Pengenalan

PENDAHULUAN
T
ersebarnya Islam 1400 tahun dahulu adalah hasil kerja keras Rasulullah dan para sahabat Baginda dengan pertolongan Allah Taala. Telah banyak mehnah, tribulasi dan rintangan yang Baginda hadapi untuk menegakkan agama Islam yang mulia ini. Hasilnya kita pada hari ini dapat hidup dalam keadaan Iman dan Islam dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam mencari keredhaan Allah. Atas dasar itulah Lujnah Ibadah Asputra Maktab Mahmud Alor Setar menyahut seruan bagi menyambung mata rantai perjuangan Junjungan Besar Baginda Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam melalui wasilah dakwah islamiah secara online.


OBJEKTIF
·         Mengembangkan syiar Islam di seantero dunia.
·         Memudahkan penyebaran ilmu dan tafaquh fiddin.
·         Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ummat Islam di seluruh dunia.
·         Memberi pendedahan tentang Islam bagi ummat Islam dan bukan Islam.

SASARAN
Ø  Pelajar sekolah agama & pemuda-pemudi Islam
Ø  Seluruh ummat Islam
Ø  Individu yang berminat tentang Islam


HURAIAN [dakwah islamiah secara online]

Survival dakwah telah lama bertapak di Ma’ahad Mahmud sejak tertubuhnya Badan Dakwah Dan Kebajikan(BDK).Penubuhan BDK telah menjadikan Asputra sebagai satu pusat pentarbiyahan dan pembentukan biah solehah di Ma’ahad Mahmud. Dalam merencanakan sebuah manhaj pentarbiyahan yang terbaik, Lujnah Ibadah telah dibentuk bagi merealisasikan cita-cita tersebut dengan mengadakan kuliah pengajian umumi di Masjid Saiyidina Abu Bakar khususnya bagi pelajar asrama.
Kemajuan Teknologi dan Maklumat pada masa kini telah memberi buah fikiran kepada Lujnah Ibadah untuk meneruskan mata rantai perjuangan Junjungan Besar Baginda Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam melalui kaedah pengajian umumi yang akan disiarkan secara online di dalam laman web www:http//al-miswak.blogspot.com.

Selain itu, Lujnah Ibadah juga menganjurkan beberapa kuliah khas seperti Kuliah Penghayatan Sunnah yang diadakan pada hari Jumaat minggu ke-3 setiap bulan.Lujnah Ibadah juga menjemput para Tuan Guru dan Habib-Habib bagi menyampaikan kuliah kepada pelajar Ma’ahad Mahmud khususnya,dan terbuka juga kepada orang ramai.