'BERSAMA KITA MENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH DEMI MEMBAWA ISLAM KE PERSADA DUNIA'
Pages
LAMAN BLOG RASMI ASPUTRA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Thursday, April 19, 2012
Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w.
Sirah Nabi s.a.w. mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya
satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama,
pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu
menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini
membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim; tempat berlindung
ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa
manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para
pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskan
keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:
Pertama: Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan
sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih.
Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan
paling pasti (Kita akan rnelihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susur
galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan
penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang
ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan
kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki
Allah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan
kedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda.
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam
mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah
bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan
yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk
memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungan
sesetengah safarnya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara
pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja
selepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahui
siapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Musa a.s.
yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan
kesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah
Nabawiyyah yang sahih.
Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Isa a.s.. Injil-injil yang diiktiraf
secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian
al-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang
tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu.
Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susur
galur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung
hingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama
penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup?
Jika keraguan ini timbul terhadap sirah rasul-rasul selaku tukuh agama yang tersebar
luas di dunia, keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli
falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya,
Buddha dan Confucious. Kisah hidup mereka hanya berlegar di kalangan pengikut mereka
sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. la
hanyalah diambil secara tergesa-gesa oleh para sami sesama mereka. Setiap generasi
www.dakwah.info 6
menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur
lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang cerdas dan bebas daripada
ketaksuban kepada agama-agama itu.
Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara
mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak
perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w.
wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman
remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya
ke luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga
mengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan
tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang
seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satusatunya
tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.
Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang
terdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman
remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit
sahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaran
sempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakan tentang Isa
a.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanak-kanaknya melainkan apa yang
diceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki haikal
Yahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya. Inilah satu-satunya kejadian yang
disebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Selanjutnya, kita tidak mengetahui hal ehwal
beliau selepas kenabian melainkan peristiwa yang berkaitan dengan dakwah dan sedikit
tentang cara hidupnya. Manakala selain daripada itu adalah perkara yang dilitupi kabus tebal.
Di manakah kedudukan maklumat ini berbanding dengan maklumat yang disebutkan
oleh sumber-sumber sirah yang sahih? Sumber-sumber ini menyebutkan secara detil
kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya,
percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para
sahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka
menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..
Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang
dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat
kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidak
ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita
bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang
perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhala
tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara Sirah Baginda
s.a.w. dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka panjang kepada
tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan pengikut-pengikut mereka. Dakwaan
ketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka berdua tidak boleh
menjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya.
Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang kamil kepada sesiapa
yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya.
Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:
www.dakwah.info 7
tÅzFψ$# tΠöθu‹ø9$#uρ ©!$# (#θã_ötƒ tβ%x. ⎯yϑjÏ9 ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& «!$# ÉΑθß™u‘ ’Îû öΝä3s9 tβ%x. ô‰s)©9
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (heredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21)
Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki
manusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w. selaku pemuda
yang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan risalah-
Nya. Ia turut menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah sebagai pendakwah
kepada Allah yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia
juga meriwayatkan Baginda sebugai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang
maksimum untuk menyampaikan risalahnya. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita
perjalanan hidup Baginda sebagai ketua Negara yang mengasas sistem ampuh dan jitu untuk
negaranya. Baginda melindungi negaranya itu dengan penuh waspada, ikhlas dan jujur. Ini
menjamin negara tersebut untuk berjaya.
Sirah menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul sebagai seorang suami dan
bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, hubungan yang baik serta memberi perbezaan
jelas antara yang mana hak dan mana kewajipan untuk suami, isiteri dan anak-anak. Ia juga
menceritakan perjalanan hidup Rasul selaku pendidik dan pemberi tunjuk ajar yang menyelia
pendidikan para sahabat Baginda dengan pendidiknn yang ideal. Baginda memindahkan
nilai-nilai pendidikan itu daripada rohaninya sendiri ke dalam rohani mereka, daripada
jiwanya kepada jiwa mereka. Ini mendorong mereka untuk cuba mencontohi Baginda dalam
sehalus-halus perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitu juga, ia menceritakan
kepada kita perjalanan hidup Rasul selaku seorang teman yang melaksanakan kewajipan
persahabatan serta memenuhi komitmen dan adab-adabnya. Ini menjadikan para sahabat
Baginda mengasihinya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. Bahkan melebihi
kasih mereka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka. Sirah Baginda juga menceritakan
kepada kita perjalanan hidup seorang pahlawan yang berani, panglima perang yang jaguh,
politikus yang berjaya, jiran yang amanah dan pengikat janji yang jujur.
Pendek kata: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalam
masyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah,
panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlah
seterusnya...
Kita tidak dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya dalam catatan
sejarah yang masih kekal pada kita; catatan sejarah berkenaan sirah rasul terdahulu, pengasas
agama dan falsafah yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Musa adalah model
pemimpin umat yang telah menyelamatkan umatnya daripada belenggu pengabdian. Ia
menerangkan kepada kita kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang sesuai untuk misi itu
sahaja. Akan tetapi kita tidak dapati dalam sirah baginda, keterangan yang boleh dijadikan
contoh teladan kepada pahlawan perang, pendidik, politikus, kepala negara, bapa, atau suami.
Isa a.s. pula menjadi model seorang pendakwah yang zuhud, meninggalkan dunia dalam
keadaan dia tidak mempunyai harta, rumah atau barang. Namun dalam catitan sirahnya yang
terdapat di tangan orang-orang Kristian, beliau tidak mewakili seorang panglima perang,
ketua negara, bapa, atau suami (kerana dia tidak berkahwin), penggubal perundangan, atau
lain-lain lagi yang ditunjukkun oleh Sirah Muhammad s.a.w.. Perihal yang sama berlaku pada
Buddha, Confucious, Aristotle, Plato, Napoleon dan lain-lain lagi tokoh-tokoh sejarah.
Mereka hanya layak menjadi contoh teladan (sekiranya mereka layak menjadi contoh
www.dakwah.info 8
teladan) untuk satu aspek daripada pelbagai aspek kehidupan, iaitu dalam bidang yang
mereka terserlah dan terkenal dengannya. Satu-satunya manusia dalam sejarah yang boleh
menjadi contoh teladan untuk semua golongan, semua pemilik pelbagai bakat dan semua
manusia ialah Muhammad s.a.w..
Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang
tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah
perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan bersama
dakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwaperistiwa
pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-mata
dengan cara yang normal. Baginda s.a.w. berdakwah, lalu disakiti, menyampaikan risalah,
seterusnya memperolehi penyokong. Jika terpaksa berperang, Baginda berperang. Baginda
seorang yang bijaksana dan mendapat taufiq dalam kepimpinannya. Ketika hampir wafat,
dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnya
tersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang.
Bagi sesiapa yang mengetahui pegangan dan budaya masyarakat Arab ketika itu,
penentangan mereka melalui pelbagai cara sehingga ke tahap merancang pembunuhun
Baginda, mengetahui ketidak seimbangan kekuatan Baginda dengan pihak lawan dalam
setiap pertempuran yang Baginda menangi, mengetahui tempoh masa yang terlalu singkat
dalam menyampaikan risalah sehingga kefawatan Baginda iaitu 25 tahun, semua ini
memberikan keyakinan bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah. Kurniaan
Allah kepada baginda seperti tabah (thabat), kekuatan, keupayaan mempengaruh dan
kemenangan juga menunjukkan Baginda benar-benar seorang nabi. Allah tidak akan
mendokong sesiapa yang mendustakan-Nya. Dokongan Ilahi ini adalah dokongan yang unik
dalam sejarah.
Sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita kebenaran risalah Baginda hanya
melalui bukti-bukti lojik yang boleh diterima akal. Mukjizat yang berlaku bukanlah faktor
utama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Baginda
mempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman kerana
mukjizat tersebut. Walau bagaimanapun, mukjizat berbentuk material tetap menjadi hujah
dalam berhadapan dengan mereka yang menyaksikannya. Suatu yang pasti bahawa orang
Islam yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dan tidak pernah menyak-sikan mukjizat, mereka
beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qat’ie dan
masuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebut
ialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Mukjizat ini
menyebabkan setiap manusia berakal lagi bersikap adil dan insaf pasti beriman dengan
kebenaran dakwaan kerasulan Muhammad s.a.w..
Ini berbeza sama sekali dengan sirah para nabi terdahulu yang disimpan oleh para
pengikutnya. Sirah para nabi terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai
beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat berlaku kepada
rasul-rasul tersebut. Mereka beriman tanpa meletakkan akal sebagai hakim dalam menilai
prinsip-prinsip dakwah para rasul tersebut, seterusnya tunduk kepadanya. Contoh palingjelas
ialah sirah nabi Isa a.s.. Dalam al-Quran, Allah menceritakan kepada kita bahawa antara
tunggak utama yang Allah berikan kepada nabi Isa a.s. untuk meyakinkan orang Yahudi
tentang kebenaran risalahnya ialah boluh menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta,
merawat penyakit, menghidupkan orang mati serta memberitahu kaumnya apa yang mereka
makan dan apa yang tersimpan di rumah mereka. Semua ini berlaku dengan izin Allah Azzawajalla.
Mukjizat-mukjizat ini menjadi penyebab orang ramai beriman kepada Nabi 'Isa
secara beramai-ramai. Inilah yang diriwayatkan oleh kitab-kitab Injil kepada kita. Namun,
www.dakwah.info 9
mereka beriman dengan Isa a.s. bukan sebagai rasul, bahkan sebagai tuhan dan anak tuhan
(Maha suci Allah daripada perkara ini). Inilah yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita.
Selepas pemergian nabi Isa a.s., agama Kristian tersebar melalui perkara luar biasa dan pelik
yang menyalahi adat kebiasaan. Safar Kerja Rasul-Rasul menjadi bukti utama kepada perkara
ini. Sehingga kita boleh katakan bahawa agama Kristian yang diimani oleh pengikutnya
adalah agama yang tertegak di atas perkara luar biasa dan pelik yang menyalahi adat
kebiasaan, bukan di atas keyakinan akal yang rasional.
Di sini kita dapat lihat kistimewaan yang jelas dalam sirah Rasul s.a.w.. Tidak ada
seorangpun yang beriman dengan Baginda disebabkan melihat mukjizat yang menyalahi adat
kebiasaan. Bahkan dia beriman disebabkan keyakinan akal dan jiwa. Sekiranya Allah
memuliakan Rasul-Nya s.a.w. dengan mukjizat yang menyalahi adat kebiasaan, ia hanyalah
penghormatan kepada Baginda s.a.w.. Ia juga bertujuan mendiamkan penentangnya yang
sombong. Sesiapa yang meneliti al-Quran al-Karim, dia akan dapati dalam usaha meyakinkan
manusia, al-Quran bergantung kepada budi bicara akal, penyaksian pancaindera terhadap
kebesaran ciptaan Allah, juga pengetahuan sempurna berkenaan Rasul yang buta huruf. Buta
huruf Baginda s.a.w. menjadikan al-Quran yang dibawanya sebagai bukti kebenaran risalah
Baginda. Allah Taala berflrman dalam surah al-Ankabut:
ê⎥⎫Î7•Β փɋtΡ O$tΡr& !$yϑ¯ΡÎ)uρ «!$# y‰ΨÏã àM≈tƒFψ$# $yϑ¯ΡÎ) ö≅è% ( ⎯ÏμnÎ/§‘ ⎯iÏΒ ×M≈tƒ#u™ Ïμø‹n=tã š^Ì“Ρé& Iωöθs9 (#θä9$s%uρ
Zπyϑômts9 šÏ9≡sOE ’Îû χÎ) 4 óΟÎγøŠn=tæ 4‘n=÷Fム|=≈tFÅ6ø9$# y7ø‹n=tã $uΖø9t“Ρr& !$¯Ρr& óΟÎγÏõ3tƒ óΟs9uρr& ∩∈⊃∪
∩∈⊇∪ šχθãΖÏΒ÷σム5Θöθs)Ï9 3“tò2ÏOEuρ
Dan mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad)
mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu
bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas
nyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah
cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran
yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu
mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Al-
Ankabut: 50-51)
Apabila orang-orang kafir Quraisy melampaui batas dengan menuntut mukjizat
daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu, Allah
memerintahkan Baginda menjawab:
∩®⊂∪ Zωθß™§‘ #Z|³o0 ωÎ) àMΖä. ö≅yδ ’nÎ1u‘ tβ$ysö7ß™ ö≅è%
Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini
hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 93)
www.dakwah.info 10
Perhatikan perkara ini dalam surah al-Isra' yang bermaksud:
9≅ŠÏƒ¯Υ ⎯iÏΒ ×π¨Ψy šs9 tβθä3s? ÷ρr& ∩®⊃∪ %·æθç7.⊥tƒ ÇÚö‘F{$# z⎯ÏΒ $uΖs9 tàføs? 4©®Lym y7s9 š∅ÏΒ÷σoeΡ ⎯s9 (#θä9$s%uρ
u’ÎAù's? ÷ρr& $¸|¡Ï. $uΖøŠn=tã |Môϑtãy— $yϑx. u™!$yϑ¡¡9$# xÝÉ)ó¡è@ ÷ρr& ∩®⊇∪ #·Éføs? $yγn=≈n=Åz t≈yγ÷ΡF{$# tdÉfxçGsù 5=uΖÏãuρ
š∅ÏΒ÷σoeΡ ⎯s9uρ Ï™!$yϑ¡¡9$# ’Îû 4’n∋ös? ÷ρr& >∃ã÷zã— ⎯iÏΒ ×MøŠt/ y7s9 tβθä3tƒ ÷ρr& ∩®⊄∪ ¸ξ‹Î6s% Ïπx6Íׯ≈n=yϑø9$#uρ «!$$Î/
∩®⊂∪ Zωθß™§‘ #Z|³o0 ωÎ) àMΖä. ö≅yδ ’nÎ1u‘ tβ$ysö7ß™ ö≅è% 3 …çνäτtø)¯Ρ $Y7≈tFÏ. $uΖøŠn=tã tΑiÍ”t∴è? 4©®Lym y7hÍŠÏ%ãÏ9
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai
Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami.
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan
anggur, kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnya
dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau
gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau
katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat
untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah
rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami
tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau
turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini
hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 90-93)
Demikianlah al-Quran menetapkan secara terang dan jelas bahawa nabi Muhammad
s.a.w. adalah manusia dan rasul. Dalam membenarkan dakwaan kerasulan Baginda, al-Quran
tidak bergantung kepada perkara yang menyalahi adat kebiasaan dan mukjizat, bahkan hanya
berdailog dengan akal dan hati.
( ÉΟ≈n=ó™M∼Ï9 …çνu‘ô‰|¹ ÷yuô³o„ …çμtƒÏ‰ôγtƒ βr& ª!$# ÏŠÌム⎯yϑsù
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk
menerima Islam. (Al-An'am: 125)
Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w.
Hanya terdapat empat sumber rujukan utama Sirah Nabi s.a.w yang diperakui:
1. Al-Quran al-Karim
Al-Quran merupakan sumber rujukan asasi yang kita cedok daripadanya Sirah Nabi
s.a.w.. Al-Quran al-Karim telah menyingkap kehidupan Nabi s.a.w. semasa kecil:
∩∠∪ 3“y‰yγsù ~ω!$|Ê x8y‰y`uρuρ ∩∉∪ 3“uρ$t↔sù $VϑŠÏKtƒ x8ô‰Égs† öΝs9r&
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan
perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu
Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? (Ad-Dhuha:
6-7)
www.dakwah.info 11
Al-Quran juga memaparkan akhlak Baginda yang mulia dan terpuji:
∩⊆∪ 5ΟŠÏàtã @,è=äz 4’n?yès9 y7¯ΡÎ)uρ
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-
Qalam: 4).
Al-Quran turut membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh
Baginda s.a.w. di jalan dakwah. Al-Quran juga menyebut tentang beberapa gelaran yang
diberikan oleh orang musyrik kepada Baginda demi menyekat agama Allah ‘Azza wa Jalla
daripada tersebar, seperti ahli sihir dan orang gila. Selain itu, al-Quran juga memaparkan
hijrah Rasul s.a.w., serta membentangkan pertempuran-pertempuran penting yang Baginda
lalui selepas Hijrah. Antaranya Perang Badar, Uhud, Ahzab, Perdamaian Hudaibiyah,
Pembukaan Makkah dan Perang Hunain. Al-Quran juga memperkatakan tentang sesetengah
mukjizat Baginda seperti mukjizat Isra' dan Mi'raj.
Ringkasnya al-Quran telah membicarakan banyak peristiwa dalam Sirah Rasul s.a.w..
Oleh kerana al-Quran1 merupakan kitab paling dipercayai di atas muka bumi dan terbukti
kebenaran secara mutawatir, seorang manusia yang berakal tidak sepatutnya terfikir untuk
meragui nas-nas dan kekukuhan fakta sejarahnya. Oleh itu, peristiwa-peristiwa sirah yang
didedahkan oleh al-Quran ini secara mutlak dianggap sebagai sumber sirah paling sahih.
Namun dapat diperhatikan bahawa al-Quran tidak menyingkap peristiwa sirah secara
terperinci, tetapi sekadar menyentuhnya secara ringkas. Dalam membicarakan sesuatu
purtempuran perang, al-Quran tidak menyatakan sebab-sebab berlaku peperangan tersebut,
bilangan orang Islam dan orang musyrik yang terlibat, mahupun bilangan tentera yang
terbunuh atau ditawan di kalangan orang musyrik. Ia sekadar membincangkan pengajaran
perang dan pedoman yang boleh diambil. Demikianlah sikap al-Quran dalam setiap kisah
berkenaan para nabi dan umat terdahulu. Oleh itu kita tidak boleh berpada dengan hanya
bergantung kepada nas-nas al-Quran yang berkaitan dengan Sirah Nabi s.a.w. untuk
mendapatkan gambaran kehidupan Rasul s.a.w. yang lengkap.
2. Sunnah yang Sahih
Sunnah Nabi s.a.w. yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang
diakui kejujuran mereka lagi dipercayai di dunia Islam. Kitab-kitab itu ialah:
Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis): Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim,
Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaie, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah. Begitu juga
kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad. Kitab-kitab ini,
terutamanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berada di tangga teratas dari aspek kesahihan,
dipercayai dan pembuktiannya. Sementara kitab-kitab lain mengandungi hadis-hadis sahih
dan hasan. Sesetengahnya juga mengandungi hadis daif.
Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi s.a.w., peristiwa, peperangan dan amalan
Baginda terkandung dalam kitab-kitab ini. Daripadanya, kita dapat membentuk pemikiran
yang menyeluruh berkenaan Sirah Rasul s.a.w. (sekalipun ia kadang-kadang tidak saling
melengkapi). Antara perkara yang meningkatkan kepercayaan dan penerimaan terhadap
kitab-kitab ini ialah, hadis-hadisnya telah diriwayatkan dengan sanad yung bersambung
hingga kepada para sahabat r.a.. Merekalah yang bergaul dengan Rasulullah dan sentiasa
bersama Baginda. Allah juga telah memenangkan agamaNya melului mereka, Rasulullah
s.a.w. sendiri yang mendidik mereka. Oleh itu mereka adalah generasi paling sempurna
dalam sejarah. Sama ada dari segi keluhuran akhlak, kekuatan iman, kejujuran percakapan,
ketinggian roh dan kesempurnaan akal. Dengan ini, setiap hadis yang mereka riwayatkan
www.dakwah.info 12
daripada Rasul dengan sanad yang sahih dan bersambung, kita wajib menerimanya sebagai
satu hakikat sejarah tanpa ragu lagi.
Para orientalis yang mempunyai misi tersembunyi cuba meragukan kesahihan kitab-kitab
sunan yang berada di hadapan kita ini. Mereka turut disokong oleh orang Islam yang menjadi
pengikut mereka. Mereka mempunyai pegangan agama yang rapuh dan terpengaruh dengan
Barat dan cendikiawannya. Tujuan mereka semua ialah meruntuhkan Syariah dan
menimbulkan keraguan terhadap peristiwa dalam Sirah. Namun Allah yang
bertanggungjawab memelihara agamaNya, telah menyediakan golongan yang menolak
kebatilan dan tipu daya tersebut sehingga menjerut batang leher mereka sendiri. Dalam buku
saya, as-Sunnah wa Makanatuha min at-Tasyri al-Islami (Sunnah dan Kedudukannya Dalam
Perundangan Islam), saya telah dedahkan penat lelah ulama kita menyaring Sunnah Nabi
s.a.w.. Saya juga menyenaraikan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan oleh para orientalis
dan pengikut mereka. Kemudian saya bahaskan melalui perbahasan ilmiah. Saya berharap
kepada Allah agar memberi ganjaran pahala kepada saya kerana usaha tersebut. Juga, semoga
Allah memasukkannya dalam lembaran suratan amalan kebaikan saya pada hari
pembentangan amalan
3. Syair Arab pada Zaman Kerasulan
Tidak diragui bahawa orang musyrik telah menyerang Rasul s.a.w. dan dakwah Baginda
melalui lidah para penyair mereka. Ini memaksa orang Islam menjawabnya melalui lidah para
penyair mereka pula seperti Hasan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan lain-lain lagi.
Buku-buku sastera dan sirah yang ditulis selepas zaman itu mengandungi banyak syair-syair
sebegini. Melalui syair-syair ini, kita dapat membuat kesimpulan tentang fakta-fakta
berkaitan suasana persekitaran s.a.w. hidup dan dakwah Islam mula lahir.
4. Kitab-kitab Sirah
Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat
memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi s.a.w.
dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya
dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap
usaha ini, contohnya: Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (32-105H) dan 'Urwah bin az-Zubair
bin al-'Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu
Bakar al-Ansori (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri
(50-124H) yang mengumpulkan sunnah pada zaman 'Umar bin 'Abdul 'Aziz hasil
perintahnya, juga 'Asim bin 'Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H).
Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas mereka,
sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus (diasingkan daripada
bidang yang lain). Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin
Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H). Jumhur 'ulama dan para ahli hadis
bersepakat mengatakan beliau thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ' Urwah bin az-Zubair.
Diriwayatkan bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan 'ulama
muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang 'alim besar ini mempertikaikan
kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di antara
mereka.
Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi hadis-hadis dan
riwayat-riwayat, yang (didengarnya sendiri di Madinah dan Mesir. Dukacitanya, kitab ini
tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama kitab-kitab lain yang hilang daripada
warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara.
www.dakwah.info 13
Kerana Ibnu Hisyam telah meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat
gurunya, al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal.
Sirah Ibnu Hisyam
Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan
Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H
mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah an-Nabawiyah. Kitab
ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu
Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu
riwayat yang tidak disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut
riwayat Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini
muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti.
Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan kitab itu dengan nama
beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri Andalus:
as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H)
Tobaqot Ibnu Saad
Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani' az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad).
Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah
seorang penulis kepada Muhammad bin 'Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang
terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya
dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul a.s. dengan menyebut
nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan
mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai
dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.
Tarikh at-Tobari
Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli
hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah,
tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau
menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s., seterusnya menyambung
perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia.
Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walau
bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan
menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang
ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf.
Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak
memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut
kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan
meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.
Perkembangan penulisan Sirah
Kemudian, penulisan Sirah terus berkembang. Sesetengah aspek telah ditulis secara
khusus dan berasingan seperti, Dala-il an-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian) oleh al-
Asbahani, Syama-il al-Muhammadiyyah (Perwatakan Muhammad) oleh at-Tirmizi, Zadul
Ma'ad (Bekalan ke Tempat Kembali) oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, as-Syifa’
(Kesembuhan) oleh Qadhi 'Iyadh dan al-Mawahib al-Ladunniyah (Bakat-bakat Kurniaan
Tuhan) oleh al-Qastoluni. Ia disyarah dalam lapan jilid oleh az-Zarqani yang meninggal pada
tahun 1122H.
Demikianlah, 'ulama masih terus menulis berkenaan Sirah ar-Rasul a.s. dengan cara
www.dakwah.info 14
moden yang diterima oleh citarasa anak-anak masa kini. Di antara kitab paling terkenal pada
zaman moden kita ialah kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin oleh Syeikh
Muhammad al-Khudhori rahimahullah. Kitabnya telah mendapat sambutan yang baik dan
diputuskan untuk dipelajari di sekolah-sekolah agama di kebanyakan ceruk rantau Alam
Islami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment