'BERSAMA KITA MENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH DEMI MEMBAWA ISLAM KE PERSADA DUNIA'
Pages
LAMAN BLOG RASMI ASPUTRA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Thursday, December 8, 2011
:::..kehendak yang x pernah sudah-sudah...:::
Apa yang kita hajatkan??
Perlukah semua yang kita hajatkan ne mesti kita miliki??
Sampai bila hajat kita ne akan tertunai??
Kenapa kita berhajat sangat perkara yang x sepatutnya kita hajatkan??
Bagaimana untuk kita merealisasikan apa yang kita hajatkan tu??
Siapa yang akan memenuhi semua hajat kita ini??
Apakah setiap kehendak kita itu sia-sia??
Bagaimana hendak membezakan kehendak dan keperluan??
Sampai bila kehendak kita ini x kan berhenti-henti??
Secara peribadinya semua persoalan itu sering bermain di fikiran ana semenjak ana lahir lagi..dan ana percaya dan amat yakin walaupun x semua tapi mesti ada sebahagian ataupun satu dua persoalan yang ana timbulkan dia atas yang pernah bermain di minda fikiran sahabat-sahabat sekalian..kan??
Siapa yang nak menjawab semua persoalan itu??kitalah yang akan cuba menjawab semua persoalan itu..kata mohd sayuti omar pakar penganalisis politik..”kita yang memahami siapa diri kita..”haaa…ana nak start bercerita ne berdasarkan pengalaman yang ana lalui..huhuhu..buat sahabatku midi dan abu qohafah..”aku nak start cerita dah ne..hang baca elok2..aku x tipu..hahaha..” buat pengetahuan antum “hang” dalam loghat kedah ne bermaksud engkau…huhu..informasi x langsung..
Ok2..ana nak start bercerita dah..ana ne dulu pakai telefon bimbit yang murah ja..kaler pon dua warna ja..hitam dengan kuning..ana guna handset tu sampailah ana belajar di Jordan ne..takdir allah taala handset ana tu rosak dan kena curi…huhu..jadi sebenarnya sebelum handset rosak tu pun,ana dah pasang cita2 nak beli handset baru kat sini..jadi ana pun simpan duit setiap hari nus dinar..klau ikut matawang Malaysia sama dengan RM 2.50..1 dinar Jordan sama dengan RM 5.00..haa..pendekkan cerita ana gtaw kat mak ayah ana dlu laa..nak mintak izin..yala..mungkin orang akan kata apa laa..dah besar pon nak wat camtu..bagi ana,kita sebagai anak ne..kena berkongsi apa pun dengan mak ayah kita..ok2..sambung cerita..huhu..sebenarnya ayah gan mak ana x bagi pun beli handset baru..asalnya mak ana nak pos ja handset mak ana tu..hahaha..tapi ana ne merajuk kuat..last2 mak ayah ana bagi..haha..ana beli nset biasa ja nokia jnis xpress music model X3..kiranya ana jual cincin kesayangan ana r kat arab..batu arked merah..huhu..sedeyh2..tapi cincin ada banyak lagi..hihihi..
Selesai ceta ana tu,ana nak gtau kenapa mak gan ayah ana x bagi beli..dan apa yang mak ayah ana cakap,ana dapat rasa kesan tu sekarang ne..haha..allah bagi cash..ayah ana ceta orang yang mengaji agama ne terutamanya laa, jangan mudah sangat terpengaruh dengan dunia..hari ne ayah ana kata ulama’ dah makin hilang izzah sebagai seorang ulama’..pergi mana pun naik kereta mahal..rumah besar..sebenarnya x perlu pun sebagai seorang ulama nak ada semua tu..ayah ana kata..nanti bila dah kerja akan timbul pulak dalam hati..”aeh..kawan aku ne pakai mercedez aku pakai waja je..”..haaa..last2 kita ikut nafsu kita..dan apa yang berlaku hari ne yang jadi kat ana,ana tengok kawan ana pakai handset canggih lagi..mahal lagi..ana pun nak jugak..ana dah rasa kesannya bila kita ne dah jatuh hati dengan dunia..salahkah kita nak menikmati apa yang ada??tu satu lagi persoalan yang mungkin akan antum tertanya2 bila baca post kali ne…
(kesimpulannya..ana memang x reti nak bersyukur..hina sungguh ana ne..terpedaya dengan dunia..saidina ali pernah berkata.." MANA MUNGKIN DUNIA MAMPU MENIPUKU.."ya allah..jadikanlah kami sezuhud rasulullah..sahabat2 dan para awliya')
ana membawa satu cerita salafusolleh..sebenarnya 2 orang waliyullah hassan al basri dan ibnu sirin tidaklah mempunyai hubungan yang sangat baik..satu hari hassan al basri bermimpi beliau dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya memegang tongkat sahaja..jadi beliau nak tahu sangat apa sebenarnya tafsiran mimpinya itu..jadi pada zaman itu ibnu sirin adalah pakar tafsir mimpi..hassan al basri malu untuk bertanyakan kepada ibnu sirin akan mimpinya itu..jadi beliau menyuruh anak muridnya pergi bertanyakan kepada ibnu sirin tanpa memberitahu beliaulah yang bermimpi sebegitu..dipendekkan cerita,sampailah anak muridnya itu di rumah ibnu sirin..jadi anak murid itu terus bertanya.."wahai tuan yang bijaksana..sahabat saya ada bermimipi, dia dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya di tangannya sebatang tongkat..boleh tuan tolong tafsirkan??"ibnu sirin tersenyum lebar..panggilkan hassan al basri berjumpaku sekarang..kerana itu mimpinya.." anak murid itu tercengang..kalau ana pun..fuh..memang pelik r cam na ibnu sirin boleh tahu itu mimpi siapa..jadi,anak murid tu pun balik la..segera dia maklumkan kepada gurunya..hassan al basri bingung bagaimana ibnu sirin boleh tahu itu adalah mimpinya??jadi bergegaslah hassan al basri ke rumah ibnu sirin..sampai2 saja hassan al basri terus bertanya.."bagaimana kamu boleh mengetahui itu adalah mimpiku??dan apa tafsiran mimpiku??" ibnu sirin tersenyum lagi..beliau menjawab.."maksud mimpimu yang kamu berkeadaan telanjang dan hanya memegang tongkat ialah..kamu telah meninggalkan dunia..dan hanya allah tempat kamu bergantung..siapa lagi yang layak untuk bermimimpi sedemikian kalau bukan kamu wahai sahabatku HASSAN AL BASRI.." semenjak dari kejadian itu hubungan mereka semakin akrab..yang pastinya sebelum apa2 jangan suk zon..salah sangaka kenapa waliyullah ada cam gaduh sikit2..bahaya2..
memanglah kalau baca cerita tu kita x mampu nak jadi sezuhud dan sehebat para waliyullah ne..sebenarnya tafsiran makna zuhud ne pun pelbagai..cukuplah kita bersederhana..nabi bersabda mafhumnya.."sebaik-baik perkara adalah bersederhana.."
(kehendak dan nafsu manusia x pernah penat tuk melalaikan manusia..sekadar gambar hiasan..)
Untuk menjawab persoalan yang ana tinggalkan di atas..salahkah kita nak menimati apa yang ada??Tak salah..Cuma sekadar nak mengajar kita dari asyik mengikut nafsu kita..kehendak kita x kan habis-habis..boleh..kalau nak tunaikan kehendak kita..Cuma kena berpada-pada dan ada indicator kita supaya kita ne x jatuh hati dengan dunia…terus terang ana nak beritahu,ana memang menyesal ada handset baru ne..kita diajar untuk “ MEMBENCI DUNIA DAN MENYINTAI KEMATIAN..”jangan salah faham pulak istilah benci dunia tu..siapa contoh yang paling dekat tuk kita ambil sebagai teladan kita dalam tajuk post kali ini??siapa lagi kalau bukan TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..ulama’ tersohor di serata dunia..ini bukan isu politik..ini adalah hakikat..ada kelapangan ziarahlah rumah tok guru nik aziz..makan dalam pinggan kuning yang orang guna wat kenduri kampung..petang2 makan biskut cicah biskut kering ja..allah…ana pun x taw nk ungkapkan macam mana..ana mengharapkan kehidupan ana macam tu..itulah juga apa yang ayah ana harapkan dekat ana dan adik2 yang lain..kehidupan yang bersederhana..insya allah kita akan sentiasa terpelihara dari gelora nafsu yang membara..akhir dari ana..” kita tidak boleh mengawal apa saja perasaan dan kehendak yang seringkali menjadi lintasan hati kita..tapi..kita boleh mengawal tindakan kita..”faham x??ke x faham jugak??hahah..apa2 pun…maafkan ana atas kekurangan dalam penulisan ana ne..terima kaseh atas kesudian antum membaca..maafkan sekali lagi kalau penulisan-penulisan ana ne mengecewakan antum..ana ne hanyalah insan yang lemah..maafkan ana buat yang kali terakhir kalau ada sesiapa yang tersinggung….assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment