Wednesday, November 21, 2012

Pemimpin yang Adil ibarat sungai-sungai yang mengalirkan rezeki kepada rakyatnya


P
emimpin merupakan penentu arah pada jalan perjuangan yang sedang kita tempuhi, merekalah yang menentukan destinasi yang bakal kita berhenti. Mereka diibaratkan pemandu yang menentukan haluan kenderaan, kitalah kenderaan tersebut kerna pemimpin tidak akan berjaya tanpa jundi-jundinya. Dalam mengemudi sebuah kenderaan jamaah, semestinya seseorang pemimpin memiliki sifat adil. Adil itu bukanlah pada kuantiti sesuatu benda, tetapi ianya pada meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pemimpin yang tidak adil ibarat pemandu yang tidak menjaga keseluruhan kenderaannya, dia hanya menjaga sebahagian sahaja. Tatkala kenderaan itu rosak barulah dia sedari bahawa keseluruhan kenderaan tersebut perlu di perbaiki. Begitulah kronologi kehidupan berjamaah, pemimpin yang tidak adil menyebabkan sebahagian institusi jamaah rosak, namun padahnya akan diterima semua.
           Pemimpin yang adil sudah semestinya memiliki sifat kesamarataan tetapi sebaliknya bagi pemimpin yang memiliki sifat sama rata. Bolehlah dibuat perumpamaan bagi pemimpin yang sama rata ibarat membahagikan sepinggan nasi pada dua orang lelaki yang kurus dan gemuk. Nasi itu akan dibahagikan kepada dua dan diberi kepada laki-laki tersebut. Namun secara adatnya orang yang kurus makan sikit dan orang yang gemuk makan banyak. Ini menyebabkan orang yang gemuk mendapat bahagian yang tidak mencukupi dan orang yang kurus mendapat bahagian yang berlebihan serta membazir.

           Pemimpin yang adil akan memberikan bahagian pada kadar sepatutnya, orang yang gemuk mendapat bahagian yang banyak manakala yang kurus mendapat bahagian sekadar mengenyangkannya. Begitulah pemimpin yang hakiki iaitu pemimpin yang adil dalam kehidupannya. Pemimpin yang adil ibarat sungai-sungai yang mengalirkan rezki kapada rakyatnya…
                                                                                                                      AlFaqirIlaLLah

No comments:

Post a Comment