Saturday, August 27, 2011

Kalau nak bercinta dengan DIA…






Menyingkap tirai hati.. 
Menyemai relung rasa.. 
Memetik ranum cinta..

Assalamualaikum. Salam ukhwahfillah. Salam Mahabbatullah..

 
1)  Siapa DIA di taman hati ini..


“Awak..sedalam mana cinta awak pada saye?”

“Sayang..awak tahu kan tiada tandingannya cinta saye pada awak..”

Setelah bertahun lamanya menyulam kasih, ombak yang dahulunya penyeri taman istana cinta dirasakan semakin berorak badai. Setiap tingkah kekasih menjadi mainan curiga di ruang hati. Hari-hari yang dilalui bergantian suram.

“Aku gaduh lagi dengan dia…” sahabat karib menjadi tempat meluah rasa.

“Korang ni aku tak tau la, senang-senang korang clash la” sahabat karib pun tidak membantu. Macam nak kebas kekasih kawan dia saja.

Ish, mana boleh aku hidup tanpa dia… aku terlalu cintakan dia…”

Spontannya elus bicara yang meniti di bibir apabila ditanya tentang siapa si dia di hati ini. Namun, begitu jugakah lagak spontan kita apabila soal status Dia di hati kita diduga:

“Sejujurnya, siapakah Dia di hati awak?”

Seringkah kita menyelak laman diari cinta yang terbuku di hati? Selalukah ruang ingatan kita  menjadi taman indah untuk Dia dan kekasihNya Al-Amin?

Jika persoalan asas ini kita tergagap-gagap untuk menjawabnya, nampaknya jauh lagi kita perlu berlari di atas trek cinta-Nya. Namun begitu, itulah lumrahnya hidup ini. Setiap yang baharu pasti ada mulanya. Hanya Dia yang tiada awal dan tiada akhir. Soal cinta kita juga begitu, jika kita tidak mulakan orakan langkah kita mengejar cinta-Nya adakah mungkin kita bisa mengakhiri kisah cinta kita dengan-Nya dengan baik?



2)  Kenalah TAHU apa yang Dia SUKA dan apa yang Dia BENCI..

Tahu apa yang kekasih kita suka dan benci merupakan kemestian bagi menguatkan ikatan kasih yang terpetri. Acapkali kita temui seorang kekasih yang sangat pakar akan perihal kekasihnya. Kegemarannya, hobinya, cita-citanya dan macam-macam lagi. Rasanya sangat jarang yang kurang arif tentang buah hatinya bukan?

Tertanam sudahkah di kotak memori kita setiap kesukaan-Nya?

Untuk menyenaraikan setiap apa yang Dia Yang Maha Esa suka dan benci di sini adalah terlalu banyak. Formula mudahnya di sini adalah Dia amat menyukai kekasih-Nya yang taat akan segala perintah-Nya. Selaklah setiap titipan-Nya untuk kita melaui kitab suci-Nya Al-Furqan. Kuatkanlah kefahaman melalui sunnah Rasul-Nya. Jika benar-benar kita menggenggam dua amanah-Nya ini pasti api cinta kita untuk-Nya tidak pernah akan malap!

Apabila kita sudah menyelidiki kesukaan dan kegemaran-Nya seharusnya kita lanjutkan dengan turut menyukai juga apa yang Dia sukai. Sekadar tahu kemudian mengendahkannya sahaja amatlah tidak patut tambah-tambah kita telah akui bahawa Dialah cinta hati kita. Jika kita ingin bermain kayu tiga dengan ciptaan-Nya tidak mengapalah tetapi dengan Dia Yang Maha Mengetahui tidak mungkinlah kita bisa!



3)  Kenalah SETIA pada Dia Yang Satu..


Cuma kekadang pernah atau tidak kita terfikir yang kita ini mungkin melebihkan orang yang kita sayang berbanding Dia..

  • Menyayangi ibu bapa melebihi rasa sayang dan cinta kepada-Nya dan Rasul-Nya?
  • Terlalu cintakah suami kepada si isteri melebihi cinta kepada DIA?
  • Agungnya cinta isteri sehingga tiada ruang untuk cinta-Nya?
  • Sayang sangatkah kepada anak-anak sehingga sanggup untuk melupakan-Nya?

Persoalan-persoalan ini marilah sama-sama kita jadikan koreksi dan muhasabah diri walau sesaat. Betapa tiada tandingannya cinta-Nya apabila walau sesaat kita ingat akan Dia pasti Dia akan balas lebih hebat dari itu! Mana mungkin kita bisa menemukan kekasih yang begitu hebat cintanya melainkan Dia! Sesungguhnya Dia Yang Maha Mulia itu tidak mendambakan cinta kita. Tetapi kitalah yang mendambakan cinta agung-Nya!

Dialah yang mengurniakan rasa cinta yang indah dalam hidup kita selama ini. Dialah pemilik segala rasa cinta yang wujud di atas muka bumi ini maka selayaknya kepada Dialah dikembalikan segenap bunga-bunga cinta yang kembang memekar!



 
Cinta Allah Cinta Agung!


Sunday, August 21, 2011

Ramadhan & Rasulullah



1.     Wahyu pertama dan Kitab Suci yang lain turun pada bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia AQ (2:185)

(a)          Shahifah Nabi Ibrahim diturunkan pada tanggal 3 Ramadhan
(b)         Taurat diwahyukan pada Nabi Musa pada tanggal 6 Ramadhan
(c)          Zabur diturunkan kepada Nabi Daud pada tanggal 12 dan 18 Ramadhan
(d)         Injil diturunkan kepada Nabi Isa pada tanggal 12 dan 13 Ramadhan
(e)         Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad pada tanggal 17 Ramadhan

2.    Jibril mengajar Nabi solat dua rakaat

Ibnu Ishak menyatakan sebagaimana yang dikutip daripada Ibnu Hisyam dalam kitabnya, Sirah An-Nabawiyah, dolat dimulakan pertama kali dalam bulan Ramadhan dengan dua rakaat.

Ini berdasarkan rekod daripada Aisyah,

Aisyah berkata,

“Solat diwajibkan kepada Rasulullah dalam bentuk dua rakaat demi dua rakaat. Kemudian Allah menyempurnakan menjadi empat rakaat ketika di rumah dan membenarkan dua rakaat sewaktu perjalanan”

Suhaili berkomentar perihal pernyataan ini,

Solat sebelum Israk dan Mikraj adalah solat sebelum terbenamnya matahari dan solat selepas terbitnya matahari”

3.    Meninggalnya Puteri Rasulullah, Zat al-Hijratain

Khalifah ketiga iaitu Uthman B Affan adalah salah seorang daripada golongan Muhajirin yang tidak mengikuti Perang Badar.

Pada saat itu beliau di rumah menjaga isterinya, Ruqayyah, yang tenat menghadapi sakaratul maut.

Si isteri itu dikenali dengan gelaran Zat al-Hijratain. Ini kerana beliau berjirah sebanyak dua kali. Pertama kali hijrah dari Mekah ke Habsyah dan yang kedua hijrah dari Mekah ke Madinah

Beliau adalah anak Rasulullah sendiri yang terpaksa ditinggalkan kerana berjuang melawan Quraisy di Badar.

Kedua-dua saudara kandungnya iaitu Ummu Kalsum dan Fatimah juga berada di sampingnya. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa sewaktu melihatnya menghadapi sakaratul maut.

Akhirnya Ruqayyah menghembuskan nafas yang terakhir selepas melafazkan dua kalimah syahadah.

Semua yang ada di sekeliling jasad Ruqayyah diliputi rasa duka dan hiba yang mendalam.

Mereka semuanya tenggelam dalam kesedihan terutama sekali si suami, Uthman b Affan dan juga Ummu Kalsum dan Fatimah Az-Zahrah

Jenazah Ruqayyah dimandi, dikafan, disolat dan ditanam pada bulan Ramadhan tahun kedua Hijrah tanpa disaksikan ayahanda tercintanya, Rasulullah. Nabi sewaktu itu sedang bertempur di Perang Badar.
4.    Pernikahan Nabi dengan Ummu Al-Masakin.

Gelaran Ummu Al-Masakin diberikan kepada Zainab binti Huzaiman. Ibnu Hisyam dalam kitabnya, Sirah An-Nabawiyah.

“Beliau diberikan gelaran ini kerana belas kasihan dan kelembutan hatinya kepada orang-orang miskin”

Selain menyanyangi orang miskin, beliau juga terlibat secar langsung dalam membantu kelancaran perang.

Atas alasa itulah, Rasulullah menikahinya sedangkan umur Nabi sudah mencecah 55 tahun. Ilmuan berselisih pendapat perihal tarikh pernikahan Nabi dengan Zainab.

Meskipun semua rekod sepakat yang pernikahan itu berlangsung pada bulan Ramadhan, mereka berselisih pendapat mengenai tahunnya.

Rekod yang disampaikan Ibnu Al-Kalabi menyatakan:
“Nabi menikahi Zainab pada Ramadhan tahun ketiga Hijrah. Kemudian beliau tinggal bersama Nabi selam lapan bulan. Beliau meninngal dunia [ada bulan Rabiul Akhir tahun keempat Hijrah”

5.    Kelahiran cucu tertua Nabi iaitu Hasan pada pertengahan Ramadhan tahun ketiga Hijrah, lahirlah Hasan.

Beliau adala putera Ali bin Abi Talib dan puterinya, Fatimah Az-Zahra.
Hasan bin Abi Talib lahir dimuka bumi ini sebagai hasil pernikahan yang sederhana dan bersahaja.

Pasangan daripada keturunan hebat ini hidup seperti orang biasa walaupun Abi Thalib adalah pembesar Quraisy manakala Muhammad adalah Rasul Allah.
Betapa gembiranya Nabi sewaktu mendengar berita kelahiran cucunya yang pertama dan tertua. Nabi bergegas melihat cucunya yang baru lahir itu.

Baginda sendiri yang memotong tali pusat Hasan sambil berdoa :

“Ya Allah, aku memohon perlindunganMu untuknya dan anak-anaknya supaya selamat daripada sejahatan syaitan yang terkutuk”

Selanjutnya Nabi memberi namakepada cucunya dan melakukan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing. Nabi membahagikan daging dan wang dinar kepada penduduk sekitar.

Beberapa bulan selepas kelahiran Hasan, lahirlah pula Husain. Nama Husain juga diberikan oleh Nabi. Kedua-dua nama ini belum dikenali orang Arab pada Zaman Jahiliyyah.       

Friday, August 19, 2011

AYAT-AYAT Al-QURAN & HADIS TENTANG PERKAHWINAN

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1) 

Beberapa Ayat Al-Qur’an Tentang Cinta

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat dzalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(2:165) 

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(5:54)

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)

Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(16:107)

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,(49:7)

(Juga) bagi para fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridaan (Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.(59:8-10)

JIWA TERASA KOSONG???


"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Saturday, August 13, 2011


Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak


Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

 

 

 

 

 

 

 

 

BUAT RENUNGAN BERSAMA

 
 
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud "Sampaikanlah dariku (Syiar Islam
al-Quran @ Hadis - perakataan / perlakuan) walau hanya sepotong ayat".
 
100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
 
01.     Bersyukur apabila mendapat nikmat
02.     Sabar apabila mendapat kesulitan
03.     Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04.     Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05.     Jangan membiarkan hati  dalam kesedihan
06.     Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07.     Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08.     Jangan irihati dengan kekayaan orang
09.     Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
10.     Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan
11.     Jangan tamak kepada harta
12.     Jangan terlalu ego akan sesuatu kedudukan
13.     Jangan hancur kerana kezaliman
14.     Jangan goyah kerana fitnah
15.     Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16.     Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17.     Jangan sakiti ayah dan ibu
18.     Jangan usir orang yang meminta-minta
19.     Jangan sakiti anak yatim
20.     Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21.     Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22.     Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23.     Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk
24.     Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25.     Biasakan sholat malam
26.     Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27.     Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28.     Sayangi dan hormati fakir miskin
29.     Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30.     Jangan marah berlebih-lebihan
31.     Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32.     Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
33.     Berlatihlah konsentrasi fikiran
34.     Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf  apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35.     Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36.     Jangan percaya ramalan manusia
37.     Jangan terlampau takut miskin
38.     Hormatilah setiap orang
39.     Jangan terlampau takut kepada manusia
40.     Jangan sombong, takabur dan degil
42.     Berlakulah adil dalam segala urusan
43.     Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44.     Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45.     Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46.     Eratkan hubuangan silaturrahim
47.     Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48.     Berkata-kata pada perkara yang perlu
49.     Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50.     Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
51.     Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52.     Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
53.     Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
54.     Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55.     Hormatilah kepada guru dan ulama
56.     Sering-sering bershalawat kepada nabi saw
57.     Cintai keluarga nabi saw
58.     Jangan terlalu banyak hutang
59.     Jangan terlampau mudah berjanji
60.     Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61.     Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti (membebel) yang tidak berguna
62.     Bergaullah dengan orang-orang soleh
63.     Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64.     Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65.     Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66.     Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67.     Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
68.     Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69.     Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
70.     Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
71.     Jangan melukai hati orang lain
72.     Jangan membiasakan berkata dusta
73.     Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74.     Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
75.     Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76.     Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77.     Jangan membuka aib orang lain
78.     Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
79.     Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80.     Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
81.     Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
82.     Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83.     Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84.     Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85.     Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
86.     Hargai prestasi dan pemberian orang
87.     Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
88.     Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
89.     Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
90.     Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu
91.     Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92.     Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
93.     Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang 
        dapat  menyebabkan orang lain terhina
94.     Jangan cepat percaya kepada kekurangan/keburukan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
95.     Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
96.     Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97.     Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
98.     Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99.     Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan                        
        kerosakan
100.    Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallah...u 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)

Monday, August 8, 2011

Lenturlah hatimu..



Assalamulaikum.

Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah... kerana memberikanku peluang untuk Ihya’ Ramadhan @ Menghidupkan Ramadhan lagi pada hari ini.. Ramadhan ke-7...

Subhanallah Maha Suci Allah... Segala nikmat aku syukuri ya Allah. Tidak termampu untukku nilai dan ukur betapa banyaknya nikmat kurniaan-Mu... Segalanya terasa nikmat jika dipandang dari kaca mata iman... 

Menginjak masuk madrasah Ramadhan ini, pelbagai ragam dan iktibar dapat diambil.

Si kecil baru belajar puasa.

Si muda berlumba-lumba menambah amal.

Si tua tidak jemu-jemu beribadat.

Semua pencinta Ilahi ini semuanya berpaksikan Yang Satu bertunjangkan Redho Ilahi..
Mereka semua tidak pernah kenal erti jemu. Tidak pernah kenal erti lelah. Tidak pernah kenal erti penat. Walaupun…mereka bukanlah yang perfect dalam beramal. Masing-masing sentiasa belajar dari madrasah tarbiyyah Ilahi…demi mengutip secebis  hidayah..demi menggenggam rapuhnya iman..demi menambat liarnya taqwa!


Lenturkanlah hatimu wahai saudaraku…

Dalam kekalutan beramal...  
Dalam sesaknya jadual ibadat di bulan yang mulia ini..

Masih ada insan yang keras...

Masih ada individu yang sombong...

Masih ada manusia yang bongkak!


Insan itu keras hatinya… terasa payah untuk dilembutkan… bagaikan karat tebal sudah menyaluti keping besi hati itu… permukaannya kehitaman..terasa kasar bila disentuhnya..menggerutu.. hitamnya dengan palitan dosa..bertambah kasar dengan tambahan ma’siat..semakin menggerutu dengan coretan mungkar..tidak pernah rasa mahu dikikis..rasa cukup bahagia memiliki semua itu..


Individu itu sombong orangnya..tidak mahu menyapa dengan iman yang manis itu..tidak mahu memandang kebesaran Tuhan di sekelilingnya..tidak mahu mendengar alunan merdu ayat-ayat cinta Rabbnya..tidak mahu bertemankan cahaya hadiah dari Penciptanya…dia rela berada dalam kegelapan ciptaannya..dia sanggup berselimutkan az-Zunub…


Manusia itu bongkak orangnya...dia merasakan dirinya hebat..apa yang dikecapinya semuanya atas usahanya..tiada bantuan dari orang lain..buat apa lagi menadahkan tangan..dirasakan tidak ada gunanya bersujud segala..kekayaan dunia bagai tidak cukup tangan untuk dikendong..masanya sentiasa tidak cukup untuk duduk berehat sebentar bersama Sang Kekasih..dia VVIP di mata manusia..tetapi di mata penghuni langit sana dia VVNIP (very very not important person)!



Duhai insan yang keras...
Biar seteruk mana karat hatimu itu, yang nama Al-Ghafur itu sentiasa sedia beri keampunan padamu..pintu taubat sentiasa terbuka luas.. Bertambah-tambah luas pintu taubat dibuka lewat Ramadhan ini..

Duhai insan yang sombong...
Biar setinggi mana sombongmu itu, yang nama Ar-Rahim itu sentiasa kasihkanmu..walau berkali-kali kau tolak ke tepi iman dan hidayah itu jika kau mahu merebutnya pasti Dia akan berikan.. betapa tingginya kasih-Nya padamu sehinggakan dosamu semalam pasti akan diampunkan jika engkau mohon kepada-Nya..

Duhai insan yang bongkak...
Biar semegah mana bongkakmu.. yang nama Ar-Rahman itu tidak pernah lokek denganmu.. diberikan segala nikmat kepadamu tanpa putus biar enkau tidak pernah ingin menundukkan dirimu..ingatlah setinggi mana pun engkau merasa agungnya dirimu Tuhanmu itu tidak ada tandingannya..engkau merasa dirimu mulia dengan segala yang kau ada sekelip mata sahaja kau boleh dihapuskan seperti Qarun!