Amalan sunnah yang
telah dicontohkan oleh Rasulullah saw, jika lama tidak diamalkan oleh umat,
maka suatu saat umat tidak lagi kenal dengan sunnah tersebut. Bahkan apabila
ada sebahagian umat yang mengamalkan lagi sunnah-sunnah yang lama ditinggalkan
tersebut, maka pasti muncul tuduhan-tuduhan yang salah terhadap pengamal sunnah
tersebut.
Hal ini telah
diisyaratkan oleh Rasulullah saw, bahwa agama ini datang dengan asing, dan
nantinya akan dianggap asing lagi sebagaimana awal datangnya. Rasulullah saw
memberitahukan kepada kita, bahwa sungguh beruntunglah mereka yang mahu
menghidupkan amalan sunnah yang telah asing di kalangan umat tersebut. Adakah
kita termasuk orang asing yang dianggap beruntung oleh Nabi saw?
Shalat-Shalat
Sunnat Yang Ditunaikan Sehari-Hari
Tidaklah seorang muslim mengerjakan solat sunat setiap hari 12 rakaat
kerana Allah, kecuali Allah akan
membangunkan sebuah rumah baginya di Syurga. Rinciannya sebagai berikut : Solat empat
rakaat sebelum shalat Zuhur dan dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah
sholat maghrib, dua rakaat setelah solat isya’ dan dua rakaat sebelum solat
subuh. Peliharalah nasihat yang datang dari Rasul Shallallahu alaihi wa sallam
dengan tetap mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat.
Sunnah-Sunnah
Dalam Azan Dan Iqamah
Membaca selawat kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam setelah
selesai menjawab azan dari muazzin dan menyempurnakan selawatnya dengan membaca
selawat Ibrahimiyyah dan tidak ada selawat yang lebih lengkap dari shalawat
tersebut. Dalilnya adalah sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Apabila kalian mendengar muazzin maka
ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya lalu berselawatlah untukku kerana
sesungguhnya orang yang bershalawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat
untuknya sepuluh kali". Faedah dari sunnah tersebut : Sesungguhnya
Allah berselawat atas hambaNya sepuluh kali. Maksud Allah berselawat atas hambaNya adalah Allah
memuji hambaNya di hadapan para malaikat.
Sunnah-Sunnah
Pergi Menuju Masjid
Bersegera Menuju Masjid, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda."Seandainya manusia mengetahui
keutamaan panggilan azan dan sof awal kemudian tidaklah mereka bisa
mendapatinya kecuali dengan berundi, pastilah mereka berundi dan seandainya
mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju masjid niscaya mereka akan
berlumba-lumba dan seandainya mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang
awal dan shubuh niscaya mereka akan datang kepada-Ku walaupun dengan merangkak".
Imam An-Nawawy berkata: "At-Tahjir adalah bersegera menuju shalat".