Wednesday, January 23, 2013

Sayyidul Istighfar



Dalam meniti saki baki kehidupan kita sehari-hari pastilah tidak terlepas dari pelbagai khilaf yang kita lakukan. Dalam syari’at yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, kita sebagai umat baginda tidak perlu menghapuskan dosa dengan menyiksa diri dan sebagainya. Cukup dengan penyesalan yang sungguh-sungguh dan memperbanyakkan istighfar kita kepada Allah Ta’ala. Berkenaan istighfar inilah ada satu doa’ istighfar yang diajar baginda Rasulullah s.a.w kepada kita iaitu:

(Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana abduKa, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu, Abu’u laka bi ni’matiKa ‘alaiyya wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta )

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.

Tidak rugi kita ber’amal dengan Sayyidul Istghfar ini yang kebiasaannya kita membaca dalam zikir alMa'thurat kerana terdapat padanya fadhilat yang besar. Seperti sabda Rasullah s.a.w dalam sebuah hadis:
“Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum shubuh maka dia termasuk penduduk syurga.”
(HR. Al-Bukhari – Fathul Baari 11/97)

MUJAHID SETIA




Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia


Album :
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com
http://www.youtube.com/watch?v=ZxzvKcrOCYw&feature=related

Thursday, January 17, 2013

I’tirafkan Pengampunan Buatku Ya Allah


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Assalamu’alaikum warahmatullah…AllahuAkbar, pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Bagaikan tidak terasa. Begitu juga sehari-harian kita ini kekadang bagai tidak terasa dosa yang acapkali kita ulangi. Biarpun sekecil mana pun dosa yang kita lakukan ianya tetap akan diperhitngkan. Buku catitan ‘amal pula serasa seperti dipenuhi calitan noda berbanding pahala kebaikan.

Allahu Rabbi… moga Engkau tetap menghulurkan nusrahMu kepadaku. Aku pastinya tidak mampu untuk mengatur langkah biarpun sejengkal jika hanya berbekalkan ‘amal solehku…

Ya Allah… malunya aku terasa...
Ya Rahman… rasa betapa jauhnya diriku denganMu…
Ya Rahim… masih adakah ruang buatku untuk kembali kepadaMu…

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya dan aman




Hari ni hari bersejarah. Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112. Diadakan di Stadium Merdeka. Acara yang bermula sekitar jam 9.00 pagi hari ini tanggal 12 Januari 2012 berakhir sekitar 4.30 petang tadi. Dihadiri mencecah ratusan ribu peserta! Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar! Dengan mendapat kerjasama pelbagai pihak. Terima kasih. 
Himpunan ini bertujuan bagi menyampaikan DEKLARASI yang mengandungi lapan perkara. Bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112 itu dibacakan oleh Datuk Saifudin Nasution Ismail dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:
  1. Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
  2. Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.
  3. Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.
  4. Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.
  5. Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.
  6. Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.
  7. Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.
  8. Menuntut pembebasan tahanan politik.
  9. Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.
  10. Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

Nampaknya Alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan terima kasih buat siaran Berita Utama TV yang rata-rata tidak menyeleweng fakta sebenar berkenaan perhimpunan ini. Cuma yang menjadi tumpuan utama adalah isu kanak-kanak di bawah umur yang turut sama dibawa pleh penjaga mereka dalam perhimpunan. Apa-apa pun saya  secara umumnya berpuas hati sebagai rakyat Malaysia kerana kerajaan membenarkan rakyat jelata untuk berhimpun secara HALAL! Ini merupakan keadilan yang pastinya sentiasa dinanti-nantikan.

Terima kasih juga tidak terhingga buat encik-encik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memberi kerjasama yang baik di samping petugas-petugas dari Jabatan Amal Malaysia yang penuh dedikasi. Jazakumullah khaira!

Jabatan Amal Malaysia dapat bekerjasama baik dengan PDRM
Sejumlah petugas Jabatan Amal diperuntukkan bagi memastikan keamanan sepanjang perhimpunan


Selain ucapan dari pimpinan-pimpinan parti Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), hadirin juga disajikan dengan persembahan dari penyanyi rock iaitu saudara Ito dan juga sasterawan negara A Samad Said.

Sedikit soroton sekitar HKR112:

Birdview ketika berlangsungnya HKR112

Banjiran hadirin yang menyertai perhimpunan:


Polis Diraja Malaysia turut memperakui jangkaan jumlah hadirin yang mencecah ratusan ribu.




Peniaga-peniaga di sekitar turut sama merasa tempias rezeki:




Sedikit kesesakan lalulintas namun Alhamdulillah tiada kekacauan huru hara yang tercetus seperti dalam Bersih 3.0 yang lepas:



Harapannya, moga negara kita bakal berlestarikan keamanan demokrasi serta bertunjangkan kepimpinan Islam. Insya-Allah…

Tuesday, January 8, 2013

Alkisah seorang guru…

Ustaz Yiddin terasa sakit hati melihat murid terpandainya Isa menjadi semakin angkuh setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas di sekolah.

Zahidi cepat melihat kesilapan orang lain dan suka menegur secara terbuka, tetapi berdiam diri apabila sendiri melakukan perkara yang sama.

Satu hari di surau, Ustaz Yiddin berbual dengan Isa selepas selesai solat Zohor.

Masa berbual-bual, tetiba Isa bangun dengan cepat untuk menerpa tiga orang pelajar di tepi pagar sebelah surau.

Ustaz Yiddin ikut bersama.

“Kamu semua ini nak panjat pagar ponteng sekolah ke?” jerit Isa.

“Kelas mana, tingkatan berapa, nama apa?” tengking Isa.

Seorang pelajar itu Rustam cuba menerangkan bahawa mereka bertiga tadi sedang menyelamat seekor kucing tersepit pagar.

“Mana kucingnya?” tanya Isa.

“Kami dah lepas, kucing itu terus dah lari ke seberang,” jawab Rustam.

“Penipu… semua bagi nama,” jerit Isa lagi.

“Kamu bertiga balik ke kelas,” kata Ustaz Yiddin.

“Isa, lepaskan mereka,” tambah beliau.

“Tak boleh ustaz. Malulah saya tak laksana tugas,” tegas Isa.

Ustaz Yiddin meletakkan tangannya di atas bahu Isa lalu membawanya berjalan ke luar pagar sambil jarinya memberi isyarat kepada tiga pelajar itu untuk beredar.

“Lihat ada tompok darah di lantai. Kucing tadi tersepit akibat dikejar anjing. Nasib baik tiga pelajar tadi sempat melihatnya dan menghalau anjing barulah kucing itu dapat lari dengan selamat,” kata Ustaz Yiddin.

“Maksudnya saya tersilap nak hukum mereka?” tanya Isa.

“Sebagai jadi Ketua Pengawas, ustaz melihat Isa semakin menjadi ustaz ketika muda dulu… Dulu ustaz mudah melihat kesilapan orang lain dahulu sebelum melihat kesilapan sendiri – ini menyebabkan ustaz dulu selalu ada tanggapan yang silap pada orang lain.

Kadang-kala ustaz melihat kelemahan ustaz pada orang lain, tapi ustaz bukan sahaja berdoa untuk mereka mencari kekuatan untuk mengatasi kelemahan tersebut, malah ustaz menjadi tidak bermaaf lalu mengherdik mereka atas kelemahan itu.

Ustaz juga mudah memberikan jawapan dan pembetulan tindakan kepada orang lain, tapi tidak pula memberi perhatian kepada keperluan untuk membetulkan diri sendiri,” terang Ustaz Yiddin.

Isa khusyuk mendengar tidak berkata apa-apa.

“Sebenarnya, sebagai jadi Ketua Pengawas, Isa pun sama, Isa hanya fokus pada kesilapan orang lain tapi tidak pada diri sendiri,” kata Ustaz Yiddin.

Isa masih lagi tidak membeliakkan mata.

“Jika Isa ambil lebih banyak masa fokus pada kelemahan diri sendiri, sebenarnya Isa akan rasa tiada keperluan untuk memberi kritikan pada orang,” kata Ustaz Yiddin.

“Bagaimana ustaz boleh lakukan?” tanya Isa yang semakin berminat.

“Ustaz doa tiap-tiap hari untuk Allah membersihkan pandangan mata dan fokus ustaz pada orang lain. Ustaz doa agar ustaz dapat sibuk dengan urusan sendiri dan memperbetulkan segala kesilapan yang ada,” jawab Ustaz Yiddin.

Semenjak itu, Isa berubah daripada menjadi seorang pengawas yang suka menghukum kepada seorang pengawas yang pandai mendidik dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang melakukan kesalahan agar tidak mengulanginya.

Senyum

Thursday, January 3, 2013

Naluri Homoseksual: Ujian dari Allah


altKita dilahirkan suci bersih bak kain putih, lalu dicorakkan oleh kehidupan duniawi. Setiap insan pasti mahu dilahirkan sempurna sifatnya dan baik akhlak serta budi pekertinya. Saya juga seperti itu, tetapi kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan apa yang terbaik buat kita, kerana Dialah sebaik-baik perancang, dan Dialah Maha Mengetahui.
Saya Aiman (bukan nama sebenar) dan saya dilahirkan sebagai anak lelaki bongsu dari 5 bersaudara, mempunyai 4 kakak perempuan. Dari kecil saya dimanjakan oleh adik beradik yang lain dan oleh kedua orang tua, terutamanya sang ibu. Entah mengapa, lama-kelamaan saya mula menyedari bahawa naluri diri saya mula berubah, saya mula tertarik kepada golongan sejenis yakni golongan lelaki. Ini semua saya sedari sewaktu di sekolah rendah lagi, saya mula meyukai kawan baik saya Firdaus. Setiap hari kami sering pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama. Saya sering menghabiskan waktu bermain bersamanya. Tetapi saya harus memendam perasaan saya ini kerana saya takut jika diketahui oleh Firdaus, dia akan mula membenci saya. Perasaan ini saya pendam sehinggalah akhir persekolahan menengah tingkatan 5.
Setelah itu, saya mendapat tawaran untuk sambung belajar ke Perth, Australia. Hubungan kami terpisah begitu saja. Pada mulanya saya berasa sedih, tetapi memikirkan kehidupan harus diteruskan, akhirnya saya berjaya melupakan Firdaus dan mulai fokus pada pembelajaran saya. Tetapi ternyata ujian yang sebenar baru bermula bagi saya, di sana saya tinggal sendirian. Dan ini adalah sesuatu yang baru buat diri saya. Saya mula merasakan kebebasan yang tidak pernah saya kecapi. Sewaktu itu, tiada insan yang dapat mengongkong hidup saya. Walaupun ibu sering telefon dan mengingatkan diri ini supaya jangan pernah sesekali meninggalkan solat, tetapi nasihat itu tidak saya ikuti. Kehidupan saya semakin menyimpang. Saya mula berkenalan dengan Eric, kawan sekuliah saya. Dia adalah seorang yang baik hati, sosok tubuh yang agak sasa dan mempunyai karisma kepimpinan yang saya kagumi.
Mahu dipendekkan cerita, sejak dari itu, saya mula jatuh ke jurang maksiat. Jurang maksiat yang tidak pernah saya fikirkan. Pada sebelah pagi, saya ke kampus seperti kawan-kawan yang lain. Tetapi sebelah malamnya, saya sering keluar minum dan mengamalkan gaya hidup songsang, termasuk hubungan seks songsang. Kehidupan semakin menyimpang dari hari ke hari. Sehinggalah pada suatu ketika, saya mulai demam dan berasa kurang sihat. Sewaktu itu, saya amat takut sekali, adalah ini balasan dari Allah SWT? Adakah saya telah mendapat jangkitan virus HIV?
Kawan-kawan yang saya anggap sebagai kawan baik saya tidak menghiraukan saya. Tidak pernah mengambil berat tentang saya. Mereka tetap terus dengan kehidupan bebas mereka. Malah ada yang mentertawakan saya. Waktu itu, saya rasa sedih dan amat kesunyian. Hanya ibu dan ayah tempat mengadu. Mulai dari hari itu, sejadah yang telah lama aku simpan mulai aku gunakan kembali. Dahi yang sudah lama tidak menyentuh sejadah bagi sujud kepada yang Esa mula tersentuh kembali. Ucapan Al-Fatihah yang sudah lama tidak membasahi bibir ini, kembali terucap. Saya mulai kembali kepadaNya walaupun dengan langkahan kecil.

Sakit itu adalah rindu Allah SWT kepada hamba-hambaNya, dan sakit itu adalah penebus dosa-dosa kecil. Setelah sihat, saya beranikan diri untuk ke hospital bagi menjalani ujian darah anti HIV. Sementara menunggu hasil ujian yang bakal keluar kebesokan harinya. Jiwa saya tidak tenteram. Saya tidak lalu makan. Sering memikirkan dosa-dosa masa lalu yang banyak sekali. Dan saya teringat ayat ini :
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah SWT, hati akan tenang."
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Saya mula berzikir. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Dan dunia ini adalah hanya sementara. Kita serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Apapun yang terjadi, jangan sesekali kita berputus asa kepadaNya. Alhamdulillah hati akan berasa tenang.
Keesokan harinya, langkah menuju ke hospital amat berat sekali. Tangan saya sempat gementar sewaktu mahu mencapai sampul hasil ujian darah tersebut. Setelah mengambil hasil tersebut, saya langsung pulang ke rumah. Tidak berani untuk membuka sampul tersebut di hospital. Di rumah, setelah berdoa kepada Allah SWT, saya mula membuka sampul tersebut, dan Ya Allah SWT, Alhamdulillah... ternyata hasilnya adalah negatif. Bererti saya sihat dari virus HIV. Alhamdulillah ya rabb.
Sejak dari saat itu, saya berazam untuk berubah. Ibu dan ayah sendiri juga merasakan perubahan positif dalam diri saya ini. Saya berjanji untuk mengembirakan hati mereka. Dan yang paling penting mengembirakan hati Sang Pencipta. Hubungan dengan Allah SWT itu adalah yang paling utama dalam hidup ini. Jika baik hubungan tersebut, inshaAllah baik juga hubungan kita sesame manusia. Saya nekad untuk tidak tinggalkan solat 5 waktu. Walaupun kadang-kadang saya akui, perasaan malas itu tetap ada, saya paksakan diri juga untuk bangun dan solat.
Kadang-kadang saya sering dengar ada yang mengatakan begini :
"Apalah guna solat kalau masih mencuri?" atau
"apalah guna solat kalau hendak dipaksa?"
Solat itu memang berat bagi orang yang tidak mempedulikannya. Oleh itu jika seseorang yang baru mahu berubah, adalah normal memerlukan sedikit dorongan dan paksaan. InshaAllah lama-kelamaaan keikhlasan dalam menunaikan solat itu akan tercipta apabila kemanisan iman itu dikecapi.
Menyentuh mengenai perbuatan jahat walaupun seseorang itu menunaikan solat. Saya percaya bahawa dengan terus menerus menunaikan kewajipan solat. InshaAllah perbuatan yang kurang baik tersebut akan luput. Kerana sesungguhnya hati yang bersih itu tidak dihinggapi dengan perbuatan yang kurang baik. Sesungguhnya benar sekali bahawa solat itu mencegah dari kemungkaran.
Tetapi saya juga akui bahawa perasaan terhadap golongan sejenis itu masih ada di dalam diri saya. Saya sendiri tidak tahu sampai bila perasaan ini akan menyelubungi diri ini. Tetapi saya yakin pada janji Allah SWT, Dia pasti akan membantu hambaNya. Oleh itu adalah tugas saya untuk terus berdoa dan memohon pertolongan dari Allah SWT, kerana hanya Allah SWT yang mampu menolong saya.
Yang paling penting kita terus berusaha mendekatkan diri kepadaNya, solat harus rajin kita usahakan.
Solat adalah perkara terpenting, sebab itu dipanggil tiang agama. Selain itu, belajarlah untuk menundukkan pandangan, rajinlah berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan hawa nafsu, carilah kawan yang membawa kepada kebaikan dan inshaAllah jika kita ingin berubah, Allah SWT sendiri akan menghantar kawan-kawan yang baik kepada kita. Percayalah. Perbanyakkanlah membuat kebaikan dan berdakwah, kerana kebaikan itu dapat meningkatkan pahala dan amalan kita. Usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah sedekat-dekatnya. Rajin bangun malam untuk solat dan zikir.

Salah satu motivasi buat diri saya adalah dengan sering berprasangka baik terhadap Allah SWT. Allah SWT itu Maha Pengampun. Jika ibu ayah kita saja dapat memaafkan kita, apatah lagi Allah SWT. InshaAllah.
"Fitrahnya iman itu bermusim. Ada masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun,  insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5 waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti." 
Ayat inilah yang mendorong saya dan memotivasikan diri saya. Saya nekad untuk berubah.  Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan, walaupun sedikit. Ya, saya akan berusaha untuk berubah dan berdoa semoga Allah memberikan saya peluang dan hidayahnNya yang berterusan. Doakanlah diri ini agar istiqamah dalam mujahadah melawan perasaan. Semoga mujahadah ini membawa diri saya agar lebih mendekatiNya dan menjadi insan yang berjiwa fitrah.  
"Ya Allah.. sambutlah tangan ini, tetapkanlah hati ini, dekatkanlah langkah mujahadah ini dalam kebaikan dan keredhaanMu. Sesungguhnya rahmatMu ku dambakan. AmpunanMu ku pohonkan. Ampunilah dosa-dosa semalam dan terimalah taubatku ini Ya Ghaffar. Hanya padaMu ku memohon keampunan dan hanya padaMu jua ku serahkan diri."