Friday, November 23, 2012

altMerah darah Gaza
Mengalir  tanpa ihsan insani
Meragut bebas menyubur duka
Dan kini...
Islam berduka lagi  
Kita bahagia di sini
Mereka terseksa di sana
Beza adalah dua jiwa
Kita terlena mereka 'berdiri'
Semangat juang mereka kental
Redha dan syahid matlamat awal
Kita lesu dengan material
Berhala baru jadikan  khayal
Mereka berjuang penuh mara
Hingga jasad berpisah nyawa
Darah merah pekat membasahi bumi lahir mereka
Demi menjaga istimewa agama yang dinaung
Memelihara tanah tempat kiblat yang agung
Simbol kekuatan islam yang dijunjung
Kita kaku
Sorak sorai mendoakan
Menghantar bantuan
Tiba-tiba jadi prihatin
Membantu dan terus membantu
Namun jiwa kosong dengan perjuangan
Kita rakus membadai akhbar dengan tulisan makian
Kita ralit berkongsi kebencian dalam dinding ratapan
Kita sibuk cerita perihal mereka di sana yang ketakutan
Namun kita masih bukan seperti mana yang diharapkan
Mungkin sudah sampai seru
Kita perlu menjadi satu
Berhimpun atas nama Tuhan yang satu
Berpadu menjadi umat yang bersatu
Tinggalkan rasa sangsi
Jauhkan hasad dan dengki
Hindarkan sifat benci membenci
Buangkan dendam yang tersemat di hati
Moga Tuhan tunjukkan jalan hakiki
Usah lena dalam buaian angan
Jangan tidur dalam kelenaan
Sedangkan ratapan saudara kita masih kedengaran
Berpadulah kita atas satu kalimah yang sama
Nyahkan jiwa kotor yang mempalit dada
Kelak kemenangan milik kita akhirnya
Yakinah, janji Tuhan itu untuk kita !!

Thursday, November 22, 2012

Perjuangan Bumi Palestin

alt
Dunia Palestin adalah bumi yang suci kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam pada zaman Rasululluh SAW. Namun kesucian tanah suci itu telah dicabul oleh musuh umat Islam sendiri iaitu Israel.
Kekejaman Israel dan sekutunya ke atas bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalamNya yang benar lagi membenarkan. Label pengganas yang dilemparkan oleh kaum Israel kepada umat Islam telah menjadi lesen kepada Israel dan sekutunya untuk menghalalkan darah kaum Muslim terutamanya di bumi Palestin.
Kelalaian umat Islam hari ini adalah kerana mereka terlalu mengharapkan kaum kafir berbanding mengharapkan kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya. Apa yang mereka buat hanyalah berkempen, bersuara tanpa tindakan, menghantar wakil masing-masing untuk berjumpa dengan pemimpin Israel dan sekutunya sedangkan dalam masa yang sama saudara kita semakin menderita. Mengapa kita harus melakukan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada saudara kita di palestin? Mengapa kita umat Islam menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan sekutu Israel yang terang-terang kita sedari bahawa mereka semua itu tidak lain hanyalah pendusta yang jelas lagi nyata?
Natijahnya apa yang umat Islam lakukan sekarang hanyalah membuang masa, membuang air liur dan menjadi seperti panggung wayang kepada Israel serta sekutunya di dunia untuk bergelak ketawa dengan gelagat umat Islam yang pengecut. Tahukah mengapa kuasa haram Israel masih tidak mampu dicabut dari bumi Palestin walaupun sudah lama masa yang diberi pada umat Islam? Jawapannya adalah kita sendiri bergantung pada sekutu Israel untuk menghentikan kekejaman di bumi Palestin sedangkan terang-terang kita sedari bahawa pihak yang umat Islam minta untuk hentikan kekejaman Israel itulah yang memberikan bantuan kewangan kepada Israel untuk terus menyerang Palestin.

Cubalah kita bayangkan sekiranya kita di tempat mereka dan mereka lakukan perkara yang sama dengan umat Islam sekarang untuk selamatkan bumi Palestin. Seorang bapa keluar dari rumah dengan membawa senjata di tangan sambil menangis melihat keluarga tersayang kerana tahu bahawa itulah kali terakhir dia melihat air muka isteri serta anaknya tersayang kerana sebentar lagi dia akan syahid menentang musuh Allah.
Si anak segera menarik tangan si ayah sambil menangis dan berkata, "Ayah, jangan tinggalkan saya dan mak. Siapa yang akan menjaga kami selepas ketiadaan ayah?"
 Si ayah menangis lalu memeluk anaknya sambil berkata, "Kamu jagalah ibumu selepas ketiadaan ayah".
"Ayah, mengapa saudara kita langung tidak pedulikan kita? Mengapa mereka tidak selamatkan kita dan mengapa mereka sendiri berharap kepada musuh Allah untuk selamatkan kita?" Kata si anak sambil menangis.
Dapatkah kita bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka? Sedarilah bahawa apa yang umat Islam lakukan sekarang bukanlah apa yang diharapkan oleh semua pejuang dan bangsa di Palestin untuk selamatkan mereka tapi apa yang mereka harapkan daripada kita adalah kita turut berjuang bersama mereka menentang musuh Allah S.W.T.
Apa yang terjadi pada umat Islam di dunia dan juga keadaan di bumi Palestin sekarang mahupun di masa depan segalanya sudah diketahui melalui utusan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W melalui sabdanya dan juga kalam Allah yakni al-Quran.
Buktinya Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Itulah hakikat umat Islam sekarang di mana mereka lebih cintakan dunia daripada mati berjuang menentang musuh Allah di Palestin. Sebilangan besar umat Islam menganggap bahawa masalah di palestin adalah masalah negara Arab sahaja dan langsung tidak mengambil tahu. Mereka rela membiarkan kehormatan agama Islam dicabul membuta tuli. Tidak tahukah kalian, seorang khalifah yang bernama Mu'tasim Billah telah mengambil selama beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?
Inilah hakikat yang perlu disedari umat Islam seluruhnya. Jika seorang khalifah boleh menyerang kota Rom yang terkenal dengan kekuatan ketenteraan yang hebat hanya kerana seorang mukminah dipersenda lelaki kafir, mengapa tidak kita umat Islam seluruhnya bersatu memusnahkan Israel dan semua sekutunya kerana apa yang mereka lakukan ke atas bumi suci Palestin dan agama Islam sudah keterlaluan. Mereka bukan sahaja membuat saudara kita di palestin menderita malah berniat untuk memusnahkan Masjidil Aqsa. Apa yang patut umat Islam lakukan sekarang adalah berkorban nyawa mempertahankan saudara kita dan mempertahankan masjid ketiga termulia di bumi ini. Ingatlah balasan syurga yang Allah janjikan untuk orang yang mati syahid dan orang yang berjuang untuk agamanya.
Ramai umat Islam di dunia tidak sedar akan kekuatan sebenar umat Islam jika bersatu menentang musuh Allah, akan tetapi perkara ini telah disedari oleh pemimpin Israel dan sekutunya dan apa yang perlu mereka lakukan adalah menghancurkan perpaduan umat Islam. Buktinya, lihatlah ke gaza dan Palestin sekarang, mereka dipisahkan dengan sempadan di tebing barat. Bukan itu sahaja, pemimpin umat Islam sendiri memisahkan persaudaraan dengan Palestin dengan mengharamkan orang Islam ke palestin. Mengapa hal ini boleh terjadi? Tidakkah mereka tahu bahawa mereka akan ditanya di hadapan Allah kelak tentang apa yang yang dipimpinnya? Sedarlah

wahai pemimpin umat, tidak perlu dihantar bantuan ketenteraan, tidak perlu dihantar bantuan makanan, tetapi datanglah bersama dengan rakyat kamu sekalian ke palestin untuk berjuang bersama mereka menentang musuh Allah kerana itulah yang diharapkan oleh pejuang dan rakyat Palestin.
Wahai umat Islam sekalian, tidak akan berlakunya kiamat selagi kaum Israel dan sekutunya tidak diperangi dan ditewaskan oleh orang Islam itu sendiri. Ini bermakna hanya umat Islam sahaja yang boleh menghentikan kekejaman Israel ke atas bumi Palestin dan bukannya umat Islam secara terus tanpa henti mengharapkan sekutu Israel sendiri yang menghentikan kekejaman Israel.
Wahai umat Islam sekalian, bangunlah dari tidur. Marilah kita berjuang bersama saudara kita di Palestin. Ingatlah balasan Syurga yang Allah janjikan untuk mereka yang syahid. Sesungguhnya bumi suci palestin itu harus diselamatkan dari genggaman Israel dan sekutunya mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum Israel terhadap bumi suci itu walaupun sejengkal.
Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, bumi palestin dan seluruh umat Islam yang menderita sekarang mengharapkan pembelaan dari seorang Khalifah untuk memimpin seluruh umat Islam memerangi kaum Israel kerana Khalifah tersebut adalah junnah ( Perisai ) kepada umat. Berilah kebebasan dan keamanan kepada yang memerlukan.  Hulurkan la tangan pada rakyat yang terseksa khususnya umat Islam di sana.

Wednesday, November 21, 2012

Surat untuk Abang dari Adik...


enter image description here
Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..
“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..
Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku.. Credit kepda abg yg tulis nie..
------------------------------------------------------------------------