Friday, December 30, 2011

Kesihatan: Menangis Mengurangkan Stress

MENANGIS PELAJARAN TERPENTING DALAM ISLAM Menangis merupakan salah satu pelajaran terpenting dalam Islam. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis. Para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang mengalirkan air mata. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang harta, ada yang terluka, ada yang kehilangan nyawa, ada yang terharu dan sebagainya. Namun, telah diriwayatkan dalam hadis: ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.” MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN 1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan. 2. Meningkatkan kadar degupan jantung. Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang. 3. Menghalang penyakit. Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai. 4. Membebaskan racun dari badan. Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.” Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut. 5. Air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. PENUTUP Itulah sedikit sebanyak fungsi menangis. Ia bukan sahaja satu proses yang berlaku secara semulajadi, malahan juga bertindak sebagai terapi perubatan. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.” Sumber: http://psipum.org/tangisan-satu-terapi-perubatan/

Wednesday, December 28, 2011

Siapa Tidak Kenal Dengan Abu Ayyub Al-Ansari

Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Najjar adalah seorang sahabat yang gemilang di dalam lipatan sejarah generasi pertama. Ia adalah seorang sahabat yang amat karib dengan Rasul SAW. Kerana anaknya Ayyub, ia dikenali sebagai Abu Ayyub. Di kalangan penduduk Madinah Abu Ayyub ialah seorang yang amat dihormati oleh kaum Ansar kerana keakrabannya dengan Rasulullah SAW... Dalam detik-detik bersejarah ketibaan Rasul SAW di Madinah dalam hijrahnya, beliau telah di beri sambutan yang hangat oleh penduduk Madinah. Mereka mencurahkan seluruh jiwa raga dan kecintaan mereka kepada manusia kecintaan Allah yang memilih untuk tinggal bersama mereka. Seolah-olahnya menyambut pemimpin besar yang baru pulang dari perantauan malah bukan setakat itu sahaja, manusia agung ini juga disambut dengan penuh kecintaan seolah-olah sebagai kekasih hati yang telah lama berpisah... Perhentian pertama Rasul SAW di Quba membawa Rasulullah SAW tinggal di situ beberapa hari. Di sinilah masjid pertama dibina seperti yang diabadikan Allah di dalam al-Quran sebagai masjid yang dibina di atas asas taqwa... Unta Rasulullah berjalan terus melintasi rumah demi rumah sambil diikuti oleh setiap tuan rumah yang dilintasi dengan rasa kecewa sedangkan mereka yang masih di jalanan unta terus menaruh harapan yang tinggi kerana unta Rasulullah yang mulia memilih untuk terus berjalan... Unta Rasulullah terus berjalan diikuti oleh penduduk Madinah hinggalah ia berhenti sambil enggan berjalan lagi di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Rasulullah tidak turun dari unta sambil melepaskan tali unta. Selepas beberapa ketika menanti, unta Baginda bangun dan berjalan lagi. Namun selepas beberapa ketika unta tersebut pulang kembali menelusuri jalan asalnya ke rumah Abu Ayyub... Alangkah gembiranya Abu Ayyub sambil berlari menyambut Rasulullah dan membawa barangan Rasulullah ke rumahnya seolah-olah ia sedang mengangkat harta yang paling berharga di dunia... Abu Ayyub mengosongkan tingkat atas rumahnya dan meminta Rasulullah tinggal di tingkat atas. Rasulullah SAW menolak dan meminta untuk tinggal di tingkat bawah. Malam tiba dan Rasulullah SAW masuk berehat. Abu Ayyub naik ke tingkat atas dan terus berkata kepada isterinya dengan penuh kegugupan, “ celakalah kita !! apa yang telah kita lakukan? Rasulullah di bawah dan kita lebih tinggi darinya? Sanggupkah kita berjalan di atas Rasulullah? Adakah kita akan berada di antara Rasulullah dan Wahyu? Jika demikian pastilah kita akan celaka !!” Pasangan tersebut amat gusar dan tidak tahu apa lagi yang dapat mereka lakukan. Sepanjang malam mereka hanya berjalan di bahagian tepi bangunan yang tidak berada tepat di atas Rasulullah SAW. Di pagi harinya, Abu Ayyub berkata kepada Rasul SAW, “ Demi Allah aku dan Ummu Ayyub tidak tidur semalaman !” kenapa tidak Abu Ayyub?, “ Tanya Rasulullah. Abu Ayyub menyatakan rasa hatinya kepada Rasulullah SAW dan kegusarannya berada di kedudukan yang lebih tinggi dari Rasulullah SAW dan kebimbangan bahawa mereka akan mengganggu turunnya wahyu. Rasulullah SAW yang amat penyayang tersenyum sambil berkata “ Jangan bimbang Aku memilih tingkat bawah kerana ramainya manusia yang datang melawat kami. ” Abu Ayyub berkata “ Aku tunduk kepada kehendak Rasulullah SAW ” sehinggalah pada suatu malam yang dingin kendi air kami pecah dan airnya membasahi ruang atas. Ummu Ayyub dan aku melihat dengan bimbang. Kami hanya memiliki sehelai kain sutera yang kami gunakan sebagai selimut. Lantas kami menggunakannya untuk mengeringkan air tersebut kerana takut ia akan menyerap turun dan mengenai Rasulullah SAW. Di waktu paginya aku pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kami tidak suka berada di atas engkau ya Rasulullah !, sambil aku menceritakan apa yang berlaku. Barulah Rasulullah SAW menerima permohonanku dan kami pun bertukar paras”. Rasulullah SAW tinggal bersama Abu Ayyub selama hampir 7 bulan sehingga masjid yang dibina siap di kawasan lapang di hadapan rumah Abu Ayyub. Rasulullah berpindah ke masjid tersebut dan menjadi jiran kepada Abu Ayyub. Abu Ayyub amat mengasihi Rasulullah SAW begitu juga Rasulullah amat mencintai Abu Ayyub. Mereka begitu akrab sehingga Rasulullah SAW sentiasa menganggap rumah Abu Ayyub sebagai rumahnya sendiri. Kisah berikut menggambarkan bagaimana karibnya Rasulullah SAW dan Abu Ayyub sebagai jiran. Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar R.A keluar meninggalkan rumahnya di waktu rembang tengahari ketika matahari panas terik menuju ke masjid. Sayidina Umar melihat lantas bertanya, “ Ya Abu Bakar ! apakah yang telah membawa kamu keluar pada waktu begini? Abu Bakar menyatakan bahawa ia telah meninggalkan rumahnya kerana kelaparan yang amat sangat. Sayidina Umar lantas menyatakan bahawa dia juga sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang sama... Maha suci Allah yang mempertemukan mereka dengan Rasulullah SAW. Rasulullah melihat mereka berdua lantas bertanya soalan yang sama, “ Apakah yang telah mengeluarkan kamu dari rumah kamu pada masa begini? ” mereka menjelaskan kepada Rasulullah keadaan mereka. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa “Demi Allah yang nyawa ku berada di tangan Nya, hanyalah kelaparan yang telah juga mengeluarkan aku dari rumah ku, mari bersama ku ”. Rasulullah SAW amat memahami ke manakah tujuan yang amat disenanginya... mereka menuju ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sebagai wanita Mukminah yang terdidik dengan didikan iman kepada Allah dan hari akhirat, isteri Abu Ayyub membuka pintu lantas menyambut mereka dengan katanya “ Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya ”. “ Di mana Abu Ayyub? “ Rasulullah SAW bertanya seolah-olah seperti saudara rapat yang amat memahami satu sama lain. Abu Ayyub yang sedang bekerja di kebun tamar berhampiran mendengar suara Rasulullah lantas bergegas datang mendapatkan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya lantas mengalu-alukan Rasulullah dengan ucapan penuh kemesraan dan kerelaan hati menyambut jirannya yang mulia “ Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya ”. Abu Ayyub yang amat memahami Rasulullah SAW menyapa “ Ya Rasulullah, ini bukan masa yang biasa engkau selalu ke mari ” sebenarnya Abu Ayyub sememangnya selalu menyediakan sedikit makanan kepada Rasulullah setiap hari dan jika Rasulullah SAW tidak datang mengambilnya pada masa-masa tertentu, ia akan menghantarnya kepada keluarga Baginda. “ Engkau benar...wahai Abu Ayyub ”. Maha suci Allah yang maha pemurah yang menjadikan Rasulnya yang mulia dan para sahabatnya yang gemilang sebagai contoh jiran terbaik yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan... Abu Ayyub lantas keluar menuju ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar yang bercampur antara tamar yang masak dan separa masak. Rasulullah SAW menegurnya “ Aku tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu hanya mengambil yang masak sahaja? ( Rasulullah tidak mahu Abu Ayyub mengambil semuanya hingga yang separa masak- hadis lain menunjukkan Rasulullah sebenarnya gemar memakan tamar yang separa masak ). Abu Ayyub berkata, “ Ya Rasulullah, makanlah dari kedua-duanya yang masak dan yang separa masak. Aku akan menyembelih seekor ternakan ku untuk mu juga ” Rasulullah SAW menyebut “ jika engkau akan menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang mengeluarkan susu ”. Abu Ayyub akhirnya menyembelih seekor kambingnya yang muda, memasak separuh darinya dan memanggang separuh yang lain. Apabila makanan telah dihidangkan di hadapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging dan meletakkannya di dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayyub ” bawalah ini kepada Fatimah, dia telah beberapa hari tidak merasakan makanan sebegini ”. Setelah makan dan merasa puas, Rasulullah SAW lantas bersabda “ Roti, daging, busr dan Rutab...! ” lantas baginda menangis hingga mengalir air mata nya. Rasulullah menyebut “ ini ialah rahmat dari Allah yang akan ditanya ke atas kamu di hari akhirat nanti. Jika rezeki sebegini datang kepada mu, letakkan tangan kamu padanya dan bacalah Bismillah dan setelah kamu habis, sebutlah Alhamdulillah hilazi huwa ashbana wa an-‘ama alaina. Inilah yang terbaik ”. Inilah sekilas dari kehidupan Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah SAW yang terkenal ketika masa damainya, Abu Ayyub juga sebenarnya adalah mujahid yang telah meninggalkan kisah hebat yang menjadi tauladan sepanjang zaman. Sesungguhnya Abu Ayyub telah menghabiskan kebanyakan dari detik hidupnya berperang di jalan Allah. Dikatakan bahawa Abu Ayyub tidak pernah meninggalkan mana-mana medan peperangan yang dilibati oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Muawiyyah melainkan dia ketika itu sedang terlibat di dalam peperangan yang lain pada masa yang sama. Kempen peperangan terakhir Abu Ayyub ialah di zaman Muawiyyah dalam peperangan ke atas Konstentinopel. Abu Ayyub ketika itu berumur sekitar 80 tahun. Sesungguhnya ketuaan yang sebegitu tidak menghalang Abu Ayyub dari menyertai pasukan tentera menyeberangi lautan di jalan Allah SWT. Walau bagaimanapun selepas masa yang singkat, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa dibawa keluar dari medan. Yazid bin Muawiyyah sebagai panglima perang datang kepadanya lalu bertanya; “ Adakah engkau memerlukan apa-apa wahai Abu Ayyub? ”. Abu Ayyub, di ketika detik-detik terakhir kehidupannya di medan juang meninggalkan pesan yang menjadi i’brah kepada setiap Mujahidin selepas daripadanya. Dia menjawab; “ Sampaikan salam ku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka, Abu Ayyub menggesa kamu untuk menyerang jauh ke dalam perbatasan musuh semampu kamu. Kamu mesti membawanya ( Abu Ayyub ) bersama dan kamu mengebumikannya di bawah kaki-kaki kamu di tepi dinding kubu Konstentinopel !!”. Abu Ayyub akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di medan peperangan dengan penuh kemuliaan seorang pahlawan yang terbilang dan Mujahidin fisabililLah. Tentera Muslimin telah memenuhi kehendaknya. Mereka menyerang pasukan musuh dalam serangan demi serangan hingga mereka sampai ke dinding kota Konstentinopel. Di situlah Abu Ayyub telah dikebumikan. ( Pasukan Muslimin telah mengepung kubu tersebut selama 4 tahun tetapi terpaksa berundur selepas mengalami kehilangan yang besar sehinggalah Konstentinopel di buka semula pada zaman sultan Muhammad al-Fatih dari Uthmaniyyah, Turki ).

Thursday, December 8, 2011

:::..kehendak yang x pernah sudah-sudah...:::

Apa yang kita hajatkan?? Perlukah semua yang kita hajatkan ne mesti kita miliki?? Sampai bila hajat kita ne akan tertunai?? Kenapa kita berhajat sangat perkara yang x sepatutnya kita hajatkan?? Bagaimana untuk kita merealisasikan apa yang kita hajatkan tu?? Siapa yang akan memenuhi semua hajat kita ini?? Apakah setiap kehendak kita itu sia-sia?? Bagaimana hendak membezakan kehendak dan keperluan?? Sampai bila kehendak kita ini x kan berhenti-henti?? Secara peribadinya semua persoalan itu sering bermain di fikiran ana semenjak ana lahir lagi..dan ana percaya dan amat yakin walaupun x semua tapi mesti ada sebahagian ataupun satu dua persoalan yang ana timbulkan dia atas yang pernah bermain di minda fikiran sahabat-sahabat sekalian..kan?? Siapa yang nak menjawab semua persoalan itu??kitalah yang akan cuba menjawab semua persoalan itu..kata mohd sayuti omar pakar penganalisis politik..”kita yang memahami siapa diri kita..”haaa…ana nak start bercerita ne berdasarkan pengalaman yang ana lalui..huhuhu..buat sahabatku midi dan abu qohafah..”aku nak start cerita dah ne..hang baca elok2..aku x tipu..hahaha..” buat pengetahuan antum “hang” dalam loghat kedah ne bermaksud engkau…huhu..informasi x langsung.. Ok2..ana nak start bercerita dah..ana ne dulu pakai telefon bimbit yang murah ja..kaler pon dua warna ja..hitam dengan kuning..ana guna handset tu sampailah ana belajar di Jordan ne..takdir allah taala handset ana tu rosak dan kena curi…huhu..jadi sebenarnya sebelum handset rosak tu pun,ana dah pasang cita2 nak beli handset baru kat sini..jadi ana pun simpan duit setiap hari nus dinar..klau ikut matawang Malaysia sama dengan RM 2.50..1 dinar Jordan sama dengan RM 5.00..haa..pendekkan cerita ana gtaw kat mak ayah ana dlu laa..nak mintak izin..yala..mungkin orang akan kata apa laa..dah besar pon nak wat camtu..bagi ana,kita sebagai anak ne..kena berkongsi apa pun dengan mak ayah kita..ok2..sambung cerita..huhu..sebenarnya ayah gan mak ana x bagi pun beli handset baru..asalnya mak ana nak pos ja handset mak ana tu..hahaha..tapi ana ne merajuk kuat..last2 mak ayah ana bagi..haha..ana beli nset biasa ja nokia jnis xpress music model X3..kiranya ana jual cincin kesayangan ana r kat arab..batu arked merah..huhu..sedeyh2..tapi cincin ada banyak lagi..hihihi.. Selesai ceta ana tu,ana nak gtau kenapa mak gan ayah ana x bagi beli..dan apa yang mak ayah ana cakap,ana dapat rasa kesan tu sekarang ne..haha..allah bagi cash..ayah ana ceta orang yang mengaji agama ne terutamanya laa, jangan mudah sangat terpengaruh dengan dunia..hari ne ayah ana kata ulama’ dah makin hilang izzah sebagai seorang ulama’..pergi mana pun naik kereta mahal..rumah besar..sebenarnya x perlu pun sebagai seorang ulama nak ada semua tu..ayah ana kata..nanti bila dah kerja akan timbul pulak dalam hati..”aeh..kawan aku ne pakai mercedez aku pakai waja je..”..haaa..last2 kita ikut nafsu kita..dan apa yang berlaku hari ne yang jadi kat ana,ana tengok kawan ana pakai handset canggih lagi..mahal lagi..ana pun nak jugak..ana dah rasa kesannya bila kita ne dah jatuh hati dengan dunia..salahkah kita nak menikmati apa yang ada??tu satu lagi persoalan yang mungkin akan antum tertanya2 bila baca post kali ne… (kesimpulannya..ana memang x reti nak bersyukur..hina sungguh ana ne..terpedaya dengan dunia..saidina ali pernah berkata.." MANA MUNGKIN DUNIA MAMPU MENIPUKU.."ya allah..jadikanlah kami sezuhud rasulullah..sahabat2 dan para awliya') ana membawa satu cerita salafusolleh..sebenarnya 2 orang waliyullah hassan al basri dan ibnu sirin tidaklah mempunyai hubungan yang sangat baik..satu hari hassan al basri bermimpi beliau dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya memegang tongkat sahaja..jadi beliau nak tahu sangat apa sebenarnya tafsiran mimpinya itu..jadi pada zaman itu ibnu sirin adalah pakar tafsir mimpi..hassan al basri malu untuk bertanyakan kepada ibnu sirin akan mimpinya itu..jadi beliau menyuruh anak muridnya pergi bertanyakan kepada ibnu sirin tanpa memberitahu beliaulah yang bermimpi sebegitu..dipendekkan cerita,sampailah anak muridnya itu di rumah ibnu sirin..jadi anak murid itu terus bertanya.."wahai tuan yang bijaksana..sahabat saya ada bermimipi, dia dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya di tangannya sebatang tongkat..boleh tuan tolong tafsirkan??"ibnu sirin tersenyum lebar..panggilkan hassan al basri berjumpaku sekarang..kerana itu mimpinya.." anak murid itu tercengang..kalau ana pun..fuh..memang pelik r cam na ibnu sirin boleh tahu itu mimpi siapa..jadi,anak murid tu pun balik la..segera dia maklumkan kepada gurunya..hassan al basri bingung bagaimana ibnu sirin boleh tahu itu adalah mimpinya??jadi bergegaslah hassan al basri ke rumah ibnu sirin..sampai2 saja hassan al basri terus bertanya.."bagaimana kamu boleh mengetahui itu adalah mimpiku??dan apa tafsiran mimpiku??" ibnu sirin tersenyum lagi..beliau menjawab.."maksud mimpimu yang kamu berkeadaan telanjang dan hanya memegang tongkat ialah..kamu telah meninggalkan dunia..dan hanya allah tempat kamu bergantung..siapa lagi yang layak untuk bermimimpi sedemikian kalau bukan kamu wahai sahabatku HASSAN AL BASRI.." semenjak dari kejadian itu hubungan mereka semakin akrab..yang pastinya sebelum apa2 jangan suk zon..salah sangaka kenapa waliyullah ada cam gaduh sikit2..bahaya2.. memanglah kalau baca cerita tu kita x mampu nak jadi sezuhud dan sehebat para waliyullah ne..sebenarnya tafsiran makna zuhud ne pun pelbagai..cukuplah kita bersederhana..nabi bersabda mafhumnya.."sebaik-baik perkara adalah bersederhana.." (kehendak dan nafsu manusia x pernah penat tuk melalaikan manusia..sekadar gambar hiasan..) Untuk menjawab persoalan yang ana tinggalkan di atas..salahkah kita nak menimati apa yang ada??Tak salah..Cuma sekadar nak mengajar kita dari asyik mengikut nafsu kita..kehendak kita x kan habis-habis..boleh..kalau nak tunaikan kehendak kita..Cuma kena berpada-pada dan ada indicator kita supaya kita ne x jatuh hati dengan dunia…terus terang ana nak beritahu,ana memang menyesal ada handset baru ne..kita diajar untuk “ MEMBENCI DUNIA DAN MENYINTAI KEMATIAN..”jangan salah faham pulak istilah benci dunia tu..siapa contoh yang paling dekat tuk kita ambil sebagai teladan kita dalam tajuk post kali ini??siapa lagi kalau bukan TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..ulama’ tersohor di serata dunia..ini bukan isu politik..ini adalah hakikat..ada kelapangan ziarahlah rumah tok guru nik aziz..makan dalam pinggan kuning yang orang guna wat kenduri kampung..petang2 makan biskut cicah biskut kering ja..allah…ana pun x taw nk ungkapkan macam mana..ana mengharapkan kehidupan ana macam tu..itulah juga apa yang ayah ana harapkan dekat ana dan adik2 yang lain..kehidupan yang bersederhana..insya allah kita akan sentiasa terpelihara dari gelora nafsu yang membara..akhir dari ana..” kita tidak boleh mengawal apa saja perasaan dan kehendak yang seringkali menjadi lintasan hati kita..tapi..kita boleh mengawal tindakan kita..”faham x??ke x faham jugak??hahah..apa2 pun…maafkan ana atas kekurangan dalam penulisan ana ne..terima kaseh atas kesudian antum membaca..maafkan sekali lagi kalau penulisan-penulisan ana ne mengecewakan antum..ana ne hanyalah insan yang lemah..maafkan ana buat yang kali terakhir kalau ada sesiapa yang tersinggung….assalamualaikum..

Gula-gula Perjuangan

“Saya tak nak lagi terlibat dalam program ni, saya banyak kerja lain nak kena focus” “Saya nak letak jawatan dalam organisasi ni, saya taknak akademik saya terganggu.” “Entahlah, saya rasa keterlibatan saya dalam semua-semua ni tak memberi makna la, menjatuhkan lagi prestasi saya adalah..” Sesungguhnya, alasan yang wujud atas muka bumi ini memang sangatlah banyak. Jika hendak disenaraikan memang tidak mungkin. Manakan tidak, alasan-alasan yang terungkap itu terlahir dari pemikiran yang berbeza-beza. Apa yang membuatkan pemikiran kita berbeza? Bukankah kita dilahirkan dari medan tarbiyah yang sama? Bukankah bibir kita pernah melafazkan bait janji setia untuk berjuang di medan yang sama? Bukankah mata kita pernah menjadi saksi tangisan tika mula menjejakkan kaki dalam perjuangan? Bukankah kaki dan tubuh kita pernah meredah lautan ombak badai……? Duhai sahabat… Ke mana pergi kesemua perkara itu? Adakah hanya dengan sedikit mehnah dalam berjuang engkau sudah tawar hati? Bukankah antara tanda-tanda golongan munafik itu; apabila bercakap dia berdusta dan apabila berjanji dia mungkir…? Adakah kita mahu termasuk dalam golongan munafik? Duhai sahabat... Ingatlah bahawa ujian yang menimpa kita sangatlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah s.a.w. Tubuh baginda yang mulia pernah terluka dan berdarah di medan jihad. Namun itu tidak sekalipun mematahkan semangat baginda untuk meneruskan perjuangan. Baginda kekasih Allah, tetapi baginda tidak mengeluh apabila mengalami kesukaran. Tidak sekali-kali!! Sahabatku...Ya, kita bukanlah Rasulullah, tetapi, bukankah kita mengaku bahawa kita mencintai baginda dan ingin menyambung rantai perjuangan baginda?? Tidak perlu antum jawab pada ana semua persoalan ini, tetapi jawablah pada iman antum… Duhai kalian yang dikasihi... Ingatlah bahawa setiap mehnah yang kalian tempuh merupakan tarbiah dari Allah.. Biar payah biar perit tempuhlah dengan hati yang IKHLAS.. Yakinlah dengan janji Allah bahawa kemanisan pasti akan kalian rasa di kemudian hari.. Itulah GULA-GULA PERJUANGAN...! Renunglah bait lagu di bawah ini, khas didekasikan buat sahabat-sahabat seperjuangan semua.. Sunnah Orang Berjuang Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid membela tauhid Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah Namun jiwa tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Malamnya bagai rahib merintis sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa dirimba Memerah keringat mencurah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan Dunia yang fana...atau syurga Tabahkan Hati dan Teruskan Perjuangan!!!!

Rapuhnya Hati

Assalamua’alaikum warahmatullah..Salam Ma’al Hijrah! Sudah lama terasa menyepikan diri. Bukan kerana tiada buah fikiran untuk mencoret tetapi tuntutan kewajiban terlalu banyak untuk ditunaikan. Final Year Project (FYP), tugasan kerja dari pensyarah ditambah lagi dengan amanah-amanah yang diberi oleh Allah membuatkan diri tersepit antara masa yang ada. Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Dalam mengharungi samudera kehidupan ini pelbagai mehnah menjadi taruhan. Biar susah biar payah tidak boleh sekali-kali mengundur langkah kerana hakikatnya masa sentiasa dan tetap berjalan sehinggalah hari yang dijanjikan Allah s.w.t. Apa yang boleh dilakukan adalah memperbetulkan langkah andainya tersasar. Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidup Hakikat hidup penuh dengan turun naik bagaikan putaran roda. Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Sekejap kita gembira sekejap kita berduka. Sekejap kita tenang sekejap kita resah. Semua itu asam garam yang perlu ditelan. Pelbagai masyaqqah (kesulitan) yang kita hadapi itu merupakan ujian-ujian kecil yang Allah hadiahkan khas untuk diri kita. Dikurniakan al-Ibtila’ itu sebagai satu medan untuk menentukan sama ada kita hamba yang bersabar atau tidak dan kita adalah hamba yang bertaqwa atau tidak. Maka, terimalah ia dengan hati yang terbuka. Redholah dengan segalanya. Moga-moga kita menjadi hamba pilihan Allah.. Ya, bukan mudah sebenarnya untuk menelan segalanya. Rasa berpasir sahaja di tekak. Pahit dan payau bagai bercampur semuanya. Cumanya satu, hadapkanlah segalanya di hadapan Allah. Mengadulah dengan Dia Rabbul ‘Izzati. Sesungguhnya tiada tempat kembali yang paling baik melainkan kepada-NYA. Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dadaku harap hanya DiriMu yang bertakhta Manusia fitrahnya bersifat keluh kesah. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ma’arij: “Sungguh manusia diciptakan suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah..” (Al-Ma’arij: 19 & 20) Sememangnya kita sebagai manusia sangat lemah. Segala qudrat yang ada adalah milik Allah. Maka seharusnya kita sentiasa kembali kepada-NYA. Jika kita mengeluh segeralah istighfar. Jangan kita lupa Allah itu cinta hati kita yang tidak mungkin menzalimi diri kita. Adakah kekasih sanggup melukai hati kekasihnya? Tepuk dada tanyalah iman. Biarpun fitrahnya kita suka mengeluh tetapi seharusnya kita tidak membiarkan diri kita sentiasa begitu. Teguhkanlah hati dengan cinta kepada-NYA, elakkan segala kerapuhan hati moga-moga kita menjadi hamba yang dekat kepada-NYA.. Adaptasi dari lirik lagu “Rapuh” nyanyian Opick.

Wednesday, November 23, 2011

“Abi, when will we ever relax?” I wanted to share a moving story that I once heard and will always remember and cherish for its meanings. It’s the story of one of the great Imams of this Ummah, Imam Ahmad bin Hanbal. His son, Abdullah, asked his father one day: “Abi when will we ever relax?” His father, one of the greatest revivers of the Sunnah and a role model for all Muslims, looked him in the eye and said: “With the first step we take into Jannah.” Ya Allah, what a beautiful response! There are days that come to you and you’re tired, you just want to sleep and relax and “shut off” as they say. Those are the days in which you need to ask yourself a critical question: ‘Where am I going with life?’ If it’s towards Allah and for Allah, then regain your strength and continue your work, for Jannah is precious and must be sought. But if you look into your life and realise that it’s not towards Allah but towards Dunya, then your tiredness becomes a blessing, for it is a reminder that you need to change direction and renew your purpose in life. I love this story on many levels. For one, it shows you that when someone’s focus is Jannah, their priorities change and their outlook on life is different. What we perceive as difficulty, they perceive as ease. What we perceive as calamity, they perceive as reward. What we perceive as obstacles, they perceive as opportunities for sincere dua. Moreover, when your focus is Jannah, this Dunya and its constant demand becomes small and the least of our concerns. Also, I love the way the son began his question: “Abi” – a sweet way of addressing his father, and asked: “When will we ever relax?” If you notice, he didn’t say, “when will I relax Dad?” Even though he wanted to relax, he wasn’t selfish and also cared for his father’s condition. This also shows you that the father and son were working hard together. Again, when your focus is Jannah it reflects in your family, children, and those around you and everyone gears up towards that goal. Our problem today is not that we’re tired, our problem today is that we relax too much. We do everything so that we relax. We cheat, break promises, do not fulfill our vows, lie, take and give bribery, and so on. Why? So we can relax. We don’t stay up for Tahajjud or wake up for Fajr, we don’t fast, or go for Hajj and Umrah… all so we can relax. We don’t walk towards the Masjid or open the Book of Allah so we can understand it, all in the name of “I need to relax!” Dear brothers and sisters, there’s plenty of relaxation where we’re going, but this is not the time for it. Let’s all work for Jannah and be productive in the path of Allah, and work so hard that one day our children will approach us and ask: “Abi” or “Ummi”: “When will we ever relax?” and you can smile and look them in the eyes and say, “When we enter Jannah inshaAllah”. P.S. “It made me very sebak indeed. Subhanallah. Writer rindu pada Abah.”

TEMANI AKU SEHINGGA KE SYURGA...

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya, dengan kebersamaan. Tapaki pergiliran pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Harus. Kita tak mungkin selamat mengharungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengandalkan kemampuan sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (Qs. An Nisa:28) Saudaraku, Kebersamaan dan pertemanan di jalan Allah lah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahwa hanya pertemanan atas dasar iman dan takwalah yang abadi. “Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Az Zukhruf: 67). Ibnu Katsir mengatakan, “Seluruh pertemanan dan persahabatan yang tidak kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya, yang menyebutkan bahwa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai. Saudaraku, Merenunglah. Siapa orang-orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dalam hidup dan hati kita? Siapa orang yang menghiasi ingatan kita? Siapa orang yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keridhaan Allah kah dia? Bayangkanlah persahabatan orang beriman di akhirat sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Thalib RA. “Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang di antara keduanya meninggal lebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dengan syurga. Ketika itu ia mengingat teman akrabnya di kala di dunia lalu in berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyadarkanku akan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau memperlihatkan kepada-nya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meridhainya sebagaimana Engkau ridha kepadaku,” Maka Allah berkata kepadanya, “Pergilah, seandainya engkau tahu yang Aku berikan kepadanya pasti engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis. “ Kemudian teman akrabnya itu meninggal dan ruh mereka bertemu. Dikatakan pada mereka, “Saling memujilah kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat….” Duhai indahnya. Pertemuan yang sangat mengesankan dan penuh kegembiraan. Saudaraku, Banyak kisah-kisah yang ditinggalkan para salafusoleh tentang keadaan mereka setelah meninggal dunia. Di antaranya disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam kitab Ar-Ruh. Abdullah bin Mubarak mengatakan, “Aku mimpi bertemu Sufyan Ats Tsauri beberapa hari setelah ia meninggal dunia. Aku bertanya padanya, “Apa yang Allah lakukan terhadapmu sekarang?” Ia menjawab, “Aku bertemu Muhammad (SAW) dan pasukannya..” Dalam kisah lain, Ibnu Abid Duniya menyebutkan sebuah riwayat dari Yaqzhah binti Rasyid yang bercerita, “Marwan Al Mahlamy adalah tetanggaku. Dulu dia seorang hakim dan bersungguh-sungguh dalam ibadah ketika meninggal dunia aku menangkap kegembiraan yang terpancar dari mukanya. Tak berapa lama setelah itu aku mimpi bertemu dengannya, seperti layaknya mimpi yang terjadi dalam tidur. Aku bertanya, “Wahai Abu Abdullah apa yang Allah lakukan terhadap dirimu.“ Ia menjawab, “Allah memasukkan aku ke dalam syurga,” jawab-nya. “Kemudian apalagi?” “Aku dipertemukan dengan golongan kanan,” jawabnya. Kemudian apa lagi?” “Aku dipertemukan dengan orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah.” Aku bertanya, “Siapa orang yang engkau lihat di sana?” tanyaku. “Aku melihat Al Hasan bin Sirrin dan Maimun bin Sayyah,” jawabnya. Seperti itulah keadaan mereka setelah meninggalkan dunia. Bertemu dengan orang-orang yang dahulunya menjadi teman dan penghias hari-hari mereka. Orang-orang soleh yang menjadi ingatan mereka dalam hidup. Mereka itulah yang akan menemaninya di alam akhirat. Saudaraku, Hati-hatilah menyusuri jalan kebersamaan dengan orang-orang soleh. Waspadalah untuk tidak melakukan penyimpangan, yang membuat kesenjangan diri kita dengan mereka. Salim bin Abi Ja’ad mengatakan bahwa Abu Darda pernah berkata, “Hendaklah seseorang berhati-hati bila ia dibenci oleh hati orang-orang beriman dari arah yang tidak ia sadari.” Kemudian sahabat Abu Darda bertanya, “Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan kata-kata itu?” Salim mengatakan bahwa ia tidak mengerti. Abu Darda menjelaskan, “Yaitu seorang hamba bermaksiat kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu Allah menghunjamkan kemarahan-Nya dalam hati orang-orang beriman tanpa ia sadari.” (Al-Hilya: 1/215) Kemarahan hati orang beriman, adalah kesengsaraan. Kebencian orang-orang yang beriman adalah pangkal kesempitan dan penderitaan. Kerana merekalah sebenarnya yang dapat mengubah dunia dengan segala permasalahannya menjadi indah. Mulut-mulut merekalah yang menuangkan nasihat dan membicarakan kalimat demi kalimat yang dapat menentramkan hati. Lidah-lidah merekalah yang menyiram hati kita untuk senantiasa berada dalam keridhaan dan tidak terlalu jauh menyimpang dari ridha Allah SWT. Tangan-tangan merekalah yang menuntun kita. Telapak tangan merekalah yang tertengadah di malam sunyi dan gelap malam hingga memberi kekuatan iman dalam diri kita. Ingatlah sabda Rasulullah SAW tentang do’a seorang mukmin di tengah malam yang dijamin diterima Allah SWT. Saudaraku, Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda‘ menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. “Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehNya, Maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya.” (Al Kanz, 8/255) Semoga Allah menghimpun kita dalam golongan orang-orang yang mendapat ridha-Nya di akhirat. Amin Allahuma amin..

Thursday, November 17, 2011

Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul 1453M

Pengenalan Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I. Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia. Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW : “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al- Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315) Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H. Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk. Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom. Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika. Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah. Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.. Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadiperibadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah.. Asy-Syeikh Ak Semsettin Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya. Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin." Persediaan Ke Arah Penawanan Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya. Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al- Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan. Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, "sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat. Serangan Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople. Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut. Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk. Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama. Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al- Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapaapakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, "... serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan". Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan. Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!". Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha. Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas... Keajaiban Tentera Othmaniyyah Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al- Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir. Serangan Besar-besaran Mujahidin Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera 'Turki' akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu. Usaha Damai Terakhir Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, "... syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!". Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, "Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda...!". Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun. Hari Kemenangan Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. "...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya. Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka... Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu. Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan. Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta... seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, ".. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku" Sebaik-baik Ketua Dan Tentera Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masingmasing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka. Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu. Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambargambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin....

Monday, November 14, 2011

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Kenal lah Hati Yang Berpenyakit

Pertama, Ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt. Al-Quran menyebutkan orang yang betul-betul takut kepada Allah itu sebagai orang-orang memiliki ilmu: Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang yang berilmu. (QS. Fathir: 28). Jika ada orang yang berilmu tapi tidak takut kepada Allah, bererti dia memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Kedua, Mempunyai hati yang tidak khusyuk. Dalam menjalankan ibadah, ia tidak dapat mengkhusyukkan hatinya sehingga tidak dapat menikmati ibadahnya. Ibadah menjadi sebuah kegiatan rutin yang tidak mempengaruhi perilakunya sama sekali. Tanda lahiriah dari orang yang hatinya tidak khusyuk adalah matanya sukar menangis. Nabi saw menyebutnya sebagai jumûdul ‘ain (mata yang beku dan tidak bisa mencair). Di antara sahabat-sahabat Nabi, terdapat sekelompok orang yang disebut al-bakkâauun (orang-orang yang selalu menangis) karena setiap kali Nabi berkhutbah, mereka tidak dapat menahan tangisannya. Dalam sebuah riwayat, para sahabat bercerita: Suatu hari, Nabi Saw menyampaikan nasihat kepada kami. Bergoncanglah hati kami dan berlinanglah air mata kami. Kami lalu meminta, “Ya Rasulallah, seakan-akan ini khutbahmu yang terakhir, berilah kami tambahan wasiat.” Kemudian Nabi saw bersabda, “Barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku, kalian akan menyaksikan pertengkaran di antara kaum muslimin yang banyak …” Dalam riwayat lain, Nabi saw bersabda: “Hal pertama yang akan dicabut dari umat ini adalah tangisan kekhusyukan.” Ketiga, Memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang. Angan-angan yang tak pernah habis, keinginan yang terus menerus, serta keserakahan yang tak pernah puas.

CAWAN

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan. Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukanbentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat). WAllahu a'lam assalamualaikum wrt... kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam... Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru bergantigantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja muridmurid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuhmusuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada muridmuridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lainlain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Muridmurid, begitulah ummat Islam dan musuhmusuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terangterang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terangterang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.. apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Friday, September 23, 2011

Di Sebalik Kebesaran Ilahi

SEPOHON kaktus yang dahannya membentuk perkataan Allah, sebungkah batu di tengah lautan bagaikan orang sujud, juga masjid yang tidak runtuh selepas kawasan sekitarnya hancur dilanda bencana hanya sebahagian kecil daripada gambaran kebesaran dan keagungan Ilahi. Ada yang keadaan itu sebagai kebetulan. Namun pada hakikatnya, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang bukan saja melambangkan kebesaran Allah malah pengajaran yang boleh dihayati daripadanya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 yang bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Ia mengkehendaki akan sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu ‘Jadilah engkau!’ maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.” Ayat ini jelas menunjukkan Allah itu Maha Berkuasa dan sebagai makhluk, kita harus menerima hakikat ini dan sesiapa yang dinafikan daripada rahmat wahyu adalah golongan yang amat malang. Dengan tiga kejadian yang disebutkan sebagai contoh, sebenarnya banyak lagi perkara seumpamanya yang berlaku di persekitaran yang ditemukan kepada manusia bagi mereka menginsafi hakikat diri dan sentiasa tunduk bertakwa kepada Allah. Kuasa Allah boleh dilihat di mana-mana di alam semesta ini. Bukan setakat daripada kejadian manusia tetapi alam semula jadi - laut, binatang, tumbuh-tumbuhan - malah kejadian cakerawala. Disebut di dalam al-Quran, surah al-Rahman ayat 3 hingga 6 yang bermaksud: “Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.” Setiap makhluk ciptaan Tuhan, tunduk sujud dan berzikir setiap saat kepada-Nya, justeru bukan sesuatu yang pelik untuk bertemu dengan pelbagai kejadian melangkaui logik tetapi menjelaskan kebesaran Allah dan kerdilnya umat manusia. Misalnya, dunia melihat bagaimana Aceh ranap dilanda gelombang tsunami penghujung tahun lalu, tetapi sebuah masjid tetap gagah berdiri walaupun kawasan sekitarnya hancur musnah dilambung bencana yang datang secara tiba-tiba itu. Sebelum itu sebuah masjid di Bandar Golcuk, di timur Istanbul terselamat dalam kejadian gempa bumi pada 19 Ogos 1999 sedangkan semua bangunan berdekatannya hancur menyembah bumi. Jika bersandarkan kepada logik sains kejuruteraan, kejadian ini benar-benar memperlihatkan sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran manusia malah ia adalah suatu keajaiban. Namun semua ini juga bukan mustahil kerana Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya. Walaupun ada kritikan yang cuba menidakkan serta memusnahkan kepercayaan kepada perkara luar jangkauan ini dengan menjadikan logik sains sebagai senjata, tetapi sains dihadkan oleh undang-undang semula jadi yang selalunya dibuktikan sebagai perdebatan yang tidak mantap menentang ‘supernatural’. Al-Quran yang menjadi mukjizat Rasulullah itu sendiri adalah satu keajaiban dan al-Quran juga adalah senjata paling hebat untuk manusia Islam yang mana ia mengandungi pelbagai ilmu termasuklah sains, sejarah serta hal-hal terkini dan masa depan. Jika kejadian berkaitan logik kejuruteraan ingin dijadikan perdebatan terhadap betapa tingginya ilmu Allah, banyak lagi kejadian berkaitan sains yang boleh dijadikan iktibar yang secara jelasnya menunjukkan kebesaran Allah. Antaranya termasuklah kejadian yang dinamakan ‘cat’s eye nebula’ yang mana ia adalah satu dari tompok cerah di langit yang paling kompleks. Fenomena itu dirakamkan oleh pakar astronomi pada 31 Oktober 1999. Pakar kaji bintang mempercayai objek di tengah yang bercahaya terang itu sebenarnya sistem binari bintang. Perkataan ‘planetary nebula’ yang digunakan untuk merujuk pada objek itu mengelirukan. Walaupun objek itu kelihatan bulat dan seperti planet dalam teleskop tetapi ia adalah bintang yang diselubungi kepompong gas membuak pada akhir peringkat evolusi stellar. Hakikat fenomena ini sebenarnya ada dijelaskan di Surah ar-Rahman ayat 37 dan 38 yang bermaksud: “Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Hanya manusia yang ingkar saja masih terus untuk mendustakan kebenaran. Apa yang jelas, fenomena serta kejadian yang ditunjukkan kepada manusia yang sukar untuk dijelaskan dengan akal logik termasuklah pokok yang tunduk seakan rukuk yang ditemui di Sydney Australia juga pokok serta ranting yang membentuk perkataan yang bermaksud Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah yang ditemui di Bonn, Jerman, adalah sesuatu yang harus dijadikan ingatan bahawa Allah itu Maha Besar dan tidak ada kuasa yang dapat menandingi kehebatan-Nya. Ukiran nama Allah pada telur ENAM tahun lalu, Mikail Guclu, 33 dari The Hague, Belanda membawa telur-telur ayam segar yang dibeli dari sebuah ladang ke kedainya untuk dijual. Bagaimanapun beliau mendapati dua biji telur yang terdapat di dalam bakul itu kelihatan sangat ganjil. “Ia kelihatan seperti perkataan Arab, tetapi apabila saya amati ia membentuk tulisan Allah,” kata peladang yang mahir empat bahasa itu. Bagaimanapun pengetahuan Guclu terhadap bahasa Arab amat terhad dan untuk mendapatkan kepastian beliau berjumpa dengan beberapa rakannya. Jirannya, Mohamad Moncef yang berasal dari Tunisia kemudian mengesahkan corak telur itu membentuk perkataan Allah. Rakannya, Ali Reza Rahiminajed yang berasal dari Iran juga mengesahkan perkara yang sama. Akhbar The Guardian melaporkan, Guclu percaya apa yang ditemuinya itu tanda kebesaran Allah dan kemuliaan agama Islam dan beliau kemudiannya menyerahkan telur itu kepada masjid berhampiran kediamannya. Dua hari selepas kejadian itu Guclu menemui pula biji kacang ajaib sewaktu sedang menampinya. Sebelum itu beliau membeli lima kilogram biji kacang dan daripada jumlah itu sebanyak 500 gram biji-biji kacang itu tertera nama Allah. “Orang mungkin menyangka saya melakukan sesuatu pada biji-biji kacang itu, tetapi saya benar-benar menyatakan ia bukan seperti yang mereka fikirkan, ambil dan tengok jika anda tidak percaya,” katanya. Katanya lagi, “Saya pernah mendengar kisah-kisah sebegini sebelum ini, tetapi saya tidak sangka ia akan berlaku kepada saya.” Sisik ikan membentuk tulisan Allah GEORGE Wehbi yang berasal dari Lubnan dan beragama Kristian adalah seorang kaki pancing. Suatu haru sewaktu sedang memancing di Dakar, Senegal beliau memperoleh hasil yang cukup banyak. Apabila pulang beliau memberikan ikan-ikan berkenaan kepada isterinya dan sewaktu menyiang ikan-ikan berkenaan isterinya terpegun melihat badan seekor daripada ikan yang ada. Pada beberapa bahagian ikan yang berukuran 50 sentimeter itu terdapat corak seperti tulisan Arab. Wehbi membawa ikan itu kepada Sheikh Al-Zein yang menjelaskan kepadanya corak itu bukan diukir manusia tetapi terbentuk secara semula jadi yang tertera nama Allah dan Muhammad. Tingginya khasiat madu lebah RASULULLAH bersabda: “Sesiapa yang menjilat madu tiga pagi pada setiap bulan akan menghindarkannya dari sakit yang serius.” Al Quran di dalam Surah al-Nahl ayat 68 dan 69 disebutkan: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: ‘Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu’. “ (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” Secara saintifiknya, madu terdiri daripada gula seperti glukos, fruktos dan mineral seperti magnesium, kalsium, sodium, chlorine, sulfur, iron dan phosphate. Madu juga memiliki vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 selain cooper, iodine dan zinc dalam entiti yang kecil. Saintis Amerika juga mengakui kelebihan madu seperti jeli raja, pollen dan propolis yang memiliki keupayaan untuk menyembuh banyak penyakit. Seorang doktor Romania juga menggunakan madu untuk rawatan pesakit katarak dengan 2002 dari 2094 pesakitnya sembuh.

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:- 1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi 2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh 3) Usia yang tinggi idealisme yang luas 4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula 5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional. Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:- 1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu 2) Generasi amal dan membina jama'iy 3) Generasi rabbani dan ikhlas 4) Generasi yang bernasabkan Islam 5) Generasi da'awah dan jihad 6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai 7) Generasi gagah dan agung 8) Generasi seimbang dan sederhana Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah: 1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya 2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat 3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah 4) Fitnah ijazah dan pangkat 5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:- 1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar 2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada 3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri 4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik 5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan 6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh 7) Perakui kejayaan anda 8) Tetap merendah diri 9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada 10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Friday, September 16, 2011

Rauhah Imam al-Haddad – Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain


Rauhah Imam al-Haddad – Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain
Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad menyebutkan didalam kitabnya an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah
التحذير من التجسس والخوض في عيوب الناس
وكذلك فاحذروا من التجسُّس, وهو طلب الوقوف على عورات الناس المستورة, قال الله تعالى: وَلاَ تَجَسَّسُوْا (سورة الحجرات:١٢)
وقال عليه الصلاة والسلام: من تتبع عورة أخيه تتبع الله عورته, ومن تتبع عورته يفضحه ولو في جوف بيته..(الحديث.-رواه الترمذي وابن حبان )
وعليكم بستر عورات المسلمين والكفّ عن ذكرها وإشاعتها, قال الله تعالى: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِى الَّذِيْنَ أمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ  (سورة النور:١٩)
وقال عليه الصلاة والسلام: من ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة. (حديث صحيح رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه)
ولايكثر الخوض في عيوب الناس وذكر مساويهم وكشف عوراتهم إلا كل منافق ممقوت.
والذي يجب على المسلم إذا رأى من أخيه المسلم عورة أن يسترها عليه وأن ينصحه في السر بلطف وشفقة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. (حديث صحيح رواه مسلم والأربعة)
Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain
Hendaklah kalian menghindari tajassus, yakni mencari-cari keaiban orang lain yang tertutup. Allah Ta’ala berfirman, “Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain.” (Surah al-Hujuraat:12)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, “Barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya maka Allah pasti mencari-cari kesalahannya dan barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya nescaya Allah akan membuka keaibannya sekalipun -keaiban itu- di dalam rumahnya sendiri.” (Hadits riwayat: at-Tirmidhi dan Ibnu Hibban)
Hendaklah kalian juga selalu menutup keburukan orang-orang Islam, tidak menyebut-nyebutnya dan menyebarluaskannya. Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nuur: 19)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, “Barangsiapa yang menutup (keaiban) seorang Muslim maka Allah pasti menutupi keaibannya di dunia dan di akhirat.” (Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Tirmidhi, an-Nasa`i dan Ibnu Majah)
Tidaklah yang sering membicarakan keaiban orang lain, menyebut-nyebut kesalahannya dan membuka keburukannya kecuali orang-orang munafik yang dimurkai.
Kemudian wajib bagi seorang Muslim apabila melihat suatu keburukan saudaranya yang muslim, untuk menutupinya di samping menasihatinya secara rahsia dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dalam sebuah riwayat disebutkan, “Dan Allah selalu menolong hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim dan empat ashhab as-Sunan)
* Dipetik dari kitab Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah (Ringkasan dari kitab an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah) oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.
Sumber : al fanshuri.

Saturday, September 10, 2011

Sedikit daripada perjalanan Asputra MMAS

9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Saturday, August 27, 2011

Kalau nak bercinta dengan DIA…






Menyingkap tirai hati.. 
Menyemai relung rasa.. 
Memetik ranum cinta..

Assalamualaikum. Salam ukhwahfillah. Salam Mahabbatullah..

 
1)  Siapa DIA di taman hati ini..


“Awak..sedalam mana cinta awak pada saye?”

“Sayang..awak tahu kan tiada tandingannya cinta saye pada awak..”

Setelah bertahun lamanya menyulam kasih, ombak yang dahulunya penyeri taman istana cinta dirasakan semakin berorak badai. Setiap tingkah kekasih menjadi mainan curiga di ruang hati. Hari-hari yang dilalui bergantian suram.

“Aku gaduh lagi dengan dia…” sahabat karib menjadi tempat meluah rasa.

“Korang ni aku tak tau la, senang-senang korang clash la” sahabat karib pun tidak membantu. Macam nak kebas kekasih kawan dia saja.

Ish, mana boleh aku hidup tanpa dia… aku terlalu cintakan dia…”

Spontannya elus bicara yang meniti di bibir apabila ditanya tentang siapa si dia di hati ini. Namun, begitu jugakah lagak spontan kita apabila soal status Dia di hati kita diduga:

“Sejujurnya, siapakah Dia di hati awak?”

Seringkah kita menyelak laman diari cinta yang terbuku di hati? Selalukah ruang ingatan kita  menjadi taman indah untuk Dia dan kekasihNya Al-Amin?

Jika persoalan asas ini kita tergagap-gagap untuk menjawabnya, nampaknya jauh lagi kita perlu berlari di atas trek cinta-Nya. Namun begitu, itulah lumrahnya hidup ini. Setiap yang baharu pasti ada mulanya. Hanya Dia yang tiada awal dan tiada akhir. Soal cinta kita juga begitu, jika kita tidak mulakan orakan langkah kita mengejar cinta-Nya adakah mungkin kita bisa mengakhiri kisah cinta kita dengan-Nya dengan baik?



2)  Kenalah TAHU apa yang Dia SUKA dan apa yang Dia BENCI..

Tahu apa yang kekasih kita suka dan benci merupakan kemestian bagi menguatkan ikatan kasih yang terpetri. Acapkali kita temui seorang kekasih yang sangat pakar akan perihal kekasihnya. Kegemarannya, hobinya, cita-citanya dan macam-macam lagi. Rasanya sangat jarang yang kurang arif tentang buah hatinya bukan?

Tertanam sudahkah di kotak memori kita setiap kesukaan-Nya?

Untuk menyenaraikan setiap apa yang Dia Yang Maha Esa suka dan benci di sini adalah terlalu banyak. Formula mudahnya di sini adalah Dia amat menyukai kekasih-Nya yang taat akan segala perintah-Nya. Selaklah setiap titipan-Nya untuk kita melaui kitab suci-Nya Al-Furqan. Kuatkanlah kefahaman melalui sunnah Rasul-Nya. Jika benar-benar kita menggenggam dua amanah-Nya ini pasti api cinta kita untuk-Nya tidak pernah akan malap!

Apabila kita sudah menyelidiki kesukaan dan kegemaran-Nya seharusnya kita lanjutkan dengan turut menyukai juga apa yang Dia sukai. Sekadar tahu kemudian mengendahkannya sahaja amatlah tidak patut tambah-tambah kita telah akui bahawa Dialah cinta hati kita. Jika kita ingin bermain kayu tiga dengan ciptaan-Nya tidak mengapalah tetapi dengan Dia Yang Maha Mengetahui tidak mungkinlah kita bisa!



3)  Kenalah SETIA pada Dia Yang Satu..


Cuma kekadang pernah atau tidak kita terfikir yang kita ini mungkin melebihkan orang yang kita sayang berbanding Dia..

  • Menyayangi ibu bapa melebihi rasa sayang dan cinta kepada-Nya dan Rasul-Nya?
  • Terlalu cintakah suami kepada si isteri melebihi cinta kepada DIA?
  • Agungnya cinta isteri sehingga tiada ruang untuk cinta-Nya?
  • Sayang sangatkah kepada anak-anak sehingga sanggup untuk melupakan-Nya?

Persoalan-persoalan ini marilah sama-sama kita jadikan koreksi dan muhasabah diri walau sesaat. Betapa tiada tandingannya cinta-Nya apabila walau sesaat kita ingat akan Dia pasti Dia akan balas lebih hebat dari itu! Mana mungkin kita bisa menemukan kekasih yang begitu hebat cintanya melainkan Dia! Sesungguhnya Dia Yang Maha Mulia itu tidak mendambakan cinta kita. Tetapi kitalah yang mendambakan cinta agung-Nya!

Dialah yang mengurniakan rasa cinta yang indah dalam hidup kita selama ini. Dialah pemilik segala rasa cinta yang wujud di atas muka bumi ini maka selayaknya kepada Dialah dikembalikan segenap bunga-bunga cinta yang kembang memekar!



 
Cinta Allah Cinta Agung!