Wednesday, November 21, 2012

Pemimpin Yang Sejati


Watak-watak pemimpin mungkin berbeza-beza tetapi peribadi pemimpin sejati punya banyak persamaan
Jenis-jenis pemimpin yang mesti ada dalam sebuah daulah islamiah:
        I.            Pemimpin yang lemah lembut.
Rasulullah merupakan pemimpin yang lemah lembut dan bisa diterima oleh semua lapisan masyarakat. Inilah yang perlu ada pada peribadi pemimpin tertinggi. Jika kita ditugaskan memilih pemimpin, maka carilah yang beperwatakan lemah lembut dalam suasana cergas berfikir.
     II.            Pemimpin yang tegas.
Allah telah melahirkan pemimpin yang tegas di zaman awal Islam iaitu Sayidina Umar Al-Farouq. Pemimpin seperti ini perlu ada kerana tatkala perlu membuat keputusan yang tegas maka urusan tersebut boleh diserahkan kepadanya. InsyaAllah beres. Orang ramai tidak berani berdolak dalik dengannya kerana ketegasannya. Biasanya pemimpin yang tegas ini berada di tempat kedua dalam barisan kepimpinan.
   III.            Pemimpin yang bekerja.
Mereka melaksanakan segala perancangan dan buah fikiran pemimpin atasannya serta begitu taat dan patuh segala perintah. Mereka adalah Khalid Bin Al-Walid, Zaid Bin Harisah, Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah, Saad Bin Abi Waqas dan lain-lain. Selagi tidak disuruh berhenti mereka tidak berhenti. Mereka mempunyai tenaga fizikal dan mental yang sangat kuat serta tidak pernah putus asa dalam perjuangan.
  IV.            Pemimpin yang bersederhana.
Yang dimaksudkan bersederhana di sini ialah mampu berfikir dan bekerja sekaligus. Seperti Sayidina Ali dan Sayidina Uthman. Mereka mampu menguasai kedua-duanya serta mempunyai pemikiran yang tajam dan luar biasa. Kebiasaannya yang mengeluarkan buah fikiran yang besar adalah pemimpin yang tegas dan lemah lembut. Wallahua’lam…

            Kalau kita rasa sudah layak untuk menjadi pemimpin, cuba kita renung ke dalam diri kita, sudah lengkapkah diri kita dengan peribadi pemimpin yang haqiqi? Ingatlah saudara, pemimpin masa kini sebelah kakinya sudah memijak api neraka kerna tidak bisa untuk memikul amanah Allah ini. Tetapi jika kalian punya kelebihan karunia Tuhan, maka tunaikanlah amanah yang diberikan…..
                                                                                                 AlFaqirIlaLLah

No comments:

Post a Comment