lisanul hakim

Daripada (salah satu) khutbah Sayyidina ‘Ali  Karramallahu Wajhah pada mencela wanita : ( Wahai manusia (lelaki), wanita itu kurang Iman kurang habuan dan kurang akal. Adapun kurang Iman mereka kerana terhalang mereka daripada solat dan puasa pada waktu haid mereka. Dan adapun kurang habuan mereka kerana mewarisi akan mereka setengah daripada (harta) yang diwarisi lelaki. Dan adapun kurangnya akal mereka kerana penyaksian dua orang wanita itu seperti penyaksian seorang lelaki. Maka takutilah kamu (wahai lelaki) akan kejahatan wanita, dan jadilah kamu semua orang yang baik bagi mereka dengan berwaspada, dan janganlah kamu mentaati mereka dalam (kesemua perkara) kebaikan sehingga mereka tidak menginginkan (tidak mengenali) kemungkaran.)