahal..rumah besar..sebenarnya x perlu pun sebagai seorang ulama nak ada semua tu..ayah ana kata..nanti bila dah kerja akan timbul pulak dalam hati..”aeh..kawan aku ne pakai mercedez aku pakai waja je..”..haaa..last2 kita ikut nafsu kita..dan apa yang berlaku hari ne yang jadi kat ana,ana tengok kawan ana pakai handset canggih lagi..mahal lagi..ana pun nak jugak..ana dah rasa kesannya bila kita ne dah jatuh hati dengan dunia..salahkah kita nak menikmati apa yang ada??tu satu lagi persoalan yang mungkin akan antum tertanya2 bila baca post kali ne… (kesimpulannya..ana memang x reti nak bersyukur..hina sungguh ana ne..terpedaya dengan dunia..saidina ali pernah berkata.." MANA MUNGKIN DUNIA MAMPU MENIPUKU.."ya allah..jadikanlah kami sezuhud rasulullah..sahabat2 dan para awliya') ana membawa satu cerita salafusolleh..sebenarnya 2 orang waliyullah hassan al basri dan ibnu sirin tidaklah mempunyai hubungan yang sangat baik..satu hari hassan al basri bermimpi beliau dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya memegang tongkat sahaja..jadi beliau nak tahu sangat apa sebenarnya tafsiran mimpinya itu..jadi pada zaman itu ibnu sirin adalah pakar tafsir mimpi..hassan al basri malu untuk bertanyakan kepada ibnu sirin akan mimpinya itu..jadi beliau menyuruh anak muridnya pergi bertanyakan kepada ibnu sirin tanpa memberitahu beliaulah yang bermimpi sebegitu..dipendekkan cerita,sampailah anak muridnya itu di rumah ibnu sirin..jadi anak murid itu terus bertanya.."wahai tuan yang bijaksana..sahabat saya ada bermimipi, dia dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya di tangannya sebatang tongkat..boleh tuan tolong tafsirkan??"ibnu sirin tersenyum lebar..panggilkan hassan al basri berjumpaku sekarang..kerana itu mimpinya.." anak murid itu tercengang..kalau ana pun..fuh..memang pelik r cam na ibnu sirin boleh tahu itu mimpi siapa..jadi,anak murid tu pun balik la..segera dia maklumkan kepada gurunya..hassan al basri bingung bagaimana ibnu sirin boleh tahu itu adalah mimpinya??jadi bergegaslah hassan al basri ke rumah ibnu sirin..sampai2 saja hassan al basri terus bertanya.."bagaimana kamu boleh mengetahui itu adalah mimpiku??dan apa tafsiran mimpiku??" ibnu sirin tersenyum lagi..beliau menjawab.."maksud mimpimu yang kamu berkeadaan telanjang dan hanya memegang tongkat ialah..kamu telah meninggalkan dunia..dan hanya allah tempat kamu bergantung..siapa lagi yang layak untuk bermimimpi sedemikian kalau bukan kamu wahai sahabatku HASSAN AL BASRI.." semenjak dari kejadian itu hubungan mereka semakin akrab..yang pastinya sebelum apa2 jangan suk zon..salah sangaka kenapa waliyullah ada cam gaduh sikit2..bahaya2.. memanglah kalau baca cerita tu kita x mampu nak jadi sezuhud dan sehebat para waliyullah ne..sebenarnya tafsiran makna zuhud ne pun pelbagai..cukuplah kita bersederhana..nabi bersabda mafhumnya.."sebaik-baik perkara adalah bersederhana.." (kehendak dan nafsu manusia x pernah penat tuk melalaikan manusia..sekadar gambar hiasan..) Untuk menjawab persoalan yang ana tinggalkan di atas..salahkah kita nak menimati apa yang ada??Tak salah..Cuma sekadar nak mengajar kita dari asyik mengikut nafsu kita..kehendak kita x kan habis-habis..boleh..kalau nak tunaikan kehendak kita..Cuma kena berpada-pada dan ada indicator kita supaya kita ne x jatuh hati dengan dunia…terus terang ana nak beritahu,ana memang menyesal ada handset baru ne..kita diajar untuk “ MEMBENCI DUNIA DAN MENYINTAI KEMATIAN..”jangan salah faham pulak istilah benci dunia tu..siapa contoh yang paling dekat tuk kita ambil sebagai teladan kita dalam tajuk post kali ini??siapa lagi kalau bukan TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..ulama’ tersohor di serata dunia..ini bukan isu politik..ini adalah hakikat..ada kelapangan ziarahlah rumah tok guru nik aziz..makan dalam pinggan kuning yang orang guna wat kenduri kampung..petang2 makan biskut cicah biskut kering ja..allah…ana pun x taw nk ungkapkan macam mana..ana mengharapkan kehidupan ana macam tu..itulah juga apa yang ayah ana harapkan dekat ana dan adik2 yang lain..kehidupan yang bersederhana..insya allah kita akan sentiasa terpelihara dari gelora nafsu yang membara..akhir dari ana..” kita tidak boleh mengawal apa saja perasaan dan kehendak yang seringkali menjadi lintasan hati kita..tapi..kita boleh mengawal tindakan kita..”faham x??ke x faham jugak??hahah..apa2 pun…maafkan ana atas kekurangan dalam penulisan ana ne..terima kaseh atas kesudian antum membaca..maafkan sekali lagi kalau penulisan-penulisan ana ne mengecewakan antum..ana ne hanyalah insan yang lemah..maafkan ana buat yang kali terakhir kalau ada sesiapa yang tersinggung….assalamualaikum..

Gula-gula Perjuangan

“Saya tak nak lagi terlibat dalam program ni, saya banyak kerja lain nak kena focus” “Saya nak letak jawatan dalam organisasi ni, saya taknak akademik saya terganggu.” “Entahlah, saya rasa keterlibatan saya dalam semua-semua ni tak memberi makna la, menjatuhkan lagi prestasi saya adalah..” Sesungguhnya, alasan yang wujud atas muka bumi ini memang sangatlah banyak. Jika hendak disenaraikan memang tidak mungkin. Manakan tidak, alasan-alasan yang terungkap itu terlahir dari pemikiran yang berbeza-beza. Apa yang membuatkan pemikiran kita berbeza? Bukankah kita dilahirkan dari medan tarbiyah yang sama? Bukankah bibir kita pernah melafazkan bait janji setia untuk berjuang di medan yang sama? Bukankah mata kita pernah menjadi saksi tangisan tika mula menjejakkan kaki dalam perjuangan? Bukankah kaki dan tubuh kita pernah meredah lautan ombak badai……? Duhai sahabat… Ke mana pergi kesemua perkara itu? Adakah hanya dengan sedikit mehnah dalam berjuang engkau sudah tawar hati? Bukankah antara tanda-tanda golongan munafik itu; apabila bercakap dia berdusta dan apabila berjanji dia mungkir…? Adakah kita mahu termasuk dalam golongan munafik? Duhai sahabat... Ingatlah bahawa ujian yang menimpa kita sangatlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah s.a.w. Tubuh baginda yang mulia pernah terluka dan berdarah di medan jihad. Namun itu tidak sekalipun mematahkan semangat baginda untuk meneruskan perjuangan. Baginda kekasih Allah, tetapi baginda tidak mengeluh apabila mengalami kesukaran. Tidak sekali-kali!! Sahabatku...Ya, kita bukanlah Rasulullah, tetapi, bukankah kita mengaku bahawa kita mencintai baginda dan ingin menyambung rantai perjuangan baginda?? Tidak perlu antum jawab pada ana semua persoalan ini, tetapi jawablah pada iman antum… Duhai kalian yang dikasihi... Ingatlah bahawa setiap mehnah yang kalian tempuh merupakan tarbiah dari Allah.. Biar payah biar perit tempuhlah dengan hati yang IKHLAS.. Yakinlah dengan janji Allah bahawa kemanisan pasti akan kalian rasa di kemudian hari.. Itulah GULA-GULA PERJUANGAN...! Renunglah bait lagu di bawah ini, khas didekasikan buat sahabat-sahabat seperjuangan semua.. Sunnah Orang Berjuang Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid membela tauhid Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah Namun jiwa tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Malamnya bagai rahib merintis sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa dirimba Memerah keringat mencurah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan Dunia yang fana...atau syurga Tabahkan Hati dan Teruskan Perjuangan!!!!

Rapuhnya Hati

Assalamua’alaikum warahmatullah..Salam Ma’al Hijrah! Sudah lama terasa menyepikan diri. Bukan kerana tiada buah fikiran untuk mencoret tetapi tuntutan kewajiban terlalu banyak untuk ditunaikan. Final Year Project (FYP), tugasan kerja dari pensyarah ditambah lagi dengan amanah-amanah yang diberi oleh Allah membuatkan diri tersepit antara masa yang ada. Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Dalam mengharungi samudera kehidupan ini pelbagai mehnah menjadi taruhan. Biar susah biar payah tidak boleh sekali-kali mengundur langkah kerana hakikatnya masa sentiasa dan tetap berjalan sehinggalah hari yang dijanjikan Allah s.w.t. Apa yang boleh dilakukan adalah memperbetulkan langkah andainya tersasar. Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidup Hakikat hidup penuh dengan turun naik bagaikan putaran roda. Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Sekejap kita gembira sekejap kita berduka. Sekejap kita tenang sekejap kita resah. Semua itu asam garam yang perlu ditelan. Pelbagai masyaqqah (kesulitan) yang kita hadapi itu merupakan ujian-ujian kecil yang Allah hadiahkan khas untuk diri kita. Dikurniakan al-Ibtila’ itu sebagai satu medan untuk menentukan sama ada kita hamba yang bersabar atau tidak dan kita adalah hamba yang bertaqwa atau tidak. Maka, terimalah ia dengan hati yang terbuka. Redholah dengan segalanya. Moga-moga kita menjadi hamba pilihan Allah.. Ya, bukan mudah sebenarnya untuk menelan segalanya. Rasa berpasir sahaja di tekak. Pahit dan payau bagai bercampur semuanya. Cumanya satu, hadapkanlah segalanya di hadapan Allah. Mengadulah dengan Dia Rabbul ‘Izzati. Sesungguhnya tiada tempat kembali yang paling baik melainkan kepada-NYA. Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dadaku harap hanya DiriMu yang bertakhta Manusia fitrahnya bersifat keluh kesah. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ma’arij: “Sungguh manusia diciptakan suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah..” (Al-Ma’arij: 19 & 20) Sememangnya kita sebagai manusia sangat lemah. Segala qudrat yang ada adalah milik Allah. Maka seharusnya kita sentiasa kembali kepada-NYA. Jika kita mengeluh segeralah istighfar. Jangan kita lupa Allah itu cinta hati kita yang tidak mungkin menzalimi diri kita. Adakah kekasih sanggup melukai hati kekasihnya? Tepuk dada tanyalah iman. Biarpun fitrahnya kita suka mengeluh tetapi seharusnya kita tidak membiarkan diri kita sentiasa begitu. Teguhkanlah hati dengan cinta kepada-NYA, elakkan segala kerapuhan hati moga-moga kita menjadi hamba yang dekat kepada-NYA.. Adaptasi dari lirik lagu “Rapuh” nyanyian Opick.