Wednesday, May 15, 2013

Senyuman Terakhir..


Betapa aku sendiri sayu melihat sekujur tubuh yang kini berada di depan ku..
yang pasti...ianya sudah tidak boleh bergerak..ku imbas kembali,setahuku aku tidak pernah mendengar rengekannya untuk meminta itu dan ini..tidak pernah juga aku terdengar rengekan minta dibawa ke padang permainan untuk bermain bersama rakan-rakan,senyuman manja nya sentiasa menguntum di bibirnya..betapa dirinya pandai berselindung di balik duka yang bersarang jauh di lubuk jiwanya...namun semua itu berubah apabila suatu hari dia meminta,membuat satu permintaan yang tak pernah ku duga.



"Abah,adik nak minta satu perkara boleh tak abah?"tanyanya."kau nak apa?"begitu kasar sekali suara itu,namun aku sudah menjangkanya,"adik..adik..nak abah jadi imam untuk adik sembahyang maghrib ni,boleh kan bah?"soalnya yang kelihatan terketar-ketar.takut.ku lihat seraut wajah itu memandang wajah si kecil dengan pandangan yang aku tidak dapat tafsirkan.
"Abah,ustazah adik cakap kalau kita tak sembahyang nanti kita masuk neraka,allah pun tak sayang kat kita dah..nanti abah kena tanggung dosa."begitu lancar sekali si kecil itu memberi penerangan.PANG!!!!!!"kurang ajar punya anak,aku hantar kau sekolah agama bukan nak suruh kau jadi kurang ajar..
Ustazah kau tu pun sama,suka hati aku lah,nak sembahyang ke tak nak ke..aku tak kacau kubur dia pun,bukan aku suruh dia pikul dosa aku..kau pulak tak payah nak mengajar aku..ambil ni."sekali lagi tamparan yang berbisa itu hinggap di pipinya..air matanya mengalir deras aku terkesima.."abah cukup!"namun aku pulak yang di makinya..aku melihat tubuh kecil itu disepak terajang oleh insan yang selama ini aku hormati.darah yang membuak keluar dari kepala si kecil itu.kemarahan yang semakin beraja di jiwa dan diminda abah tidak tertahan lagi..

Aku hanya mampu menangis,sambil memanggil nama ibu yang sudah lama pergi meninggalkanku..disaat ini yang mampu ku sebut hanyalah allah.aku mengharapkan keajaiban agar abah segera berhenti.alhamdulillah doaku di dengari..abah tersandar didinding keletihan selepas penat membelasah tubuh kecil itu.aku segera menerpa kearah insan yang ku sayangi itu...aku meraung sekuat hati..tiada apa yang dapat aku lakukan..allah telah mengambil nya kembali,betapa aku terbayang senda guraunya sehari sebelum tragedi yang menyayat hati itu.

"Akak adik teringin nak abah jadi imam kita bila kita sembahyang..tapi adik tak pernah tengok abah sembahyang,adik malu dengan kawan2 adik..ayah diaorang semua pergi sembahyang,ayah adik tak pernah pun,sembahyang jumaat pun adik kira berapa kali abah pergi..adik tak nak abah mengadap tuhan dengan dosa sebab tak sembahyang..adik sayang abah"ada nada kesedihan diakhir ayatnya.aku tidak mampu untuk berkata.betapa si kecil itu sudah memahami apa itu dosa dan pahala.sekarang aku hanya mampu berdoa pada tuhan semoga terbuka pintu hati ayahku untuk kembali ke jalan yang benar..semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh adikku AHMAD AFIQ IKMAL...AMIN!!!!!!

Nota: Abah tu.. manusia ker apa !??

Saturday, March 9, 2013

Mengeluh Penat Berdoa

alt
Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Doa adalah ibadah.' (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). 
Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang sangat mudah.
Maka bersyukurlah kita kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.
Ibadah Yang Mulia
Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah SWT memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba-Nya.
Malah, Allah SWT sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Contohnya seusai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:
"Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih di dengar, lebih makbul dan mustajab?' Baginda s.a.w. bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."
Mustajab
Kita menyalahkan Allah SWT kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita; di antaranya :
  • Berdoa ketika berbuka puasa
  • Berdoa ketika bermusafir
  • Berdoa di antara waktu azan dan iqamah
  • Berdoa di hujung solat-solat fardu
  • Berdoa pada waktu penghujung malam
  • Doa orang dizalimi
  • Doa bapa kepada anaknya 
  • Dan sebagainya
Tetapi, adakah kita tahu bila masanya Allah SWT akan mengkabulkan doa kita?
Adakah esok, lusa atau sepuluh tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut?
Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?
Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.
Hikmah Waktu Berbeza Doa Dimakbulkan
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Menurut al-Khatabi:
"Jika Allah SWT tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut Hukama:
"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT
Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi, maksudnya:
"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

Sunday, February 17, 2013

Dirimu Istimewa


babySetiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan!
Maha AgungNya Allah SWT, diciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi, menampung yang kurang dan menongkat yang pincang.
Ada orang yang pandai berkarya
Ada yang power berkata-kata
Ada yang macam atlas thaqafahnya
Ada yang tough muscle macam Hulk fizikalnya
Tapi..
Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang terhasil?
Kalau semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita sakit  mendengar debat di setiap penjuru yang ada.
Kalau semua orang macam atlas thiqahnya, apa perlunya perpustakaan? Peluang untuk meraih pahala dengan menyebarkan ilmu pun menghilang lantaran semua orang semakin pandai..
Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang mula tunjuk belang
Kita diciptakan oleh Tuhan. Dia Maha Mengatur, Maha Mentadbir. Setiap apa yang ada di bumi ini adalah di bawah pentadbiran Allah SWT hatta kita juga adalah sebahagian ciptaan-Nya yang melengkapi alam ini. Tidak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan itu DIA yang berikan.
Kamu rasa diri lemah, tak berguna?
Rasa lemah dan tidak pandai Matematik? Mungkin kamu pandai sastera.
Tidak cukup power berkata-kata? Mungkin kamu tajam akalnya.
Tidak berani dan gemuruh berdepan ramai orang? Mungkin kamu berbakat ICT.
Lemah ingatan dan tidak kuat hafalan? Mungkin kamu expert memasak.
Marilah kita hargai diri diri sendiri, kita syukuri apa jua yang Allah kurniakan pada kita. Syukur atas segala nikmat samada kecil mahupun besar. Baik atau pun tidak. Senang atau sukar. Mungkin, ada nikmat pada diri sendiri yang kita anggap kecil umpamanya seperti tiada nilai di sisi manusia, namun hakikatnya sangat besar nilainya pada orang lain.
Pada pandangan mereka yang kekurangan,  mereka berkata..
"Alangkah bestnya kalau aku ada apa yang dia ada"
"Alangkah bertuahnya dia dengan kereta mewahnya"
"Beruntungnya dia, dapat melancong setiap tahun ke luar negara"

Kesimpulannya, usah tanamkan rasa lebih pada manusia. Apa jua yang ada pada manusia lain adalah pinjaman semata. Hakikatnya segalanya adalah milik Allah SWT. Jadilah manusia yang sentiasa bersifat perlukan qanaah dan merasa syukur ketika merasa cukup dan lebih dari manusia lainnya. 
Jadilah diri anda sendiri, kerana diri anda adalah yang terbaik!
"Tapi, bagaimana?"
"Ucapkanlah Alhamdulillah..."
Bersyukurlah walau dengan yang sedikit. Pujilah Allah yang Maha Kaya. Hakikatnya kita memang tiada apa-apa, kita bukan siapa-siapa. Pandai, bodoh, glamer, isolated, mulia, hina... semuanya hanyalah 'wayang' di dunia fana ini. Semua orang memainkan wataknya. Semua orang sama asalnya. Hanya dipilih untuk beraksi sebaik mungkin. Anugerah pula diberikan buat mereka yang ikhlas. Mereka yang tetap teguh pada Islam dalam apa-apa jua keadaan. Insan rabbani berfirasat sufi.
Apa lah yang ada pada raut keangkuhan. Berjalan di mandala sebagai makhluk, tidak layak menandingi Sang Khaliq. Kalau sombong, tak kan ada siapa yang suka hatta Allah juga benci kepadanya. Berlagak sempurna pada 'barang' yang bukan miliknya.
Hidup ini adalah anugerah, hadiah oleh-Nya agar kita mengenal erti buat diri. Agar kita menyempurnakan misi tertentu yang disusun oleh Allah di aturan taqdir. Ketentuan setiap kita berbeza. Hadapilah ia sebagaimana yang kamu mahukan, asal tidak menyimpang dari laluan menuju redha Tuhan. Hiduplah dengan kehendakmu hatta 1 trilion tahun sekalipun, tanpa redha Allah..segalanya tidak bernilai sesaat sekalipun. Padang Mahsyar tiada kenal harga susah kerana perkara yang sia-sia. Hanya kala langkah berjalan di keredhaan Tuhan, barulah ia dijunjung penuh penghormatan.
Mari kembali di hening malam, bergalaskan jiwa hamba, hargai segala pemberian-Nya. Nyawa telah diberi percuma, dihiasi lagi dengan Iman dan Islam. Apa lagi yang lebih mahal dari anugerah ini?