Tuesday, May 22, 2012

BILA KEMUSNAHAN BUMI DAN MAKHLUKNYA BERLAKU

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan ( Surah Ar-Rahman ayat 26-27 ) Alam luas ciptaan Allah SWT akan menempuh saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yg menghijau disekeliling kita akhirnya akan kuning layu, bebunga yg kembang akan gugur dari kelopaknya, besi akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui, makanan dan lauk-pauk yg segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajalpun tiba. Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yg sentiasa berlaku disekeliling kita. Situasi demikian merupakan satu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah. Iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yg dipenuhi berbilion keluarga planet, akan menemui ajalnya pada satu detik yg dinamakan kiamat. Tiada satupun yg terkecuali selain yg kekal hanya Allah yang Maha Pencipta yg menetapkan tarikh akhir segala ciptaanNya. Firman Allah didalam surah Ar-Rahman ayat 26-27 : Yang bemaksud : Setiap yg ada dimuka bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Bumi walaupun kelihatan begitu gagah dengan bebatu pejal serta gunung-ganang terhujam kukuh kedasar bumi, namun ia bukan satu jaminan untuk kekal. Akhirnya pasti terpaksa tunduk dengan kehadiran saat yg maha dasyat itu. Qiamat juga bererti musnahnya seluruh sistem alam yg diciptakan oleh Allah SWT yg selama ini berjalan mengikut ketentuannya. Tidak suatupun pertembungan berlaku yg beredar di angkasa raya. Langit yg terlalu jauh dari jangkauanan tatapan manusia, yg tidak diketahui apakah jenis logam yg kepejalannya begitu kukuh, malah tidak pernah dibayangkan oleh akal manusia bagaimana bentuk dan kehebatannya. Namun Qiamat akan mengakhiri semua kekebalan dan kepejalan serta kekerasan. Firman Allah didalam surah Al-Infiihar ayat 1-4 : Yg bermaksud : “Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan dan apabila lautan dijadikan( berombak raksasa) meluap dan apabila kuburan-kuburan terbongkar” Firman-Nya lagi dalam surah Az-Zalzalah ayat 1-5 : Yang bermaksud : “Apabila bumi digoncangkan dgn goncangan (yg dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yg dikandungi)nya, dan manusia bertanya : “ Mengapa bumi (jadi begini) ?, Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan (yg demikian itu) padanya” Qiamat tidak dapat hendak dibayangkan dgn apapun jua, kerana manusia tidak ada pengalaman sebelumnya walaupun bumi ini pernah dihancurkan dan diterbalikkan buminya seperti yg berlaku kepada bumi terletaknya kaum Nabi Lut. Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki yg pernah menyaksiakan kehancuran kedua kota itu oleh ledakan bom atom ketika perang dunia kedua dahulu. Namun kesemuanya bukan bandingan kepada qiamat. Didalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke empat mengandungi perkara yg jauh dari pandangan manusia disebut sebagai “Rubu’al-Muhlikat”. Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang manusia yg telah dibangkitkan dan kubur-kubur mereka selepas tiupan ‘Sangkakala’ yg kedua. Kebangkitan manusia yg mati sejak zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir selepas alam buana diqiamatkan. Dengan dipertemukan semula sekalian roh dengan jasad yg baru. Manusia apabila dibangkitkan, sudah pasti ia memerlukan satu hamparan bumi untuk berpijak, adakah bumi mahsyar tempat manusia dihimpunkan itu sama dengan bumi yg ada sekarang ini. Maka dalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke empat, Imam Al-Ghazali meghuraikan tentang satu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang. Keadaan buminya yg dapat dijadikan tempat berteduh disebalik bayangnya atau lurah bergaung dan bergua yg boleh dijadikan tempat kediaman. Pada dataran putih yg maha luas itulah manusia yg baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yg dihalau keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yg baru lahir dengan keadaan berkaki bagi melindungi aurat masing-masing. Seluruh manusia dihimpunkan di bumi mahsyar yg rata itu, tiba-tiba menjadi gempar apabila Allah Yg Maha berkuasa telah memadamkan pelita matahari, menjadikan dataran mahsyar itu menjadi gelap gelita. Ketika manusia bersesak-sesak dan bertumpang tindih di dalam gelap pekat itu, tiba-tiba langit yg berada diatas kepala mereka retak dan menjadi pecah berderai. Kehancuran langit itu berjalan kira-kira lima ratus tahun mengikut kiraan akhirat. Bagaimanakah hendak dibayangkan betapa dasyatnya kehidupan manusia di dataran mahsyar, yg mendengar setiap masa bunyi langit yg pecah hancur. Setara mana ukuran bunyi suara langit yg pecah itu bolehlah dinisbahkan kepada benda yg pecah itu, sekiranya yg pecah itu hanya suatu logam yg nipis dan lembut tentulah bunyinya tidak sekuat mana. Sebaliknya langit yg keluasannya tidak dapat diukur dengan sebarang jenis ukuran manusia sama ada ukuran metrik atau lainnya, termasuk juga ketebalan dan juga telinga yg mampu mendengar bunyi dasyat apabila langit pecah berderai, pasti gegak gempita. Setelah langit hancur berderai, pecahan dan rekahan langit itu tiba-tiba menjadi cair seperti besi yg dibakar didalam relau menjadi cair oleh kepanasan yg terlalu dasyat. Jika kita melihat lahar gunung berapi mengalir dilereng gunung pada waktu malam dengan warna merah menyala, hati kita akan merasa gerun. Apabila langit yg keluasannya hanya Allah saja yg mengetahui lalu menjadi cair spt lahar kemudian cecair yg merah menyala mengalir kedataran bumi yg dipenuhi manusia yg sedang di himpun kan maka sulitlah hendak membayangkan betapa cemas dan bercemperanya manusia ketika itu. Kemanakah manusia hendak melarikan diri dari segala huru-hara mahsyar itu, Waktu hidup didunia dahulu jika berlaku suatu mala petaka di suatu tempat, mereka masih boleh berusaha melarikan diri ke negeri yg dapat untuk menyelamatkan diri kecuali sebahagian dari mereka yg telah terperangkap.

No comments:

Post a Comment