10 Muharram disunatkan untuk kita berpuasa. Tahukah antum bahawa terdapat 2 kisah besar yang berlaku pada 10 muharram. Iaitu kisah yang mengembirakan dan kisah yang menyedihkan. Kisah yang mengembirakan adala
h kisah dimana Nabi Musa dan kaumnya diselamat oleh Allah daripada kezaliman firaun dan pada 10 muharram juga firaun ditenggelamkan oleh Allah.
Terdapat hadis tantang kisah ini. Hadis tersebut bermaksud, Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka. “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya”? Mereka menjawab: “ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Nabi Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Nabi Musa dari kamu”. Lalu Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuas. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kisah kedua, kisah yang menyedihkan kita sebagai umat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w, dimana cucu Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Hussin dibunuh pada 10 Muharram. Ana tidak ingin mengulas panjang tentang kisah ini.
HIKMAH DARI 2 KISAH INI.
Pada tarikh yang sama berlakunya dua sejarah yang besar, dimana berkisar antara kisah gembira dan kisah sedih. Soalan. Kenapa Allah menggabungkan 2 kisah ini dalam tarikh yang sama. Mari sama-sama kita lihat hikmahnya
Hikmah yang pertama: Dalam kita meraikan kegembiran dan kemenangan, kita perlu ingat bahawa ada saudara kita dalam keadaan kesediha. Janganlah kita meraikan kegembiraan sehingga melupakan saudara kita yang dalam kesusahan dan kesedihan. Seperti mana sekarang, Alhamdulillah kita dapat hidup dalam keadaan aman, tenang, dan tenteram. Tetapi saurada kita yang berada di Palestine, Syiria, Burma dan beberapa negara lain dalam keadaan kesensaraan dan kesedihan. Amat perlu kita ingat perkara itu. Jangan terlalu gembira sampai melalaikan diri hingga lupa semua perkara.
Hikmah yang kedua: Setiap manusia pasti pernah mengalami kesedihan. Dalam kita merasakan kesedihan, sejarah ini mengajar kita bahawa, sesedih mana pun kita, tunjukkanlah bahawa kita ini sentiasa dalam kegembiraan. Walaupun diri tidak tertanggung dengan kesedihan yang dialami, tetapi haruslah kita menzahirkan kegembiraan walaupun dengan sekadar satu seyuman. Biarlah kita menangis didalam hati dan biarlah hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan kita. Sesunggunya jika kita dalam kesedihan ingatlah bahawa Allah rapat dan sayangkan kita.
Inilah antara hikmah kenapa Allah menggabungkan dua kisah dalam satu tarikh yang sama. Kita sebagai umat Islam, perlulah mengetahui setiap apa yang berlaku, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang hikmah itu tidak terlintas difikiran kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu…Waallahu’alam..
No comments:
Post a Comment