'BERSAMA KITA MENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH DEMI MEMBAWA ISLAM KE PERSADA DUNIA'
Pages
LAMAN BLOG RASMI ASPUTRA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
Monday, January 23, 2012
YA !! SAYA...
"Woi budak kelas 5A", jerit Daud, seorang remaja lelaki berwajah Pan-Asia.
Seorang lagi remaja lelaki yang tidaklah seberapa kacak namun cukup mata, mulut, hidung, telinga dan berambut menoleh ke arah suara panggilan itu.
"Ape die?", sahut Ahmad, satu-satunya pelajar 5A yang sedang berada di kelas 5A+ itu.
Kerana Ada
Mengapakah Ahmad menyahut panggilan Daud tersebut? Sedangkan bukan namanya yang sedang di sebut. Yang disebut adalah 'budak kelas 5A'.
Ya. Tidak lain dan tidak bukan tentulah kerana sebutan panggilan tersebut ada kena mengena dengan dirinya.
'Budak kelas 5A' tersebut ada perkaitan dengan diri Ahmad. Ada hubungan dengannya, ada pertalian dengannya, ada kena-mengena dengan dirinya dan ada hati terhadapnya.
Ketahuilah
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertakwa"
(Al-Baqarah (2) : 183)
Allah sedang memanggil dan menyeru 'orang-orang yang beriman' untuk berpuasa dengan sebenar-benar pengertian puasa. Menahan diri dari keinginan syahwat, menahan dari makan, menahan dari minum, menahan nafsu, hanya keranaNya.
Agar nanti mudah-mudahan di penghujung puasa yang dilakukan, mereka yang menyambut panggilan tersebut akan bertakwa.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t. berfirman "Maka sesungguhnya puasa adalah bagiKu dan Akulah yang membalasnya, selagi mana dia meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya kerana Aku, puasa adalah perisai dan bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu ketika dia berbuka dan ketika dia bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi"
(Riwayat al‐Bukhari)
Namun, Allah tidak menyebut mana-mana nama. Tidak Muhammad, tidak Abu Bakar. Bukan Lim, bukan Xiangjia, bukan juga Justin. Tidak nama saya, bukan nama anda dan bukan kita semua.
Allah memanggil dan menyeru segolongan manusia. Iaitu mereka yang menggolongkan diri mereka ke dalam golongan 'orang-orang yang beriman'
Dan hanya mereka yang ada perkaitan dengan panggilan tersebut, ada hubungan dengannya, ada pertalian dengannya, ada kena-mengena dengan dirinya dan ada hati terhadapnya sahaja yang akan menyahut panggilan tersebut.
Maka, terpanggilkah kita dengan panggilan Allah itu? Menyahutkah kita dengan seruan Allah tersebut?
Tanyakanlah pada akal yang waras dan pada hati yang sedar.
Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment