'BERSAMA KITA MENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH DEMI MEMBAWA ISLAM KE PERSADA DUNIA'
Pages
LAMAN BLOG RASMI ASPUTRA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Tuesday, May 22, 2012
TARAF KEIKHLASAN KITA
ADAKAH AKU IKHLAS?
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.
Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"
Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa:
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
BILA KEMUSNAHAN BUMI DAN MAKHLUKNYA BERLAKU
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan ( Surah Ar-Rahman ayat 26-27 )
Alam luas ciptaan Allah SWT akan menempuh saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yg menghijau disekeliling kita akhirnya akan kuning layu, bebunga yg kembang akan gugur dari kelopaknya, besi akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui, makanan dan lauk-pauk yg segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajalpun tiba. Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yg sentiasa berlaku disekeliling kita.
Situasi demikian merupakan satu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah. Iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yg dipenuhi berbilion keluarga planet, akan menemui ajalnya pada satu detik yg dinamakan kiamat. Tiada satupun yg terkecuali selain yg kekal hanya Allah yang Maha Pencipta yg menetapkan tarikh akhir segala ciptaanNya.
Firman Allah didalam surah Ar-Rahman ayat 26-27 : Yang bemaksud :
Setiap yg ada dimuka bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Bumi walaupun kelihatan begitu gagah dengan bebatu pejal serta gunung-ganang terhujam kukuh kedasar bumi, namun ia bukan satu jaminan untuk kekal. Akhirnya pasti terpaksa tunduk dengan kehadiran saat yg maha dasyat itu. Qiamat juga bererti musnahnya seluruh sistem alam yg diciptakan oleh Allah SWT yg selama ini berjalan mengikut ketentuannya. Tidak suatupun pertembungan berlaku yg beredar di angkasa raya.
Langit yg terlalu jauh dari jangkauanan tatapan manusia, yg tidak diketahui apakah jenis logam yg kepejalannya begitu kukuh, malah tidak pernah dibayangkan oleh akal manusia bagaimana bentuk dan kehebatannya. Namun Qiamat akan mengakhiri semua kekebalan dan kepejalan serta kekerasan.
Firman Allah didalam surah Al-Infiihar ayat 1-4 : Yg bermaksud :
“Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan dan apabila lautan dijadikan( berombak raksasa) meluap dan apabila kuburan-kuburan terbongkar”
Firman-Nya lagi dalam surah Az-Zalzalah ayat 1-5 : Yang bermaksud :
“Apabila bumi digoncangkan dgn goncangan (yg dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yg dikandungi)nya, dan manusia bertanya : “ Mengapa bumi (jadi begini) ?, Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan (yg demikian itu) padanya”
Qiamat tidak dapat hendak dibayangkan dgn apapun jua, kerana manusia tidak ada pengalaman sebelumnya walaupun bumi ini pernah dihancurkan dan diterbalikkan buminya seperti yg berlaku kepada bumi terletaknya kaum Nabi Lut. Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki yg pernah menyaksiakan kehancuran kedua kota itu oleh ledakan bom atom ketika perang dunia kedua dahulu. Namun kesemuanya bukan bandingan kepada qiamat.
Didalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke empat mengandungi perkara yg jauh dari pandangan manusia disebut sebagai “Rubu’al-Muhlikat”. Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang manusia yg telah dibangkitkan dan kubur-kubur mereka selepas tiupan ‘Sangkakala’ yg kedua. Kebangkitan manusia yg mati sejak zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir selepas alam buana diqiamatkan. Dengan dipertemukan semula sekalian roh dengan jasad yg baru.
Manusia apabila dibangkitkan, sudah pasti ia memerlukan satu hamparan bumi untuk berpijak, adakah bumi mahsyar tempat manusia dihimpunkan itu sama dengan bumi yg ada sekarang ini. Maka dalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke empat, Imam Al-Ghazali meghuraikan tentang satu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang. Keadaan buminya yg dapat dijadikan tempat berteduh disebalik bayangnya atau lurah bergaung dan bergua yg boleh dijadikan tempat kediaman.
Pada dataran putih yg maha luas itulah manusia yg baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yg dihalau keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yg baru lahir dengan keadaan berkaki bagi melindungi aurat masing-masing.
Seluruh manusia dihimpunkan di bumi mahsyar yg rata itu, tiba-tiba menjadi gempar apabila Allah Yg Maha berkuasa telah memadamkan pelita matahari, menjadikan dataran mahsyar itu menjadi gelap gelita. Ketika manusia bersesak-sesak dan bertumpang tindih di dalam gelap pekat itu, tiba-tiba langit yg berada diatas kepala mereka retak dan menjadi pecah berderai. Kehancuran langit itu berjalan kira-kira lima ratus tahun mengikut kiraan akhirat.
Bagaimanakah hendak dibayangkan betapa dasyatnya kehidupan manusia di dataran mahsyar, yg mendengar setiap masa bunyi langit yg pecah hancur. Setara mana ukuran bunyi suara langit yg pecah itu bolehlah dinisbahkan kepada benda yg pecah itu, sekiranya yg pecah itu hanya suatu logam yg nipis dan lembut tentulah bunyinya tidak sekuat mana.
Sebaliknya langit yg keluasannya tidak dapat diukur dengan sebarang jenis ukuran manusia sama ada ukuran metrik atau lainnya, termasuk juga ketebalan dan juga telinga yg mampu mendengar bunyi dasyat apabila langit pecah berderai, pasti gegak gempita.
Setelah langit hancur berderai, pecahan dan rekahan langit itu tiba-tiba menjadi cair seperti besi yg dibakar didalam relau menjadi cair oleh kepanasan yg terlalu dasyat. Jika kita melihat lahar gunung berapi mengalir dilereng gunung pada waktu malam dengan warna merah menyala, hati kita akan merasa gerun. Apabila langit yg keluasannya hanya Allah saja yg mengetahui lalu menjadi cair spt lahar kemudian cecair yg merah menyala mengalir kedataran bumi yg dipenuhi manusia yg sedang di himpun kan maka sulitlah hendak membayangkan betapa cemas dan bercemperanya manusia ketika itu.
Kemanakah manusia hendak melarikan diri dari segala huru-hara mahsyar itu, Waktu hidup didunia dahulu jika berlaku suatu mala petaka di suatu tempat, mereka masih boleh berusaha melarikan diri ke negeri yg dapat untuk menyelamatkan diri kecuali sebahagian dari mereka yg telah terperangkap.
LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR
Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.”
Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud…….
“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.
Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka( wal iyazu billah)
Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya”Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan?”
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaityu Adam a.s.
Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31;……..”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”.
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud……
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”.
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud….
‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w;yang bermaksud…….
“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;………”Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu”.
Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulitpun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65;yang bermaksud ……”Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu………………………….
Subscribe to:
Posts (Atom)