Ustaz Yiddin terasa sakit hati melihat murid terpandainya Isa menjadi semakin angkuh setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas di sekolah.
Zahidi cepat melihat kesilapan orang lain dan suka menegur secara terbuka, tetapi berdiam diri apabila sendiri melakukan perkara yang sama.
Satu hari di surau, Ustaz Yiddin berbual dengan Isa selepas selesai solat Zohor.
Masa berbual-bual, tetiba Isa bangun dengan cepat untuk menerpa tiga orang pelajar di tepi pagar sebelah surau.
Ustaz Yiddin ikut bersama.
“Kamu semua ini nak panjat pagar ponteng sekolah ke?” jerit Isa.
“Kelas mana, tingkatan berapa, nama apa?” tengking Isa.
Seorang pelajar itu Rustam cuba menerangkan bahawa mereka bertiga tadi sedang menyelamat seekor kucing tersepit pagar.
“Mana kucingnya?” tanya Isa.
“Kami dah lepas, kucing itu terus dah lari ke seberang,” jawab Rustam.
“Penipu… semua bagi nama,” jerit Isa lagi.
“Kamu bertiga balik ke kelas,” kata Ustaz Yiddin.
“Isa, lepaskan mereka,” tambah beliau.
“Tak boleh ustaz. Malulah saya tak laksana tugas,” tegas Isa.
Ustaz Yiddin meletakkan tangannya di atas bahu Isa lalu membawanya berjalan ke luar pagar sambil jarinya memberi isyarat kepada tiga pelajar itu untuk beredar.
“Lihat ada tompok darah di lantai. Kucing tadi tersepit akibat dikejar anjing. Nasib baik tiga pelajar tadi sempat melihatnya dan menghalau anjing barulah kucing itu dapat lari dengan selamat,” kata Ustaz Yiddin.
“Maksudnya saya tersilap nak hukum mereka?” tanya Isa.
“Sebagai jadi Ketua Pengawas, ustaz melihat Isa semakin menjadi ustaz ketika muda dulu… Dulu ustaz mudah melihat kesilapan orang lain dahulu sebelum melihat kesilapan sendiri – ini menyebabkan ustaz dulu selalu ada tanggapan yang silap pada orang lain.
Kadang-kala ustaz melihat kelemahan ustaz pada orang lain, tapi ustaz bukan sahaja berdoa untuk mereka mencari kekuatan untuk mengatasi kelemahan tersebut, malah ustaz menjadi tidak bermaaf lalu mengherdik mereka atas kelemahan itu.
Ustaz juga mudah memberikan jawapan dan pembetulan tindakan kepada orang lain, tapi tidak pula memberi perhatian kepada keperluan untuk membetulkan diri sendiri,” terang Ustaz Yiddin.
Isa khusyuk mendengar tidak berkata apa-apa.
“Sebenarnya, sebagai jadi Ketua Pengawas, Isa pun sama, Isa hanya fokus pada kesilapan orang lain tapi tidak pada diri sendiri,” kata Ustaz Yiddin.
Isa masih lagi tidak membeliakkan mata.
“Jika Isa ambil lebih banyak masa fokus pada kelemahan diri sendiri, sebenarnya Isa akan rasa tiada keperluan untuk memberi kritikan pada orang,” kata Ustaz Yiddin.
“Bagaimana ustaz boleh lakukan?” tanya Isa yang semakin berminat.
“Ustaz doa tiap-tiap hari untuk Allah membersihkan pandangan mata dan fokus ustaz pada orang lain. Ustaz doa agar ustaz dapat sibuk dengan urusan sendiri dan memperbetulkan segala kesilapan yang ada,” jawab Ustaz Yiddin.
Semenjak itu, Isa berubah daripada menjadi seorang pengawas yang suka menghukum kepada seorang pengawas yang pandai mendidik dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang melakukan kesalahan agar tidak mengulanginya.
Senyum
No comments:
Post a Comment