Thursday, November 22, 2012

Perjuangan Bumi Palestin

alt
Dunia Palestin adalah bumi yang suci kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam pada zaman Rasululluh SAW. Namun kesucian tanah suci itu telah dicabul oleh musuh umat Islam sendiri iaitu Israel.
Kekejaman Israel dan sekutunya ke atas bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalamNya yang benar lagi membenarkan. Label pengganas yang dilemparkan oleh kaum Israel kepada umat Islam telah menjadi lesen kepada Israel dan sekutunya untuk menghalalkan darah kaum Muslim terutamanya di bumi Palestin.
Kelalaian umat Islam hari ini adalah kerana mereka terlalu mengharapkan kaum kafir berbanding mengharapkan kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya. Apa yang mereka buat hanyalah berkempen, bersuara tanpa tindakan, menghantar wakil masing-masing untuk berjumpa dengan pemimpin Israel dan sekutunya sedangkan dalam masa yang sama saudara kita semakin menderita. Mengapa kita harus melakukan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada saudara kita di palestin? Mengapa kita umat Islam menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan sekutu Israel yang terang-terang kita sedari bahawa mereka semua itu tidak lain hanyalah pendusta yang jelas lagi nyata?
Natijahnya apa yang umat Islam lakukan sekarang hanyalah membuang masa, membuang air liur dan menjadi seperti panggung wayang kepada Israel serta sekutunya di dunia untuk bergelak ketawa dengan gelagat umat Islam yang pengecut. Tahukah mengapa kuasa haram Israel masih tidak mampu dicabut dari bumi Palestin walaupun sudah lama masa yang diberi pada umat Islam? Jawapannya adalah kita sendiri bergantung pada sekutu Israel untuk menghentikan kekejaman di bumi Palestin sedangkan terang-terang kita sedari bahawa pihak yang umat Islam minta untuk hentikan kekejaman Israel itulah yang memberikan bantuan kewangan kepada Israel untuk terus menyerang Palestin.

Cubalah kita bayangkan sekiranya kita di tempat mereka dan mereka lakukan perkara yang sama dengan umat Islam sekarang untuk selamatkan bumi Palestin. Seorang bapa keluar dari rumah dengan membawa senjata di tangan sambil menangis melihat keluarga tersayang kerana tahu bahawa itulah kali terakhir dia melihat air muka isteri serta anaknya tersayang kerana sebentar lagi dia akan syahid menentang musuh Allah.
Si anak segera menarik tangan si ayah sambil menangis dan berkata, "Ayah, jangan tinggalkan saya dan mak. Siapa yang akan menjaga kami selepas ketiadaan ayah?"
 Si ayah menangis lalu memeluk anaknya sambil berkata, "Kamu jagalah ibumu selepas ketiadaan ayah".
"Ayah, mengapa saudara kita langung tidak pedulikan kita? Mengapa mereka tidak selamatkan kita dan mengapa mereka sendiri berharap kepada musuh Allah untuk selamatkan kita?" Kata si anak sambil menangis.
Dapatkah kita bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka? Sedarilah bahawa apa yang umat Islam lakukan sekarang bukanlah apa yang diharapkan oleh semua pejuang dan bangsa di Palestin untuk selamatkan mereka tapi apa yang mereka harapkan daripada kita adalah kita turut berjuang bersama mereka menentang musuh Allah S.W.T.
Apa yang terjadi pada umat Islam di dunia dan juga keadaan di bumi Palestin sekarang mahupun di masa depan segalanya sudah diketahui melalui utusan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W melalui sabdanya dan juga kalam Allah yakni al-Quran.
Buktinya Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Itulah hakikat umat Islam sekarang di mana mereka lebih cintakan dunia daripada mati berjuang menentang musuh Allah di Palestin. Sebilangan besar umat Islam menganggap bahawa masalah di palestin adalah masalah negara Arab sahaja dan langsung tidak mengambil tahu. Mereka rela membiarkan kehormatan agama Islam dicabul membuta tuli. Tidak tahukah kalian, seorang khalifah yang bernama Mu'tasim Billah telah mengambil selama beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?
Inilah hakikat yang perlu disedari umat Islam seluruhnya. Jika seorang khalifah boleh menyerang kota Rom yang terkenal dengan kekuatan ketenteraan yang hebat hanya kerana seorang mukminah dipersenda lelaki kafir, mengapa tidak kita umat Islam seluruhnya bersatu memusnahkan Israel dan semua sekutunya kerana apa yang mereka lakukan ke atas bumi suci Palestin dan agama Islam sudah keterlaluan. Mereka bukan sahaja membuat saudara kita di palestin menderita malah berniat untuk memusnahkan Masjidil Aqsa. Apa yang patut umat Islam lakukan sekarang adalah berkorban nyawa mempertahankan saudara kita dan mempertahankan masjid ketiga termulia di bumi ini. Ingatlah balasan syurga yang Allah janjikan untuk orang yang mati syahid dan orang yang berjuang untuk agamanya.
Ramai umat Islam di dunia tidak sedar akan kekuatan sebenar umat Islam jika bersatu menentang musuh Allah, akan tetapi perkara ini telah disedari oleh pemimpin Israel dan sekutunya dan apa yang perlu mereka lakukan adalah menghancurkan perpaduan umat Islam. Buktinya, lihatlah ke gaza dan Palestin sekarang, mereka dipisahkan dengan sempadan di tebing barat. Bukan itu sahaja, pemimpin umat Islam sendiri memisahkan persaudaraan dengan Palestin dengan mengharamkan orang Islam ke palestin. Mengapa hal ini boleh terjadi? Tidakkah mereka tahu bahawa mereka akan ditanya di hadapan Allah kelak tentang apa yang yang dipimpinnya? Sedarlah

wahai pemimpin umat, tidak perlu dihantar bantuan ketenteraan, tidak perlu dihantar bantuan makanan, tetapi datanglah bersama dengan rakyat kamu sekalian ke palestin untuk berjuang bersama mereka menentang musuh Allah kerana itulah yang diharapkan oleh pejuang dan rakyat Palestin.
Wahai umat Islam sekalian, tidak akan berlakunya kiamat selagi kaum Israel dan sekutunya tidak diperangi dan ditewaskan oleh orang Islam itu sendiri. Ini bermakna hanya umat Islam sahaja yang boleh menghentikan kekejaman Israel ke atas bumi Palestin dan bukannya umat Islam secara terus tanpa henti mengharapkan sekutu Israel sendiri yang menghentikan kekejaman Israel.
Wahai umat Islam sekalian, bangunlah dari tidur. Marilah kita berjuang bersama saudara kita di Palestin. Ingatlah balasan Syurga yang Allah janjikan untuk mereka yang syahid. Sesungguhnya bumi suci palestin itu harus diselamatkan dari genggaman Israel dan sekutunya mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum Israel terhadap bumi suci itu walaupun sejengkal.
Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, bumi palestin dan seluruh umat Islam yang menderita sekarang mengharapkan pembelaan dari seorang Khalifah untuk memimpin seluruh umat Islam memerangi kaum Israel kerana Khalifah tersebut adalah junnah ( Perisai ) kepada umat. Berilah kebebasan dan keamanan kepada yang memerlukan.  Hulurkan la tangan pada rakyat yang terseksa khususnya umat Islam di sana.

No comments:

Post a Comment