1. Wahyu pertama dan Kitab Suci yang lain turun pada bulan Ramadhan
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia” AQ (2:185)
(a) Shahifah Nabi Ibrahim diturunkan pada tanggal 3 Ramadhan
(b) Taurat diwahyukan pada Nabi Musa pada tanggal 6 Ramadhan
(c) Zabur diturunkan kepada Nabi Daud pada tanggal 12 dan 18 Ramadhan
(d) Injil diturunkan kepada Nabi Isa pada tanggal 12 dan 13 Ramadhan
(e) Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad pada tanggal 17 Ramadhan
2. Jibril mengajar Nabi solat dua rakaat
Ibnu Ishak menyatakan sebagaimana yang dikutip daripada Ibnu Hisyam dalam kitabnya, Sirah An-Nabawiyah, dolat dimulakan pertama kali dalam bulan Ramadhan dengan dua rakaat.
Ini berdasarkan rekod daripada Aisyah,
Aisyah berkata,
“Solat diwajibkan kepada Rasulullah dalam bentuk dua rakaat demi dua rakaat. Kemudian Allah menyempurnakan menjadi empat rakaat ketika di rumah dan membenarkan dua rakaat sewaktu perjalanan”
Suhaili berkomentar perihal pernyataan ini,
Solat sebelum Israk dan Mikraj adalah solat sebelum terbenamnya matahari dan solat selepas terbitnya matahari”
3. Meninggalnya Puteri Rasulullah, Zat al-Hijratain
Khalifah ketiga iaitu Uthman B Affan adalah salah seorang daripada golongan Muhajirin yang tidak mengikuti Perang Badar.
Pada saat itu beliau di rumah menjaga isterinya, Ruqayyah, yang tenat menghadapi sakaratul maut.
Si isteri itu dikenali dengan gelaran Zat al-Hijratain. Ini kerana beliau berjirah sebanyak dua kali. Pertama kali hijrah dari Mekah ke Habsyah dan yang kedua hijrah dari Mekah ke Madinah
Beliau adalah anak Rasulullah sendiri yang terpaksa ditinggalkan kerana berjuang melawan Quraisy di Badar.
Kedua-dua saudara kandungnya iaitu Ummu Kalsum dan Fatimah juga berada di sampingnya. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa sewaktu melihatnya menghadapi sakaratul maut.
Akhirnya Ruqayyah menghembuskan nafas yang terakhir selepas melafazkan dua kalimah syahadah.
Semua yang ada di sekeliling jasad Ruqayyah diliputi rasa duka dan hiba yang mendalam.
Mereka semuanya tenggelam dalam kesedihan terutama sekali si suami, Uthman b Affan dan juga Ummu Kalsum dan Fatimah Az-Zahrah
Jenazah Ruqayyah dimandi, dikafan, disolat dan ditanam pada bulan Ramadhan tahun kedua Hijrah tanpa disaksikan ayahanda tercintanya, Rasulullah. Nabi sewaktu itu sedang bertempur di Perang Badar.
4. Pernikahan Nabi dengan Ummu Al-Masakin.
Gelaran Ummu Al-Masakin diberikan kepada Zainab binti Huzaiman. Ibnu Hisyam dalam kitabnya, Sirah An-Nabawiyah.
“Beliau diberikan gelaran ini kerana belas kasihan dan kelembutan hatinya kepada orang-orang miskin”
Selain menyanyangi orang miskin, beliau juga terlibat secar langsung dalam membantu kelancaran perang.
Atas alasa itulah, Rasulullah menikahinya sedangkan umur Nabi sudah mencecah 55 tahun. Ilmuan berselisih pendapat perihal tarikh pernikahan Nabi dengan Zainab.
Meskipun semua rekod sepakat yang pernikahan itu berlangsung pada bulan Ramadhan, mereka berselisih pendapat mengenai tahunnya.
Rekod yang disampaikan Ibnu Al-Kalabi menyatakan:
“Nabi menikahi Zainab pada Ramadhan tahun ketiga Hijrah. Kemudian beliau tinggal bersama Nabi selam lapan bulan. Beliau meninngal dunia [ada bulan Rabiul Akhir tahun keempat Hijrah”
5. Kelahiran cucu tertua Nabi iaitu Hasan pada pertengahan Ramadhan tahun ketiga Hijrah, lahirlah Hasan.
Beliau adala putera Ali bin Abi Talib dan puterinya, Fatimah Az-Zahra.
Hasan bin Abi Talib lahir dimuka bumi ini sebagai hasil pernikahan yang sederhana dan bersahaja.
Pasangan daripada keturunan hebat ini hidup seperti orang biasa walaupun Abi Thalib adalah pembesar Quraisy manakala Muhammad adalah Rasul Allah.
Betapa gembiranya Nabi sewaktu mendengar berita kelahiran cucunya yang pertama dan tertua. Nabi bergegas melihat cucunya yang baru lahir itu.
Baginda sendiri yang memotong tali pusat Hasan sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon perlindunganMu untuknya dan anak-anaknya supaya selamat daripada sejahatan syaitan yang terkutuk”
Selanjutnya Nabi memberi namakepada cucunya dan melakukan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing. Nabi membahagikan daging dan wang dinar kepada penduduk sekitar.
Beberapa bulan selepas kelahiran Hasan, lahirlah pula Husain. Nama Husain juga diberikan oleh Nabi. Kedua-dua nama ini belum dikenali orang Arab pada Zaman Jahiliyyah.
No comments:
Post a Comment